ADA YANG MEMERHATI

Tuesday 26 February 2013

karangan ke dua puluh tiga - Bila Hati Berbisik IV



Meneliti sebuah kisah...berlari dalam sebuah kesamaran mungkin akan membuat tersadung jatuh..bangkit semula...dan kemudian jatuh tersungkur lagi...di mana hendak diletakkan sebuah langkah yang hilang rentak kala luka berdarah kembali dan menghunus diri yang kian parah dalam meniti sebuah kehidupan...

Kalau hati ini umpama buluh mungkin tiada rasa bila tertusuk...kalau hati ini umpama pantai, tiada rasa lagi bila dihempas..kalau hati ini sebuah kaca, berderai seribu tidak berbentuk lagi...di mana letakkan sebuah hati yang adakalanya hilang ketetapan dan bentuk?? Sesekali rasa itu menyingkap, akan hilang bentuknya...berpaut di dahan yang rapuh umpama meletakkan diri dalam sebuah jurang yang bakal memamah setiap inci tubuh yang kian hilang identitinya...

Berenang sang pemilik hati dalam sebuah hidup yang di mana realitinya...hilang dalam fantasi yang menghanyut diri...entah ke mana hanyutnya...entah ke muara...entah ke kuala...namun rentak renang itu mampu bertahan atau tidak...entah rentak itu akan mengapungkan pemilik hati dalam sebuah lambungan ombak yang mengganas atau tidak...tiada apa lagi yang harus diimpi dalam ruang lautan yang luas...pandangannya sama...dan rasanya tetap sama...tiada penghujung...dan tidak berpangkal...

Bila mana malam menjelma, berbisik sang pemilik hati...apakah harus membunuh semua rasa yang lahir sedangkan itu anugerah ILAHI...sesekali hati berbisik lagi, mana letakkan diri yang terus hilang dalam kelam malam...mungkin ia hanya satu ilusi mata yang akan menghumban diri jauh dari keramaian manusia...hinggakan diri hilang dalam sinar...telus dalam cahaya dan tenggelam dalam kegelapan...

Meraba-raba sang pemilik hati mencari siapa dirinya...kalau mampu dia memetik sang bulan, pasti tidak segelap ini dirasakan...mengapa harus disingkap sebuah kisah yang banyak meninggalkan parut yang tidak akan sembuh...siapa penyembuhnya? entah wujud ataau tidak..entah ada tau tidak...entah mungkin hilang  dalam sebuah realiti...kerana itu hanya umpama dalam kaca yang hanya mampu dilihat, disentuh tidak...

Setiap titis darah yang menitis umpama hilangnya jejak seorang yang cukup berani menempuh hidup...walaupun keseorangan, sang pemilik hati tak pernah takut untuk melangkah...mungkin titis darah ini adalah satu harga yang perlu dibayar untuk terus melangkah...kala darah itu menitis, air mata bukan penawarnya...kesakitan bukan nilainya...yang ada hanya sebuah jiwa yang kosong...yang tak pernah meletakkan tempoh tarikh luput sebagai garis panduan untuk terus bernafas...darah ini bukan penentunya...

Di mana lagi harus berpaut...hanya berserah..mungkin berserah itu pasrah dan akhirnya menyerah...tapi pada pemilik hati, berserah itu jalan terbaik...sesungguhnya tiada siapa yang tahu apa rasanya bila menitisnya titik-titik merah yang membasahi segenap rongga...hanya hati yang memahami...memahami diri yang adakalanya kian tandus dimamah takdir...

Kalau senyum itu mampu menjadi penyembuh...maka pemilik hati akan tersenyum...kalau gelak tawa itu akan menjadi penawar, maka gelak tawa akn menghiasi segenap ruang kesunyian yang ada...betul, hidup itu satu ketentuan...maka, terimalah ia walaupun adakalanya pedih dan perit untuk diluahkan...kata-kata abgaikan tidak berguna lagi...apa lagi yang pemilik hati miliki...hanya sebuah harapan untuk terus bernafas...dan terus bersyukur dengan kurniaan sang pencipta...walaupun hanya untuk beberapa ketika lagi...

Setitis air mata yang membasahi bumi bukan harga sebuah penderitaan...tapi harga sebuah kekuatan...berdiri dengan tembok kekuatan yang entah bila akan runtuhnya...ke mana harus diarak tangis ini...ke mana lagi harus ditadah setiap mutiara yang bergolek di segenap rongga...mungkin hati sudah cukup merasai satu bentuk penyeksaan dunia...maka, tangis itu tidak pernah bererti lagi...dan tidak akan pernah menjadi satu harga kepada sebuah kebahagiaan....

Walau hati itu parah, melangkahlah...teruskan rentak dan langkah...setiap duri yang dipijak bukan penghalang untuk terus tersenyum...semua kenangan itu akan dilipat kemas untuk dibawa tanpa sesiapa mengetahuinya...akan disimpan dan dalam sebuah balang kaca...yang mungkin dapat dilihat, tapi takkan mungkin dapat dirasai oleh sesiapa...kalau ini harga yang harus dibayar untuk terus melangkah, maka sang pemilik hati akan terus menyimpannya...kerana air mata dan titis-titis darah itu bukan harga kepada semua ini...

