ADA YANG MEMERHATI

Wednesday 30 January 2013

karangan ke tiga belas - Kisah Manusia dan Udara

Hye semua...waktu menulis blog ni...aku TENGAH TERBARING kat katil empuk HOSPITAL...maha bosan di sini...aku menulis pakai TABLET aku yg kaler PINK ni...hahahahaha

Walau pe pun, aku nak kuar dari sini...HIDUNG AKU RIMAS dengan bau ubat...aku tak suka suasana sini...ramai orang nangis-nangis melihat PEMERGIAN ORANG TERSAYANG...aku tak suka...INCIK DOKTOR...tolong paham, SAYA MAHU PULANG =='


Jadi, untuk mengisi masa lapang ni...aku nak cerita pasal satu kisah ni...Pernah tak dengar KISAH MANUSIA DAN UDARA...?? mesti tak pernah kan?? ceritanya sangat ringkas dan padat...tapi, mempunyai makna YANG SANGAT MENDALAM...MEH POKCIK CERITA =)

Pada suatu hari....jeng...jeng...jeng... hehehehe...


Macam ni ceritanya...semua manusia perlukan udara untuk hidup...bahasa saintifiknya OKSIGEN la...tak tau la kalau de manusia yang hidup menggunakan KARBON DIOKSIDA...huhuhu...semua manusia perlukan udara untuk meneruskan kelangsungan hidup...menyedut udara yang segar...dan memerlukan oksigen untuk meneruskan aktiviti harian...

Suatu kisah...terdapat sebuah kampung yang aman damai...semua penduduknya hidup aman harmoni...tiada pergaduhan...tiada perpecahan...tanah mereka subur untuk menanam apa sahaja...cuma satu...mereka selalu membuat pembakaran terbuka...

Di kampung itu juga ada seorang budak lelaki bernama Bulat (bukan nama sebenar) sangat suka bermain dengan angin...bermain layang-layang dan dia sangat suka dengan kenyamanan angin...dan dia sangat suka duduk menyendiri di pinggir bukit...Bayu (nama angin yang diberi oleh Bulat) juga sangat suka padanya...tersenyum Bulat apabila bayu-bayu menyapa wajahnya...

Bayu sangat lemas apabila dirinya dicemari...bukan sahaja Bulat...tapi semua orang kampung tak pernah nak menjaga Bayu dan kawann-kawan Bayu...

Bayu 1:  Aku tak suka pada manusia...mereka tak tahu menghargai kita...
Bayu 2:  Betul tu...mereka perlukan kita untuk hidup...tapi, tengok apa yang mereka lakukan...
Bayu 3:  Kita bakor je...kita bakor je...
Bayu 1:  Nak bakor apa bendanya...kita bukan api la...
Bayu 3:  Kita bagi pengajaran kepada mereka...amcam?
Bayu 2:  Tapi, Allah menciptakan kita untuk berkhidmat kepada seisi makhluk yang memerlukan...
Bayu 1:  Betul, tapi perlukah kita menghambakan diri sehingga kita diabaikan?
Bayu 3:  Bukankah kita juga makluk ciptaan-Nya yang juga perlu dihargai?
Bayu 2:  Kita bagi pengajaran kepada mereka...supaya mereka faham erti MENGHARGAI...

Semasa Bulat sedang asyik bermain layang-layang di pinggir bukit...beliau mendengar satu bisikan di telinganya... 

"...Tolong beritahu semua orang kampung..kami lemas dengan pencemaran yang mereka lakukan...Kami juga ada perasaan yang perlu dijaga...Kamu semua perlukan kami untuk hidup, tapi tolonglah jaga kami...Kami juga mahu hidup aman seperti kalian..."

Tersentak Bulat mendengar bisikan itu...berulang-ulang kali ayat itu kedengaran...lalu, Bulat berlari...menuju ke kampungnya...dan menjerit kepada semua orang kampung yang sedang membakar jerami padi yang baru dituai...semua orang kampung mentertawakan Bulat...katanya, Bulat sudah gila...bercakap dengan angin...

