ADA YANG MEMERHATI

Wednesday 29 May 2013

karangan ke empat puluh empat - Maaf...Aku Hanya Insan Biasa

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH DAN PENYAYANG


Tak sampai seminggu, pelbagai masalah datang...sampaikan aku tak tau apa nak buat...tak tau nak cerita pada siapa...dan jalan terakhir aku menyepi...ramai yang bertanya..kenapa perlu MENYEPI?? Mungkin ketiadaan aku di alam FACEBOOK...di alam INSTAGRAM...akan menjadikan semua orang bahagia...hahahaha

Walaupun FB tu punca rezeki aku...business aku semua running dalam tu...tapi wat masa ni itu jalan terbaik...kadang-kadang ada kawan-kawan pun, tapi bertindak memalukan kawan sendiri aku rasa adalah tindakan yang paling BODOH...mungkin itu satu gurauan...cuma jangan lah sampai MEMALUKAN orang lain...

KENAPA AKU MENYEPI??

#PERTAMA 

Sebab aku dikejar oleh EX aku...buah hati dia da ikut orang lain...siap melancong sampai ke Vietnam berdua...itukan KARMA...dulu, apa kau buat pada aku?? pernah kau ingat?? tapi persoalannya, kenapakau kejar aku?? aku paham, mungkin kau nak berkongsi cerita SEDIH ko tu...tapi kan aku dah cakap...kenapa cari aku?? bukan ke ko dah buang aku?? bukan ke aku ni serba kekurangan dulu?? bukankah aku ni hanya tempat kau minta bantuan bila kau perlukan dulu?? bukankah aku ni bukan siapa-siapa lagi??

Dulu, waktu kau tinggalkan aku...aku terjatuh...aku rasa dunia aku hilang...sampailah aku bangkit...aku bina hidup aku kembali...aku bina kekuatan aku...Ingat tak?? waktu kau tinggalkan aku dulu...aku sakit...dan aku hampir mati...tapi pernha kau ada?? pernah kau kisah hidup dan mati aku?? alasan kau, kau tak nak menipu aku...tapi pernah tak kau fikir bila kau bersama dia ketika kau masih bersama aku...itu bukan menipu ke?? dan akhirnya...kau berdiam dan mahukan aku yang lepaskan kau...ingat tak?? aku akur..aku lepaskan...sejak hari tu aku sakit tak menentu... tapi dengan kesakitan itu aku bangkit semula...aku bangun...dan aku berjaya walaupun aku masih belum sihat sepenuhnya...

Kau pernah ada?? tak ada pun...sekarang mungkin tuhan nak tunjukkan kepada kau apa itu KARMA...tapi kenapa kau cari aku?? SMS aku setiap hari...telefon setiap hari...berpuluh-puluh missed call kau tinggalkan...PERLU KE?? aku ni apa?? SUBHANALLAH...aku jadi hilang punca dah ni...aku rimas..dan aku tak tahu nak cerita dekat siapa masalah aku sekarang...dan berani kau cakap nak cari aku sampai rumah aku...kau gila ke apa??? KEGILAAN APAKAH INI???

Dan malam tadi kau minta aku buatkan TESIS kau...nak submit lagi beberapa minggu...tajuk pun tak ada lagi...KENAPA AKU?? aku ni apa?? senang-senang kau cari aku waktu kau susah macam ni...kau pernah sukat tak air mata aku yang pernah kau cekik dulu?? kau ingat dengan ungkapan kau "...MAAFKAN AKU..." semuanya dah selesai...??? ya...dah selesai...antara aku dan kau tak ada apa-apa...kau nak jadi kawan aku, tak ada masalah tapi kenapa waktu susah?? aku bg cadangan tajuk tesis, kau kata susah...minta aku buatkan semuanya...kau ingat aku apa?? MAAF...AKU TIDAK AKAN JADI BODOH LAGI...BUAT KALI KE BERAPA PUN AKU TAK INGAT...MAAF