Malam yang kelam ini bagai menghempas sebuah perasaan...dan meletakkan sebuah harapan...walau sang pemilik hati hanyut...akan terus direnang...walau tidak bertepi...walau lemas...walau karam...biar titis-titis darah dan air mata ini menjadi peneman..entah esok entah lusa...entah seribu tahun lagi...biarkan hati ini menanggungnya...kerana hati ini akan terus bertahan...dengan sedikit kekutan yang dilihat dari air mata yang menitis...kerana hati ini sudah cukup kebal dengan segala luka...sudah penuh parutnya...sehinggakan tiada ruang lagi untuk diguris...

#kalaruanghatiberbisiksepi...kalaairmatamenjadipenemansebuahkesakitan...kalamimpiyanghadirhanyasekadarmembunuh...langkahakanterus...keranasangpemilikhatisudahcukuplalidengansunyidansepi

selamat malam dunia...moga ada lagi masa untuk kita bersua kelak...

Monday 25 February 2013

karangan ke dua puluh dua - Secubit Rasa

"...KEIKHLASAN itu umpama seekor semut hitam...
Yang duduk di atas batu hitam...Di malam yang gelap..."
~ Imam Al Ghazali ~

Apabila bercakap tentang kepada KEIKHLASAN, tak ada satu pun KAYU UKUR yang boleh menilai sejauh mana rasa IKHLAS itu...mungkin jauh di sudut hati, hanya orang yang MENGHULUR saja tahu...apakah niat disebaliknya, jangan dipertikaikan...kerana selaku manusia tak ada siapa pun yang layak menjadi HAKIM bagi kelakuan orang lain...

Sorry semua..lama rasanya tak tulis apa-apa dekat dalam blog ni...MBH bz sikit...keje banyaks angat nak buat...banyak sesi photoshoot yang nak kena handle...kadang-kadang untuk diri sendiri pun tak sempat...cuma, hari ni MBH nak kongsi SEBUAH KISAH...SEBUAH CERITA...dan BEBERAPA PERASAAN yang MBH rasa beberapa ketika ini...

SEBUAH KISAH


Apakah yang hendak dinyatakan dalam sebuah kehidupan yang sekadar tinggal beberapa detik...tiada apa yang hendak diukir...tiada apa yang hendak diperjelaskan kecuali mencari sebuah KEBAHAGIAAN dalam sisa yang ada...ramai orang kata macam ni...


#  ENGKAU DAH SAKIT PUN SIBUK NAK KE GYM LAGI

----> MBH:  Kalau dulu aku lahir aku sihat, maka aku nak mati dalam keadaan yang sihat.

#  KAN DUIT YANG ADA TU BAGUS SIMPAN JE...JANGAN MEMBAZIR
----> MBH:  Apa yang membazirnya...untuk diri sendiri dan orang yang aku sayang kot...

#  PERLU KE WAT FACIAL TREATMENT?? 
---->  Kalau takdir aku mati, aku tak nak orang tengok mayat aku dalam keadaan yang sangat teruk.

#  FIKIR DIRI SENDIRI DULU, BARU FIKIR TENTANG ORANG LAIN
---->  Aku bukan manusia yang pentingkan diri sendiri...sorry.

#  KAU RASA BERBALOI KE SAYANG ORANG YANG TAK SAYANG KAU?
---->  Rasa sayang tu tak semestinya perlukan balasan...cukup kita tengok dia bahagia...NOTED

Inilah kisah-kisah perbualan orang lain tentang aku...AKU TAK BAIK...cuma aku selalu BUAT YANG TERBAIK untuk orang lain...pada aku, selagi kita hidup adalah satu kewajiban untuk kita fahami dan mengerti akan keadaan orang lain...tak perlu jadi ENAU...cuma kadang-kala kita perlukan masa untuk diri sendiri...macam yang aku buat...selagi aku tak menyusahkan orang lain, itu dah cukup untuk aku...kalau orang susahkan aku tak apa...sebab aku YAKIN aku takkan tuntut apa-apa di dunia ataupun di akhirat...aku cukup kenal siapa aku...

KESIMPULANNYA:  Kita takkan mampu puaskan hati semua orang...cukup sekadar kita dah buat yang paling terbaik...dan kita tak akan menyesal walau apa pun yang berlaku akan datang =)

SEBUAH CERITA

Beberapa ketika ni...sibuk dengan photoshoot tanpa henti...sampai ke MELAKA...sabar je lah...sampai sesat aku...sebab masuk kampung yang ulu sikit...GPS pun tak jumpa jalan...lama gak pusing-pusing kat LENDU...last2 sampai TAMPIN...aku pun tak tau macamana boleh sampai sana...hehehehe...

Habis photoshot aku lari g KL 2 hari...lepak-lepak sana...jumpa someone kejap...lepak-lepak dengan dia...pergi berpoya-poya...ketawa...senyum...dan semuanya...cuma ada la beberapa perkara yang tak boleh dibuat dan tak menjadi sebab hari HUJAN...

Aku masak spegeeti kat rumah beliau...macam-macam cabaran...MASTER CHEF pun tak kan dapat cabaran macam yang aku lalui...MULA-MULA CABARAN CARI BARANG...aku tak familiar sangat jalan KL...jenuh pusing-pusing cari kedai...bawa kete macam orang pro je...lantak...ntah mana je aku redah...hahahaha...