Bulat pulang ke rumah dengan hati yang sangat hampa...semua kata-katanya tidak dipercayai...dia merasakan dia dipermainkan oleh halusisnasinya sendiri...lalu Bulat bertekad untuk tidak memperdulikan bisikan yang didengarinya...

Hari berlalu...berbulan lamanya...aktiviti mencemarkan udara semakin menjadi-jadi...tiada seorang pun menghiraukan perasaan Bayu...mungkin benar, manusia perlu diberikan PENGAJARAN untuk menyedarkan kekhilafan yang dilakukan...akhirnya dengan TAKDIR ALLAH ribut taufan melanda kampung...semuanya musnah...tiada satu pun yang tertinggal...termasuk Bulat...

MORAL OF THE STORY
Menghargai orang lain amat perlu...walaupun setiap perbuatan baik yang telah diberikan tidak memerlukan apa-apa balasan, namun penghargaan perlu...cukuplah sekadar menjaga hati dan perasaan orang lain...kadang kala kita alpa, KITA SANGAT MEMERLUKAN ORANG LAIN, DAN DALAM MASA YANG SAMA KITA TIDAK PERNAH MENGHIRAUKANNYA...kita memerlukan udara untuk hidup, tapi pernahkah kita menjaganya?? walaupun ANGIN itu indah, nyaman dan membantu manusia untuk hidup, tapi percayalah angin juga MEMPUNYAI PERASAAN...


"...BERHATI-HATI DENGAN KEMARAHAN ORANG YANG BERSABAR..."


14 comments:

target=”_blank”Muhammad Fakhrurazy said...

tumpang lalu....^_^
kesian..bulat pun mati jgk...
http://rafiq-icelemontea.blogspot.com/

target=”_blank”mr broken heart said...

RAFI
kerana nila setitik hbis susu sebelanga

target=”_blank”Unknown said...

begitu la hidup. kadang kita lupa dengan apa di depan mata, lalu memandang yang lain nun jauh di sana. Bertabah dan bersabar amat perlu kerana ada ganjaran untuk itu.

http://fazzmiee.blogspot.com

target=”_blank”hairum zaini said...
This comment has been removed by the author.
target=”_blank”mr broken heart said...

FAZZMEE
itulah manusia...mana pandai bersyukur

HAIRUM ZAINI
nape delete??

target=”_blank”Acik Riotaro said...

nape bulat pun mati??
kalau tak pndai menghargai..
beginilah jdnya..

target=”_blank”mr broken heart said...

ACIK RIOTARO

tu la...kdg2 kerana nila setitik rosak susu sebelanga...kan??

target=”_blank”hairum zaini said...

Tetibe kuar pic pakai unipom..kantoi ar..

target=”_blank”Acik Riotaro said...

X la..kerana perasa sebotol habis susu sejag.. Nila x dpt ape2..
Muahhahha.. Just kidding..

target=”_blank”mr broken heart said...

ACIK RIOTARO
pun blh..hahaha..

target=”_blank”! Arjunakirana ! said...

Sambil memberi ikan makan di tasik... sungguh tenang jiwa aku... (sape la yang kamu ingatkan) menjadi satu ingatan... wahhhh... dah melalut aku nie...

REDHA :)

target=”_blank”mr broken heart said...

ARJUNA
malalut je beliau ni...g bg makan ikan sana =)

target=”_blank”! Arjunakirana ! said...

Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu, Fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu

Bagaimana ku nanti, Bila tiada mengganti

Yang ku ada hanya kamu saja...... yang ku ada hanya kamu..... yang ku ada hanya kamu...

(lagu anak pak tahir)

target=”_blank”mr broken heart said...

ARJUNA

ni da kena penangan badi hanyut la ni..hehehe