#KEDUA

EX lama aku kawen 26 MEI 2013 (ni EX yang lain pulak)...gasak la minah tu nak kawen dengan siapa pun...aku tak kisah pun...aku doakan dia bahagia hingga ke akhir hayat...dan aku tak datang ke majlis dia pun sebab aku ada photoshot di tempat lain...bukan sebab aku kecewa atau apa pun...tapi kenapa mesti nak pukul canang dan mengata aku macam-macam...kalau kawan-kawan pun semuanya cakap aku "...GILA BAYANG..." "...JANGAN LA SEDIH...DIA DAH JADI MILIK ORANG LAIN..." "...AKU TAU APA KAU RASA...RILEKS LA...AKU ADA STOK BARU" dan macam-macam lagi...korang ingat aku kesah ke??? kalau korang SMS aku tak kisah...kalau korang INBOX aku tak kisah..ni tulis kat wall aku macam tu nape?? berlambak-lambak pulak tu komen...AKU TUAN PUNYA BADAN PUN TAK KISAH LA...aku dengan dia bukan ada apa-apa pun...apakah tindakan ini hanya satu GURAUAN atau SINDIRAN...atau satu PENGHINAAN... siap ada yang kata "...kau kan GAY...sebab tu ko tak kisah..." "...GAY macam kau ada perasaan ke??..." "...lek la bro...nanti aku carikan ganti yang lebih baik...ko cakap je nak jantan yang macamana...hahahhahaha..."   nilah gurauan dalam komen-komen korang kan?? aku ni apa sebenarnya?? kalau aku GAY  sekalipun, ada aku menyusahkan hidup korang ke?? WHAT THE FUCK!! kalau aku GAY sekalipun aku tak susahkan ko kan???   makan minum aku, aku tanggung sendiri...kalau aku susah hati, aku tanggung sendiri semuanya...semua luka yang ada dalam hati ni ada korang tau?? korang tau dan akan cari aku bila nak suka-suka...bila nak bergembira...macam ni ke kawan-kawan?? kalau pun tak nak bantu aku kala aku susah, jangan tambah lagi kesusahan yang ada...nak bergurau pun agak-agak la...SEJAHAT-JAHAT aku pun, aku belum pernah nak memalukan korang lagi wat masa ni...maka IZINKAN AKU MENYEPI...seketika atau selamanya aku tak tahu la...

Inikah kawan-kawan?? sepatutnya mereka faham dan tahu aku macamana....tapi kenapa?? aku yang sensitif atau mereka yang berlebihan?? aku ni apa pada pandangan korang?? waktu aku susah...waktu aku bersedih...ada korang bantu?? tak ada...bila aku perlukan korang, aku cari korang...apa korang cakap?? ingat tak?? macam-macam alasan...kadang-kadang itulah sebabnya kenapa aku suka menyendiri...SEPANJANG SEJARAH AKU BERKAWAN DENGAN SESIAPA PUN, BELUM PERNAH AKU BUAT MACAM YANG KORANG SEMUA PERNAH BUAT PADA AKU...aku ada perasaan...tak pe la kawan-kawan semua...terima kasih la...gurauan tu AMAT "MENGHIBURKAN" aku...

Aku tahu, tindakan aku menamatkan perkhidmatan maya ini akan menjadikan cerita itu lebih hangat...aku diamkan...terpulang la apa yang korang nak cakap...walau apa pun, terima kasih banyak-banyak...sebab di saat aku dilanda masalah, korang berjaya MENAMBAH lagi masalah yang sedia ada...terima kasih...


PS

Di kala ini...aku sangat perlukan seseorang...tapi aku sedar...dia sedang bahagia bersama si dia...maka akhirnya aku mengalah dan aku berdiam...cuba berdiri atas kaki sendiri...sesungguhnya...aku cuba mana yang aku mampu...kalau sampai tahap aku tak mampu, maka aku redha...