Sampai je depan rumah, makcik-makcik jiran beliau usha aku semacam je...macam tak pernah tengok LELAKI KACAK BALIK SHOPPING BARANG DAPUR...hahahha...dengan selamba je aku jalan laju-laju...dalam hati cakap macam ni... "SILA JANGAN TEGUR AKU"

Dah sampai rumah, masuk umah cepat-cepat...kunci rumah...memang orang KL ni macam ni...masuk umah terus kunci...aiyooo....tak berkembang otak aku kalau duduk sini lama-lama...letak sume barang dekat dapur...nak masak kononnya...GAS HABIS PULAK...jenuh cari kedai nak beli gas...selamat rumah tingkat 2...kalau tingkat 12...nangis aku nak kena turun naik...hahahahah....bila incik kedai dah anta gas, dengan penuh KOMPIDEN aku pasang gas...KEPALA GAS TAK NAK LEKAT PULAK...time ni la nak ROSAK...rasa nak telan je dapur gas depan mata ni...

Akhirnya dapat gak masak dengan banyak cabaran-cabaran yang MASTER CHEF pun tak lalui...hahahhaha...pas makan, membuta...sampai petang...malam kua...g makan kat abnayk tempat..dia bawak aku g SS2 Restoran Murni...gempak restoran tu...dia bawak aku g makan kat HR Steak House, Kampung Baru...makan je kejenya...pastu g lepak kat IPark...cantik, tapi sayang...sampai sana da kol 12 malam...sume lampu dah padam...g Titiwangsa pun macam tu...tak dapat lepak-lepak...in the end, g KLCC...pun sama..sume lampu da padam...tapi, aku tak kisah...walaupun sume plan banyak tergendala, yang penting aku happy =)





KESIMPULANYA: Walau apapun, aku tak kisah...yang penting aku bahagia dan gembira...sometime u make me smile...u colour my life...n u make me happy...event just for a moment...TQ =)

BEBERAPA PERASAAN

Lately, aku dilanda beberapa perasaan yang tak mampu aku sembunyikan...sebagai manusia yang ada perasaan, aku cuba sembunyikan semua rasa ni...aku tak tahu dekat mana aku nak sorokkan, tapi aku cuba sedaya upaya untuk sembunyikan...

#CEMBURU

Satu perasaan yang aku sendiri pun tak tau mana datangnya...selama ni, aku ni manusia yang selamba...tak kisah pun apa yang jadi...aku redah je...tak kisah dan tak peduli apa pun jadi, aku tak pernah ada rasa CEMBURU...tapi, sejak kebelakangan ni, rasa tu selalu datang...kenapa mesti cemburu?? sampaikan kadang-kadang aku rasa...aiyooo...


Sampaikan aku marah-marah diri sendiri...geram semua ada...tolong la MBH...buang semua rasa ni...tapi mampu ke?? kenapa rasa ni datang?? sangat memeningkan...bila aku cerita pada DIA, gelak bukan main beliau...AKU CEMBURU TENGOK DIA DENGAN BUAH HATI DIA...aku cemburu la..semua orang akan rasa yang sama...tapi, walaupun aku cemburu, aku takkan rosakkan hubungan diaorg..tak bek...

Kadang-kadang buat aku tersenyum sendiri...setiap moment aku dengan dia, bila aku teringat aku akan senyum...aku tak kisah kalau dia tak ingat dekat aku...sebab aku ni bukan siapa-siapa pun kan...cuma aku suka dan bahagia ngan beliau...BODOH KAN?? tapi bila kita dah mula suka pada seseorang, semua benda bodoh nampak normal...dan aku tak kesal apa-apa pun...at least, DIA AMBIL BERAT TENTANG AKU...

Tiap kali aku dengar lagu SAYANG by SHEA aku cemburu gak...tu lagu diaorg...cepat-cepat aku tukar channel radio...TERBAKAR tetiba...walau apa pun, aku sedar satu benda TAK SEMUA YANG KITA NAK KITA AKAN DAPAT...dan buah hati dia sangat beruntung dapat dia...dia ada ciri-ciri yang semua orang idamkan...bukan paras rupa la jadi ukuran...macamana menarik pun paras rupa, sampai masa berkedut gak...tapi sesuatu yang tak boleh digambarkan dengan kata-kata...hahahahaha...SOMETIME U DRIVE ME CRAZY...


PS - Mengejar bayang-bayang memang kerja bodoh, tapi ianya jadi TAK BODOH apabila kita rasa bahagia dengan apa yang kita buat...KAU SELALU BUAT AKU TERSENYUM...TQ


#SAYANG

Satu lagi perasaan yang masih aku kekalkan dalam hati aku...aku buat semua yang terbaik untuk orang yang aku sayang...walaupun untuk kucing aku...kadang-kadang apa aku buat, apa aku beri tu tak berniat untuk apa-apa...aku suka tengok orang yang aku sayang gembira dan ketawa...

Sayang bukan bermaksud nak memiliki...cukup sekadar kita berkongsi satu rasa yang sama...tak perlu diluahkan...tak perlu diucapkan...dengan satu pandangan...dengan satu sentuhan...itu dah cukup menggambarkan rasa SAYANG...

Selain dari rasa KASIH SAYANG dari keluarga, aku sangat ebrsyukur kerana menerima kasih sayang dari seseorang...aku pun tak tau, dari planet mana manusia ni muncul...aku tau, dia dicipta bukan untuk aku, tapi ALLAH masih pinjamkan dia untuk aku...namapun pinjaman...jadi, selagi belom expired aku akan baut semua yang terbaik untuk dia...kalau satu hari nanti...KAU MEMBACA BLOG NI, ketahuilah SEEIKHLAS HATI aku tak minta apa-apa...aku nak ucapkan JUTAAN terima kasih...sebab BERI AKU SATU PERASAAN YANG AKU TAK PERNAH LALUI SELAMA NI...itulah perasaan DISAYANGI dan DIHARGAI 

PS - kadang-kadang tuhan berikan kita seseorang yang menenangkan supaya kita tahu dalam dunia ni masih ada manusia yang tau harga sebuah KASIH SAYANG


#TAKUT

Rasanya semua yang ikut blog aku yang tak brapa canggih ni tau, aku SAKIT...sakit yang boleh meragut nyawa aku bebila masa je...memang...memang aku degil...tapi aku degil bersebab...aku tak nak susahkan sapa-sapa pun...bia aku je tau apa yang berlaku...cuma satu, AKU YAKIN NYAWA AKU PANJANG LAGI...walaupun satu ketika dulu, aku rasa aku dah tak lama...sesekali bila aku bleeding, aku menangis sorang-sorang...aku takut nak lalui semua ni...aku takut...sangat takut...bukan sebab aku takut nak menemui DIA...cuma aku takut nak tengok orang-orang yang aku sayang menangis bila tau keadaan aku...

Rasa takut tu selalu datang dalam mimpi...datang dalam sedar...terutamanya bila rasa sakit tu datang...bila dia menyerang, aku buat tak tau je...aku diamkan...aku sembunyikan...sebab aku pelakon terhebat...


Bukan merungut, tapi tak tahu la...sampai bila aku nak sembunyi lagi...mungkin sampai satu saat, bila aku da tak berdaya barulah aku ceritakan...masa tu, aku janji aku takkan sembunyi apa-apa lagi...wat amsa ni, selagi aku boleh tahan, aku tahan...hidup sorang dalam keadaan macam ni sangat menyeksakan, tapi kalau tu jalan terbaik, maka aku akan laluinya...

KETAKUTAN tu membuatkan aku lebih berani dalam keadaan aku tak sedar...aku nak lalaui setiap detik-detik yang ada dengan penuh kegembiraan...WALAUPUN AKU SEKADAR MEMINJAM KEGEMBIRAAN ORANG LAIN...WALAUPUN AKU TERPAKSA MEMINJAM KASIH SAYANG ORANG LAIN...hidup tak kekal...disebabkan tak kekal, maka aku perlu atasi semua rasa takut ni...atasi semua rasa dengan senyuman...

PS - Takut macamana pun, aku kena laluinya...kena harunginya...


KESIMPULANNYA



Aku lalui semua rasa ini dengan penuh kesyukuran...aku laluis emua detik-detik yang ALLAH berikan ini dengan hati yang terbuka...KADANG KALA, KITA DIBERIKAN ORANG YANG SALAH DULU, BARU ORANG YANG BETUL....KERANA TUHAN MAHU KITA ADA RASA SYUKUR...KADANG KALA TUHAN BERI KITA ORANG YANG SALAH DULU, BARU ORANG YANG BETUL...SUPAYA KITA BELAJAR MENGHARGAI...


PS - Tak sabar rasanya nak tunggu bulan MAC...nak g Pulau Perhentian...moga aku sempat ke sana...impian aku...nak ke sana dengan orang yang sayang aku dan menghargai aku...mampukah??

Monday 18 February 2013

karangan ke dua puluh satu - Tajamnya Lidah


# MBH tak tahu nak cakap apa lagi...describe la apa yang aku rasa melalui sekeping gambar...sebentar tadi dapat satu call...dari seseorang yang tanpa RASA SEGAN SILU mengeluarkan KEBIADABAN pada aku...sampaiakn aku tak mampu balas apa-apa sebab cukup melukakan...dan AKU REDHA...cuma, tergamak cakap macam tu...ingat aku gila duit ko sangat ke??aku tak makan DUIT kau walau satu sen pun...terima kasih atas kata-kata tadi...TERIMA KASIH...

karangan ke dua puluh - Bila Hati Berbisik III

Kala ini...aku berseorangan...tanpa sebarang teman...duduk di bangku...dalam office di mana semua orang tiada di sini...memikirkan apa yang berlaku ke atas diri ini sejak kebelakangan ini...

Entah di mana aku nak letak hati ini...dahulunya ianya hancur...
BERKECAI...DIHEMPAS...DICAMPAK...hancur tanpa ada bentuk lagi....dan dalam masa yang sama, ada insan datang membentuk semula...membentuk sebagaimana bentuk yang sepatutnya...akhirnya, ia DIBAKAR oleh satu perasaan...sehinggakan aku terbakar...di akhir penantian, ianya terus terbakar hingga hangus semula...dan tiada bentuk lagi...