Wednesday 22 May 2013

Karangan ke empat puluh tiga - Sekadar Sebuah Rasa



DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH DAN PENYAYANG


KELAM MENELAN HATI

I
Dalam kelam malam
aku mengubah satu iklim hidup
mencari di mana letakkan aku dalam kesamaran
hilang dan tandus...seperti kabus itu
kau mampu melihat...kau mampu merasai kedinginan
tapi...kau tidak pernah mempedulikan
yang kau lihat hanya dia di sana
kerana di matamu...hanya dia bersinar

II
Jalan-jalan hitam itu
mula menelan segala perisa hidup
yang hancur, punah dan luluh 
tiada lagi rabaan sinar
kerana hidup ini telah hampir
sampai ke penamatnya

III
Nafas ini kian singkat
hanya dapat dihela barang sesekali dua
mata ini kian hilang sinarnya
mungkin...kerana hilang ertinya
hanya menghitung saat akan pergi
entah esok..kau tidak dapat melihat aku lagi
kerana aku telah menghalus
lebih halus dari cahaya

IV
Dedaun itu kian kering dan berguguran
berguguran menjadi hamparan tanah
tanah yang kian tandus
tandus tanpa harapan
harapan itu telah menghilang
menghilang bersama kelam malam

V
Andai kau tahu apa yang tersirat
tidak kau butakan hatimu...matamu
untuk kau berenang mencari tepian
yang tidak kau ketahui
di mana hujungnya

VI
Dalam menadah suratan tuhan
aku meratap sebuah rasa
rasa yang bakal aku bawa pergi
meninggalkan sekujur tubuh
pinjaman tuhan harus aku pulangkan
walaupun aku tahu aku bukan penentu
tapi...aku redhakan


Desiran rasa,
Mr Broken Heart
22 Mei 2013
11.30 PM


Tuesday 21 May 2013

karangan ke empat puluh dua - Karma

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH DAN PENYAYANG

K.A.R.M.A
mungkin hanya satu konsep di mana pembalasan...dari konsep bahasa K.A.R.M.A diambil dari saduran Bahasa Sanskrit...yang mana masyarakat Hindu percaya bahawa hidup ini akan ada pembalasan...bukanlah aku bermaksud mahu membawa ajaran Hindu dalam penulisan kali ini tapi aku pinjam perkataan K.A.R.M.A sebagaimana Bahasa Melayu sendiri meminjam perkataan itu dari Bahasa Sanskrit... =)


Tertanya-tanyakah pembaca sekalian....mengapa isu karma yang hendak aku timbulkan?? apakah sinkronise untuk kita bincangkan...maca serius je kan bunyinya?? tapi bia kali ni aku jadi serius...sebab pada aku manusia tak faham erti K.A.R.M.A...mengapa kita perlu menjaga hati orang lain?? kerana takut akan pembalasan di dunia??? atau apa?? 


#CERITA 1

Ada seorang hamba Allah...mengorbankan seluruh jiwa dan raga...membantu setiap apa yang diperlukan oleh orang yang disayanginya...selama 2 tahun dia menghambakan diri...menyayangi...walaupun kadang kala dia rasa dia terabai...walaupun kadang kala dia rasa dirinya tiada makna untuk orang yang disayangi...

Setiap saat dia tidak henti-henti mengharapkan balasan SMS yang dihantar....beratus-ratus duitnya dihabiskan hanya untuk membayar bil telefon kerana hanya dia yang menelefon si dia...sedangkan si dia langsung tak pernah nak ambil peduli...

Saban hari hatinya terdera...senyuman di bibir hanya penghias kepada khalayak yang memandang...tapi adakah disebalik senyuman itu dia gembira...setiap minggu di berulang alik menemui si dia...walaupun jauh...walaupun kadang kala dia tidak berwang...walaupun kadang kala dia terpaksa melakukan apa sahaja, tapi dia tidak pernah dipedulikan...

Sehingga di suatu hari dia tekad...untuk membuka HP si dia...kandungan di dalamnya sungguh menyeksakan jiwa raganya...dia menangis...dan menangis...sehinggakan dia tak mampu bertahan lagi...rupa-rupanya si dia memiliki skandal lain...segala pengorbanannya bagaikan sia-sia...dan bermula dari itu dia jatuh sakit...sakitnya makin kronik sehinggakan mungkin dia tidak mampu bertahan lama lagi...

Sepanjang tempoh dia sakit, si dia langsung tak pernah ambil peduli...dia gagahkan diri untuk ke hospital seorang diri...menongkat segala kesakitan hingga dia rebah...dia rebah apabila si dia meninggalkan dia dalam keadaan yang sungguh mengharukan...saban hari dia menangis...dan menangis...bersedih...berduka...semua itu bagaikan sudah sebati dengan jiwanya...

Di saat itu dengan kuasa Sang Pencipta...seorang insan hadir dalam hidupnya...memberikan dia sinar untuk teruskan kehidupan walaupun insan yang hadir itu tahu bahawa hidupnya tak lama...dia berikan satu perasaan...dia lahirkan satu perasaan yang tidak pernah dirasai sebelum ini....walaupun dia tahu insan yang hadir itu tidak mungkin memilih dirinya untuk dijadikan teman hidup walaupun sementara...dia redha...itulah hidup..tidak semua yang kita mahukan akan menjadi milik kita...

Setelah hampir 6 bulan berlalu...bekas kekasihnya datang semula...meminta dia kembali...merayu...alasannya kerana dulu dia bodoh...tak tahu menilai....dia telah dipermainkan oleh kekasih barunya...yang tidak tahan dengan karenahnya...katanya "...kau terlalu baik...dan aku terlalu bodoh kerana melepaskan kau dulu..."

Dia tersenyum...dalam hatinya berkata....ITULAH K.A.R.M.A...dia meneruskan perjalanan tanpa menoleh ke belakang semula...


#CERITA 2

Dalam meniti kehidupan seorang diri...akhirnya ALLAH mengurniakan seorang insan dalam hidupnya...mereka berkasih-kasihan...berkongsi rasa sayang dan kasih...segalanya...si dia membawa dia masuk ke dalam keluarganya...menjadi sebahagian dari keluarga itu...

Sedar atau tidak..sudah 2 tahun berlalu...mereka masih akrab...walaupun jauh itu bukan persoalan...masing-masing sanggup merentas perjalanan yang jauh hanya untuk bertemu...hanya senyuman dan kegembiraan yang ada di hati mereka...perasaan yang berbunga-bunga itu bagaikan tidak akan gugur lagi...SMS sudah beribu-ribu rasanya...telefon setiap masa...wang ringgit bukan penghalang...itulah tanda kasih sayang...tiada apa yang mampu menghalangnya...

Untuk si dia, dia sanggup melakukan apa sahaja...wang ringgit bukan ukuran...hidupnya bagaikan disinari cahaya bulan purnama di kala kegelapan malam meliputi kekelaman...hatinya bagaikan disirami dengan air mawar yang sentiasa harum...langkah sentiasa yakin tanpa sebarang kesangsian...si dia tetap di hati...walau ditukar ganti dengan sesiapa pun...dia tak akan berubah hati...

Namun, sejak akhir-akhir ini dia rasa sunyi...si dia tidak lagi seperti dulu...SMS tidak berbalas...dan rasanya sudah hampir sebulan lebih tiada SMS atau pun telefon...dia rasa sedih...dia rasa sangat pilu...hatinya luka...rindunya pada si dia bagaikan gunung berapi yang mahu meletup...menggelegak...tapi...apakah gunanya jika hanya dia yang merasainya...mengapa ini terjadi?? sedangkan dia cukup setia...tidak pernah terlintas di hatinya untuk mencari yang lain...

Kalau kata sibuk, kenapa dulu boleh? kenapa sekarang tak boleh? sudah jumpa orang yang lebih baik? tak cukup ke jika ada seorang insan yang yang menyayangi kita sepenuh jiwa? apa salah dirinya? walaupun dia tersenyum setiap hati tapi siapa tahu apa yang ada di hatinya?? luka?? pedih?? rindu?? sedih??