Itulah putaran hidup..datang dan pergi...semua yang melibatkan perasaan umpama angin...aku tak mahu jadi seperti KISAH MANUSIA DAN UDARA...aku tak mahu jadi manusia yang PENTINGKAN DIRI SENDIRI...dan dalam hidup ni aku sedar bahawa, aku kena kembali kepada siapa aku...lahirnya aku ke dunia ini adalah untuk menjadi penghibur sesiapa...aku meletakkan diri orang lain jauh lebih bermakna dari diri sendiri...sebab aku mula sedar dalam keadaan sekarang AKU TAK BOLEH LETAKKAN APA-APA HARAPAN DAN IMPIAN...sebab aku pernah berkata...UNTUK APA ADA IMPIAN AKLAU SEMUA TU MEMBUNUH TANPA SEDAR...

Kadang kala aku tersenyum..memandang sekeping gambar yang sangat aku suka...sebab dengan gambar itu membuatkan aku tersenyum...tersenyum dan tersenyum...walaupun aku dalam keserabutan dan kekusutan, namun aku masih boleh tersenyum...tersenyum memandang sekeping gambar...KEGILAAN APAKAH INI?? dan akhirnya aku diam...duduk diam-diam...

Kadang kala aku rasa mahu lari jauh...sebab aku malu..tapi AKU KAN PLASTIK...aku ialah PELAKON TERHEBAT...semua ujian yang datang selama ni aku lalui dengan senyuman...walaupun adakalanya aku menangis sendiri...menangis bukan bermakna aku lemah...itu lambang aku telah puas bertahan...

Dulu, selama hampir 3 TAHUN...aku jadi seorang PENGEMIS...aku MENGHAMBAKAN DIRI pada manusia yang tak pernah langsung nak memahami dan memberikan sesuatu makna dalam hidup aku...kini, BILA AKU DAH TAK ADA APA-APA DALAM HIDUP DIA, kenapa mesti cari aku lagi?? APA PERLUNYA AYAT-AYAT MANIS SEMUA TU?? aku dah lali...dah muak...dan adakalanya aku jadi benci dengan kata-kata manis...SANGAT TEBU!!


Seharusnya, dalam keadaan diri aku sekarang, aku tak boleh pentingkan apa yang aku rasa...kala aku rasa nyawa hanya di hujung tanduk, aku perlu pinggirkan semua rasa yang datang...dalam keadaan aku rasa aku bagai tak mampu menanggung apa-apa seksa lagi, aku seharusnya membuang semua rasa yang tak sepatutnya datang itu...APA YANG AKU MAHUKAN LAGI SAAT INI?? hidup entah berapa lama lagi, tapi masih ada perasaan pada orang lain...tapi, tak layakkan aku mendapat kasih sayang?? orang yang nak mati memang tak boleh dapat kasih sayang ke?? walau apapun, aku faham...KASIH SAYANG BERMAKSUD PENGORBANAN... dan aku akan buat...aku akan tunjukkan...dont worry...im fine =)

Tapi aku sekadar seorang manusia...yang tidak akan terlepas dari kesilapan...tanpa aku duga...lahir satu perasaan yang aku sendiri tak tahu dari mana datangnya...puas aku mengelak...aku elak..aku tepis...dan aku akhirnya terpaksa tunduk...aku tak mampu elak rasa itu...aku tahu, kalaupun aku luahkan, AKU DAH JANGKA DAN AKU TAHU APA JAWAPANNYA...aku luahkan semuanya...ADA PERASAAN PADA ORANG YANG DAH BERPUNYA!!! itu bukan aku...aku takkan rampas hak orang lain...tapi siapa aku?? aku ni manusia biasa yang takkan mampu menyembunyikan semua rasa...aku juga manusia yang adakalanya terpaksa melangkah semua perasaan dan perkara yang di luar batasan aku...MAAF KALAU KATA-KATA AKU MALAM TADI MEMBUATKAN KAU RASA AKU DAH MELAMPAU...aku cuma luahkan apa yang aku rasa...walaupun aku tahu, jawapannya pastinya TAK...tak apa...aku terima...aku doakan kau bahagia dengan si dia =)

Memang...aku menangis lagi...tapi tak apa...kau tak pernah sakiti aku...kau bagi aku semangat...kau bagi aku harapan...seharusnya aku menghormati kau yang telah banyak membantu aku untuk bangun...aku cuma malu...dan terasa aku yang berlebihan...maaf...maaf...maaf...aku berjanji aku kaan kawal semua rasa ni...aku tidak akn menunjukkan apa-apa kecemburuan lagi lepas ni...dan aku akan lalui hubungan kita sebagai kawan biasa...maaf ya..aku berlebihan...

Jam menunjukkan pukul 3 petang...semua orang berebut-rebut PUNCH CARD...aku malas nak balik..nak balik petang...nak jumpa ikan-ikan di tasik..nak cakap dengan ikan...aku rindu pada semua ikan-ikan tu...tak apa lah...duduk saja dekat office...nanti petang sikit baru balik dan terus ke tasik...aku muhassabah diri dengan satu doa...MOGA KAU BAHAGIA BERSAMA SI DIA...beruntung dia dapat kau yang sangat menyayangi dia...jahat betul aku sampai nak ambil hak orang lain...maaf...aku tak bermaksud begitu dan tak berniat begitu...sekadar satu perasaan yang aku tak tahu bila lahirnya...dan aku tak mampu membuangnya...