Pernah tak dia rasa apa yang orang lain rasa?? kenapa mesti hadir kalau hanya untuk menyakitkan?? Apakah ini si dia tak takut pada KARMA?? apa yang dilakukan adalah satu perkara yang paling BODOH!! meninggalkan orang yang sayang dirinya sepenuh hati...ya...DIA BODOH!!


#KESIMPULAN

Dari dua kisah ini...jadikan sebagai panduan...aku agak ANTI dengan manusia yang digelar pengkhianat dan tak tahu erti BERSYUKUR...aku BENCI...dan sangat benci...susah sangat ke nak hantar SMS??? susah sangat ke nak dail nombor telefon??? serius....MEREKA BODOH!! mungkin jalan ceritanya hampir sama...cuma tak serupa...walau apapun....jangan takut dan jangan risau...ALLAH maha adil...setiap perbuatan ada balasannya....mungkin kita berdosa dengan ALLAH...banyak dosa yang kita lakukan...tapi kita kena ingat...ALLAH MAHA PENGASIH DAN PENYAYANG...seberat mana pun dosa itu, pasti akan terampun...selain syirik...tapi...sesama manusia?? terampunkah?? selagi tiada keampunan...selagi itu...akan dikira hingga ke mati...mungkin kita boleh MEMAAFKAN apa jua yang dilakukan...tapi hukum tetap hukum...ALLAH itu adil...itulah yang aku nak cakap...K.A.R.M.A...larilah sejauh mana pun...kau tetap akan dihukum...

Monday 20 May 2013

karangan ke empat puluh satu - Biar Sekeping Gambar Berbicara

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH DAN PENYAYANG



Biarkan sekeping gambar berbicara...segalanya biar terpendam beku kerana mungkin waktunya sudah hampir tiba untuk memenuhi segala perjanjian diri manusia ini dengan Penciptanya...TERIMA KASIH YA RABB...kerana Kau masih memberikan aku peluang untuk terus tersenyum walaupun pedihnya hanya Kau yang mengetahui...

Seandainya inilah saat terakhir untuk aku tersenyum maka aku pinta padaMu...berilah kebahagian kepada orang-orang disekelilingku...sesungguhnya Kau maha mendengar...maha mengetahui...segala yang terbuka dan tersembunyi...Terima Kasih YA RABB...

Saturday 18 May 2013

karangan ke empat puluh - Selamat Hari Guru

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH DAN PENYAYANG

Rasanya belum terlewat untuk aku mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua warga pendidik di seluruh Malaysia...walaupun terlewat beberapa hari, tak mengapalah...sebab hari-hari pun Hari Guru...Kalau 16 Mei je Hari Guru, maka KOSONGLAH sekolah...sebab guru tak mau datang sekolah...hehehehehe

Sebab-sebab terlewat nak update pasal HARI GURU ni ialah 
1.   PC aku kena sambar petir...3 minggu masuk kilang.
2.   Keje bertimbun sangat...tak mampu nak tanggung.
3.   Jiwa kacau.

Nway...tahun ke 6 aku bergelar GURU...5 tahun berada di SMKBP...dan ini tahun pertama di SMKTP...sejujurnya inilah satu sambutan yang paling menarik sepanjang 6 tahun Hari Guru yang pernah aku lalui...meriah sakan...semua chegu-chegu berkejar-kejar nak join apa aje game yang dianjurkan...sampai ada yang merajuk sebab tak dapat main...hehehehe



Sambutan kali ini dengan tema BACK TO SCHOOL...90% semua chegu di sini memakai semula baju sekolah...pagi sebelum ke sekolah, aku melihat baju sekolah...semangat dan aura tu datang mendadak...keseronokan memakai baju sekolah timbul membuak-buak...korang tahu tak betapa indahnya zaman kanak-kanak dan persekolahan...tiada masalah...kalau ada pun masalah CINTA...masalah KAWAN-KAWAN..masalah BELAJAR (kononnya la)...tapi tak eprnah nak fikir masalah KEWANGAN....masalah KELUARGA...masalah KEHIDUPAN...sebab tu aku sangat suka zaman persekolahan...dan kalau ada magic stick kat dunia ni aku nak balik semula ke zaman sekolah....zaman yang sedia ada sekarang ni sangat menyeksakan jiwa raga...

Kat sini aku nak upload gambar-gambar aku dan anak-anak murid aku...korang tengok la...tengok mana satu murid...mana satu cikgu...hehehe.... =)





















Begitulah gelagat anak-anak murid kesayangan yang hadir...dan nampak kan...aku dengan anak-anak murid aku da sama besar dah....rasanya sebab budak-budak sekarang yang besar....sebab makan banyak junk food dan fast food...hehehe....

Walau apapun, dikesempatan ini aku nak ucapkan SELAMAT HARI GURU buat semua cikgu-cikgu yang pernah mendidik dan mengajar aku dari seorang BUDAK YANG SANGAT NAKAL, KAKI GADUH, SAMSENG, KAKI PONTENG, SUKA MENJAWAB DAN DEGIL...dan akhirnya aku menjadi seorang manusia...

1.   SK Sinar Bahagia
2.   SMK Munsyi Abdullah
3.   SMK Sultan Ibrahim
4.   Universiti Pendidikan Sultan Idris

Jasamu dikenang guru-guruku....segala kesabaran dan tunjuk ajarmu akan aku kenang hingga ke akhir hayat...TERIMA KASIH...hanya ALLAH sahaja yang mampu membalas jasa kalian...doakan aku terus tabah dalam bidang ini walaupun ini bukan bidang pilihan hati...aku tunduk pada takdirku...

Inilah keluarga baru aku...cikgu-cikgu SMKTP 2013.


Thursday 16 May 2013

karangan ke tiga puluh sembilan - Takdirkah Yang Bersalah??

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH DAN PENYAYANG.

Malam kian kelam...melihat cahaya bulan hanya berseri dicelah gumpalan awan yang mungkin membawa hujan untuk terus mencurah ke bumi ALLAH...aku merenung setiap detik yang masih tinggal...dan akuvterfikir tentang TAKDIR...apa itu takdir?? Sesuatu yang telah ditetapkan...ALLAH telah menjanjikan akan memberikan jalan yang terbaik untuk makhlukNya...tapi selaku manusia...kita tetus berasa TIDAK PUAS HATI...TERUS MEMBERONTAK...DAN MAHUKAN KEHENDAK KITA DIPENUHI...begitu beratnya hidup ini...SUBHANALLAH.



Bertemankan tasbih pemberian seorang sahabat aku cuba mengabadikan segala rasa pedih...rasa luka...rasa rendah diri...dan segala rasa aku gaulkan menjadi satu rasa untuk dijadikan santapan rohani aku yang cukup tandus...mungkin aku bukan sebaik akhlak orang-orang alim diluar sana...tapi apakah itu satu alasan untuk aku menerima takdir sebegini?? Seandainya ALLAH memberikan aku pilihan pastinya aku akan mengubah takdir hidup dan membuat sedikit permintaan untuk kelangsungan hidup aku...

PERTAMA - Kenapa ALLAH mahu aku terus hidup?

Mungkin ada pendapat bahawa hidupnya anak Adam di bumi ALLAH ini sebagai khalifah dan pemimpin...tapi aku tak mampu...nak pimpin diri sendiri pun aku GAGAL...dulu doktor pernah cakap... "...awak boleh hidup 6 bulan je..." n now I was survived for 10 month...what the surprised...tu takdir...tapi kenapa Dia tak nak ambil aku pulang ke pangkuanNya...tahukan Dia betapa aku menangis dan menderita dengan setiap ujian dariNya...adakah semua ini satu takdir yang terpaksa aku tempuh untuk sepanjang kehidupan ini??