PS
Mungkin betul...membuatkan orang lain bahagia itu sekaligus membuatkan kita tersenyum... OIT BUDAK KECIK...AKU PINJAM SEMANGAT, PANDANGAN, SENYUMAN DAN SUARA KAU UNTUK BERUSAHA TERUS HIDUP...TIBA MASA AKU PULANGKAN SEMUANYA KEMBALI...

Saturday 16 February 2013

karangan ke sembilan belas - Memang Dasar TEBU!!

Saat ini, mata masih belum mahu terpejam...walaupun badan sangat penat...baru balik dari PHOTOSHOOT...sangat penat...terlentang...terguling...mencangkung...semua side aku ambil...tapi, mata masih tak mahu terpejam...kerana ada sesuatu bermain difikiran...yang membuatkan aku TERBAKAR...



Semalam malam...aku mendapat panggilan dari seorang teman...yang bercerita tentang BUAH HATI beliau...buah hatinya MENIPU...katanya nak pergi kerja...tapi, kawan aku ni syak sesuatu...dia pergi ke tempat kerja buah hatinya...dan kereta buah hatinya tiada...satu bandar dia pusing cari tapi tak jumpa...call tak dapat-dapat...dia off hanset dia...akhirnya dalam jam 11 malam, baru dapat...bunyi bising macam dalam KARAOKE...Lepas tu buah hatinya cakap nak makan dulu, kejap lagi baru balik...kawan aku nak ikut dia makan, sebab dia syak sesuatu...tapi, buah hatinya tak angkat telefon lagi...kawan aku ni kata, dia tak kisah kalau dia nak keluar dengan kawan-kawan, TAPI KENAPA HARUS MENIPU?? adakah nak tutup segala perbuatan CURANG tu dengan mengaburi kata NAK PERGI KERJA?? 

WHAT THE FISH!!

Korang tau kenapa aku tak suka?? kenapa aku TERBAKAR?? kenapa timbul rasa BENCI pada buah hati dia?? sebab DULU AKU PERNAH MELALUI SITUASI YANG SAMA...malah lebih dahsyat dari tu...hati aku bagaikan ditoreh dengan belati bila terkenang semua tu...apa kurangnya kawan aku tu? BAIK...RUPA ADA...dan aku tau, apa saja yang buah hatinya nak DIA AKAN BUAT...apa yang tak cukup lagi?? apa yang dikejar sangat...TAK CUKUP KE KASIH SAYANG YANG DIBERIKAN?? apa lagi yang dimahukan?? tak cukup ke BILA DAH ADA ORANG SAYANG PADA KITA?? sesungguhnya aku BENCI...dan TAK SUKA...TAK SUKA...TAK SUKA...

T.A.K.S.U.K.A.D.A.N.B.E.N.C.I

Tanpa aku sedar, air mata aku mengalir...kenapa manuusia spesis ni wujud di dunia ni?? dia jadi macam tu sebab dia tak pernah DILUKAKAN ke?? atau sengaja membalas dendam?? perlu ke berdendam?? bukankah kalau kita sayang pada seseorang itu, kita akan mendoakan kebahagiaan dia...walaupun bukan dengan kita...

Hati aku sebak...semua rasa berbungkam di dada...kenapa mesti MENIPU?? kenapa tak berterus terang?? kenapa mesti CURANG?? kenapa mesti MELUKAI orang lain?? SUBHANALLAH...kesetiaan yang kawan aku ebrrikan dah cukup menggambarkan betapa sayangnya dia pada buah hatinya...kenapa MADU DIBERI tapi RACUN DIBALAS?? 

Dulu...kalau disukat, rasanya air mata ni dah boleh dibuat pinang PUTERI GUNUNG LEDANG...luka hati aku tak terkata sakitnya...tapi aku cuba terima hakikat bahawa AKU BUKAN YANG TERBAIK...tahukah mereka yang suka melukakan orang lain ni, APAKAH RASA DILUKAI?? apakah perasaannya bila DITIPU HIDUP-HIDUP?? alasan CLICHE..."TAK NAK SAKITKAN HATI AWAK KALAU AWAK TAHU"...mampus tak layan...HABIS BUAT MACAM NI DIA FIKIR ORANG TAK SAKIT HATI??

Spesis macam ni perlu dihapuskan di muka Bumi ni...aku tahu, bukan semua dalam hidup ni GEMBIRA semata-mata...bukan semua dalam dunia ni PENIPU...tapi, kenapa spesis ni banyak sangat...bagus kalau DITANGKAP...HIRIS DAGINGNYA SIKIT-SIKIT...CURAH AIR LIMAU...TABUR SERBUK KUNYIT DENGAN GARAM...PASTU CAMPAK DALAM SUNGAI...BAGI MAKAN BUAYA...

Grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr... =='

Pembaca sekalian AKU BUKAN PSIKO ATAU GILA ATAU SAKIT JIWA...cuma aku geram...marah...dan sakit hati...sebab aku pernah laluinya...aku pernah jadi MANGSA manusia BERMULUT MANIS...yang kategori TEBU...kenapa aku panggil TEBU?? sebab...CAKAP MANIS MACAM TEBU!! pastu...hampas je tinggal...DEKAT DEPAN PANGGIL SAYANG, DEKAT BELAKANG PERANGAI MACAM AYAM =='


Pengajarannya, aku minta...sesiapa yang baca hasil tulisan ni...ambil pengajaran...JANGAN JADI TEBU...orang lain ada perasaan...BERCAKAP BENAR...walaupun kadangkala kebenaran itu amat MENYAKITKAN...tapi itu lebih baik dari berkata-kata MANIS...memang dasar tebu!!