Adakalanya keletihan untuk meneruskan hidup membuatkan aku FADE UP...orang di luar tak akan faham...TAK AKAN FAHAM...sekadar datang dan pergi macam angin...itulah takdir aku...betol...aku manusia yang perlukan sebuah kehidupan yang bahagia...tak ada siapa pun nak derita...tapi siapa aku?? Aku tak boleh menentukan apa-apa dalam kehidupan ini...takdir aku dah tertulis...maka aku tunduk dan redha...

Memang ada orang mahu mendekati aki...tapi setelah banyak perkara yang aku lalui membuatkan aku melabelkan manusia itu semuanya sama...hanya beberapa orang yang aku rasa boleh mendengar cerita yang sedia ada...tapi rasanya lebih baik aku berdiam...tak perlu aku tunjukkan apa-apa kesedihan pada khalayak...cukup hati ini menyimpan semuanya...cukup dan cukup...biar aku berbicara dengan tuhan...kerana aku tau tiba masa yang dijanjikan aku akan pergi menemuinya...mungkin beberapa detik lagi...saat itu ingati aku sebagai seorang yang banyak memberikan senyuman kepada semua...bukan kesedihan dan kepiluan...

Aku tak menyesal dengan apa yang terjadi...untuk apa menyesal?? Aku tak akan mungkin dapat memutarkan segala yang berlaku...TAK MUNGKIN...jadi teruskan melangkah walaupun parah...

KEDUA - Cukup sudah berbicara tentang perasaan.

Cinta?? Apa ada dengan cinta?? Hanya sebuah perasaan yang entah ke mana nilainya?? Aku tak pernah cakap aku seorang prejudis terhadap cinta...tapi untuk apa aku mengungkit kish yang telah berlaku dulu...aku tak kisah apa-apa pun lagi...aku letih...dalam hidup ni pelik...ada kalanya kita suka pada orang tapi orang tu tak suka pada kita...adakalanya orang suka pada kita tapi kita tak suka...itilah keajaiban hidup...bukan mudah mengukir kisah cinta yang terindah...mungkin ada orang cukup bernasib baik bila cinta mencintai...berkasih sayang...berkongsi rasa...tapi apa pula nasib orang yang cinta separuh mati tapi dikhianati...bagai anjing menyalak bulan...aku pernah berada di situasi kedua...pedih rasanya...tapi apa boleh buat?? Itu takdir...dan aku redhakan...biarlah...dan aku cuba memberi kasih sayang pada orang lain tapi orang tu mengelak...itulah namanya takdir...sesuatu diluar jangka...mampukah kita mengelak?? Semua dah ditetapkan...kalau ada orang cakap TAKDIR BOLEH DIUBAH terpulang la...aku tetap cakap TAK BOLEH UBAH...sesakit mana pun kita kena melangkah...berikan KASIH SAYANG pada orang yang sudi...dan setiap orang berhak menerima kasih sayang dari orang yang sudi memberi...persoalannya ADA KE YANG MAMPU MENEPATI SEMUA CIRI YANG ADA?? Aku redhakan...mungkin semua follower yang membaca entry ini akan bercakap...JANGAN BERSERAH...TERUS FIGHT...deyyy tambyyy cakap boleh la...duduk dekat tempat aku dan rasa sendiri...walaupun begitu aku tak pernah menyalahkan siapa-siapa...itu semua hak masing-masing...aku hormat semua keputusan yang ada...

Cinta dan sayang bukan boleh dipaksa...lepaskan...hidup ni bagaikan matahari...suka ke...tak suka ke...kena keluar dan terangi dunia...walaupun orang tak suka...kena keluar juga kerana mungkin ada makhluk yang masih memerlukan dalam kalangan manusia yang tak memerlukan...jadi konsepnya mudah...just go on...Telan  semua rasa...TELAN DAN TELAN...kita tak boleh paksa orang menerima kita tapi kita pasti boleh buat yang terbaik untuk orang lain...itulah TAKDIR namanya...