PS
Nak tidur...tapi mata tak leh tidur...sok ada photoshoot pagi-pagi...sebab dalam hati rasa nak terajang ORANG LAJU-LAJU....aku sangat BENCI BUAH HATI KO TU...PAHAM X???!!

Thursday 14 February 2013

karangan ke lapan belas - Mungkin Waktunya Hampir Tiba

SEBUAH KISAH BENAR
14 FEBRUARI 2013...JAM 2.30 PETANG

Hujan mencurah ke bumi...entah bila akan berhenti...seluruh bandar kelihatan kosong...mungkin kerana cuti sempena sambutan Tahun Baru Cina masih belum berakhir...kala suasana yang sunyi ini aku berjalan...terus berjalan...tanpa menghiraukan keadaan sekeliling...hujan makin lebat...aku hanya bertemankan payung kubur (payung kertas tu la...sebab tu je yang ada dalam kereta...payung g photoshoot) melintasi satu trafic light yang pertama...

Aku termenung sendiri...duduk di bus stop...tanpa hala tuju...APA YANG AKU MAHUKAN DALAM USIA SEBEGINI? hati aku sangat sayu...sejak kebelakangan ini semua senyum dan tawa adalah PLASTIK semata-mata...hidup keseorangan...mungkin aku masih ada keluarga disekeliling...cuma, MANA MUNGKIN AKU BERCERITA TENTANG MASALAH PERIBADI DENGAN MEREKA? aku lebih suka memendam...macam sekarang...memendam rasa...dalam suasana hujan lebat ni...aku memandang ke arah jalan...bertemankan payung, beg scuba diving KUNING...dan tablet kaler PINK...hahahahaha


Sejujurnya tahap kesihatan aku dua tiga hari ni tidak stabil...kadang kala sakit tu datang lagi...makan ubat...makan ubat...makan ubat...bila nak sembuh? aku pun tak pasti...letih hidup bergantung dengan ubat...ingat ubat tu sedap sangat ke? kalau diberi pilihan, rela aku mati dari makan ubat seumur hidup...tapi bila memikirkan orang-orang disekeliling yang masih perlukan aku, aku GAGAHKAN jugak diri ni telan semua pil tu...

Di hadapan aku ada seorang tua...lelaki melayu...raut wajahnya macam mix Melayu dan Pakistan...berjubah putih...bersih wajahnya...bibirnya kemerah-merahan...tak merokok barangkali...tersenyum-senyum melihat aku...lantas dia meringankan mulut dan bertanya...

PAKCIK  
Anak nak ke mana? Kenapa pakai payung kubur ni?

MBH         
Saja pakcik. Jalan-jalan. Payung kubur ni? Saja nak mengingati mati.

PAKCIK     
Nak, kau ni muda lagi. Jangan cakap macam tu. Tak baik. Tak salah mengingati mati, tapi jangan minta untuk mati. Masih banyak tanggungjawab yang belum selesai.

MBH         
Aku tersenyum. Tak mampu berkata apa-apa. 

PAKCIK    
Dalam hidup ni nak, tak ada manusia yang tak pernah ada masalah. Kau ada masalah?

MBH          
Tak adalah pakcik. Saya bahagia je ngan hidup saya sekarang. (sambil tersengih)

PAKCIK  
Dari air muka kau, pakcik tahu. Kau ada masalah. Selesaikan dengan baik.

MBH      
Insya Allah

PAKCIK  
Ingat satu perkara nak. Kalau kita nak hidup dengan aman, kita kena REDHA.

MBH        
Saya redha dengan apa pun yang terjadi. Saya terima semuanya.

PAKCIK  
Walaupun kau rasa kau keseorangan, tapi sebenarnya ALLAH sentiasa ada.

MBH  
   
Terdiam sambil memandang riak air di jalan raya.

PAKCIK 
Jangan sandarkan harapan pada manusia, sebab manusia seringkali melukakan. Belajar untuk berdiri sendiri. Jatuh bangun sendiri. Bukanlah bermakna kau sombong dan riak dengan kelebihan diri, tapi bergantung pada diri sendiri. Kita masih perlukan orang lain untuk hidup, tapi letakkan harapan 100% kepada manusia. Apa yang berlaku telah berlaku pun. Setiap ujian, ada cerita disebaliknya.

Tidak semna-mena sebiji kereta melanggar lopak air di hadapan kami...dan air lopak menerjah ke arah kami...aku mencapai payung disebelah untuk menghalangi air dari membasahi seluruh tubuh...

MBH     
Pakcik ok?

Kelam kelibut aku yang hampir lencun bermandikan air lopak. TIBA-TIBA, berderau darah aku...aku dari tadi duduk seorang rupanya...pakcik tadi tak ada...dan seluruh bus stop itu tiada orang...yang ada hanya makcik-makcik yang duduk di kaunter jualan tiket...aku berbual dengan siapa tadi? Aku bangun...terus berjalan menuju ke pakir kereta...terus aku start kereta...dan jalan...