KEDUA-DUA kisah ini aku tulis sebagai satu perjuangan. ..aku terus berjuang...walaupun takdir aku mungkin tak seindah orang lain, tapi aku terima...dan dalam hidup ni apa yang kita mampu buat ialah berjuang...walaupun mungkin hanya sedetik masa yang ada, aku akan terus berjuang...sebab perjuangan aku akan terus diingati...bukan mudah aku nak teruskan langkah ni...seksa...tapi hiasi seksa itu dengan senyuman...aku dah penat menangis...cukup la...nanti kalau buta macamana?? Da la sakit nak mati...pastu buta pulak...cukup-cukup la...aku tak nak cakap lagi...aku redha je...tu da memadai...


# Walau sepedih manapun...itulah takdir. .tak mampu diubah dan diusik...aku redha je...kita terima je tiap jalan yang sedia ada...kita terima tak mampu buat apa-apa pun...pejam mata n telan...susun langkah...dan melangkah...sampai jumpa titik akhir...sebelum langkah terakhir maka senyum la...kerana itulah senyuman terakhir...





Tuesday 14 May 2013

karangan ke tiga puluh lapan - Apa Lagi Yang Aku Harapkan??

DENGAN NAMA ALLAH YANG PENGASIH DAN PENYAYANG

Dalam aku meniti sebuah hidup...setiap ujian yang datang aku lalui dengan penuh kesabaran dan ketabahan...setiap apa yang datang semua aku tempuh...walaupun aku terjatuh...walaupun aku tersungkur...walau apa pun keadaannya...aku lalui dan tempuhi...

Malam ini aku blur...mungkin kerana ubat-ubat yang aku telan menjadikan tak mampu bertahan untuk melakukan kerja-kerja yang tertangguh...

Adakalanya...aku bosan...dan cukup bosan dengan ubat-ubat yang ada...rasa nak campak dalam longkang semuanya...bosan...tau tak bosan tu apa...bosan yang maha bosan...

Lately...perasaan sukar digambarkan...aku tterasa sangat sunyi...sepi...aku penuhi hidup aku sepenuhnya di gym...habis kerja aku ke gym...aku tak ada siapa2...dan aku rasa aku sangat sunyi...ALLAH saja yang tahu apa aku rasa...satu perasaan yang tak dapat aku gambarkan...tapi aku masih redha tanpa sebarang penyesalan...agaknya kalau BELA JIN pun bagus sekarang ni...sekurang kurangnya ada gak teman nak berbicara dan memahami apa yang aku rasa...hahahaha

Sesungguhnya aku redha...dan redha...dan terus redha...aku penuhi hidup ini dengan senyuman...tak kira la...plastik ke...paper beg ke...aku da tak kisah...yang penting orang semua tengok senyuman tu...walau apa pun aku rasa...bia aku je yang tahu...dan akan aku sembunyikan sampai aku mati nanti... =)


# tadi petang aku nak ke gym...tp malas tetiba...aku lepak dekat hutan bandar...merenung nasib yang aku tak tahu di mana hala tujunya...dan aku menangis...entah kenapa aku menangis...bodohkah aku??? Urmmm...dalam kesedihan itu tetiba ada seseorang menegur aku...dia seorang ARTIS...dan entah kenapa dia duduk di sebelah aku...berbual dengan aku...dan DIA MINTA NO TELEFON AKU...dia kata dia ada penggambaran malam ni dekat JPO...aku ni GLAMOUR sangat ke sampai ARTIS pun ambil no telefon aku...kelakar bunyinya...dan dia kata "...Sekali macam ARIEL PETERPAN...dua kali pandang macam FAIZAL TAHIR...tiga kali pandang baru macam MBH..."

Aku tersenyum...n petang tadi aku g minum dengan beliau...g mamak je...selamat dia tak kisah...dan dia yang belanja aku...terima kasih ya... =)