Persoalan bermain difikiran aku...siapa orang tua tadi? SUBHANALLAH...berangankah aku? setiba aku di rumah...aku diamkan perkara ini...mungkin dah tiba masanya aku REDHA dengan apa yang berlaku...TELAH AKU MAAFKAN SEMUANYA, CUMA UNTUK AKU MELUPAKAN APA YANG BERLAKU, IANYA ADALAH MUSTAHIL...dan mungkin juga itu satu peringatan untuk aku yang WAKTUNYA telah hampir...WALLAHU ALAM

"...SETIAP UJIAN, ADA CERITA DISEBALIKNYA..."

Wednesday 13 February 2013

karangan ke tujuh belas - Bila Hati Berbisik II

Coretan itu hanya sekadar satu pesanan yang mempunyai BANYAK PENGAJARAN...walaupun ianya umpama satu cetusan idea yang entah dari mana datangnya, namun ia tetap akan berputar selagi jasad pinjaman ILAHI kekal dan masih dipinjamkan...

Sesungguhnya bangkit aku di pagi hari ini membuatkan aku terfikir sejanak, di manakah harus ku gantung sebuah harapan yang tidak pasti hujungnya...meneliti semua kebahagiaan orang lain membuatkan aku ingin juga memilikinya...dalam dunia ciptaaan ILAHI ini, tiada seorang pun manusia yang TIDAK MAHU BAHAGIA...tapi apakan daya seorang hamba yang tiada kuasa menjadi PENENTU dalam sebuah pinjaman kehidupan...hanya berjalan dan terus berjalan...sehingga jumpa titik akhir...



Sejauh manakah ujian yang datang memberikan kekuatan...jangan diikut resmi PADI...MAKIN BERISI SEMAKIN TUNDUK...AKHIRNYA DIPATUK AYAM JUGA DI TANAH...jadilah seperti JENTAYU...PATAH SAYAP BERTONGKAT PARUH...PATAH PARUH BERTONGKAT SIKU...PATAH SIKU BERTONGKAT DAGU...PATAH DAGU BERTONGKAT KUKU...walau sesakit mana pun sebuah kehidupan, ia perlu diteruskan...dan TERUSKAN LANGKAH WALAUPUN PARAH...

Ramai yang berkata, SABAR dengan ujian DIA...ya, masih bersabar...dan menerima semua ujian itu dengan hati terbuka...cuma kadang kala, dalam aku meniti hidup ini aku terfikir sejenak, apakah yang aku mahukan dalam sebuah ketentuan...mungkin benar, hidup itu tidak seindah mimpi...dan andai hidup itu adalah sebuah mimpi yang panjang, aku rela untuk terus tidur, dan tidur kerana mimpi itu indah...

Ke Pulau Payar membeli arang,
Singgah Ketapang pergi berjaja;
Perahu di layar milik orang,
Hamba menumpang gembira sahaja.

Walaupun ini sebuah pantun rekaan, namun mungkin benar maknanya...menumpang bahagia orang lain itu satu perkara yang perlu kita lakukan...membuatkan orang lain bahagia itu adalah kewajiban dalam kehidupan...dan teringat aku satu ayat di dalam filem ISTANBUL AKU DATANG...DALAM DUNIA NI MANA ADA MANUSIA YANG TAK PERNAH KENA TIPU...betol, menipu itu salah...tapi kenapa kita ditipu? kenapa dan kenapa? cari jawapannya, kelak akan berjumpa juga...bukan semua orang yang menipu itu jahat atau sengaja ingin melukakan, cuma kadang kala dia ada sebab yang tersendiri dan terpaksa untuk menipu kerana KADANG KALA KEJUJURAN ITU AMAT MENYAKITKAN...

Menyentuh pula tentang cinta, kasih dan sayang...apa makna cinta, kasih dan sayang?? apakah ia hanya sekadar kata-kata?? atau ianya SEBUAH PERASAAN yang tidak kita mampu membendungnya...datangnya umpama ribut...perginya juga bagaikan taufan...saat ini detik ini, aku cuma membuang semua rasa yang lahir ini...walaupun itu satu anugerah, tapi apa guna ada perasaan seperti ini lagi kalau semua itu hanya sesuatu yang sementara...apa guna pentingkan diri seandainya orang lain merana?? acap kali rasa itu datang, aku menepisnya...walaupun ada seseorang memberitahu bahawa SEMUA ORANG BERHAK MENDAPAT KASIH SAYANG DARI YANG SUDI MEMBERINYA...ya, betol...semua orang berhak...dan kala itu aku bagai tersentak dari sebuah mimpi bahawa masih ada yang mahu memberikan kasih sayang...cuma aku takut tergelincir...aku takut sebab aku tahu, aku tak mahu wujudnya perasaan lain kerana aku tak nak jadi orang ke tiga...sometyme i try to wake up...i try to realise...who am i? i am nothing...cuma sekadar seorang manusia biasa...dan bukan siapa-siapa pun...kala itu juga aku rasa aku tak layak terima apa-apa...

KASIH SAYANG itu membawa maksud pengorbanan...berkorban perasaan itu adalah perbuatan yang mulia...bukan semua orang yang kita sayang akan menjadi milik kita...korbankanlah seumur hidup untuk dia, kalau dia bukan milik kita, ia tetap bukan milik kita...ITULAH KENYATAAN...tak perlu bersedih lagi...lepaskan semua rasa yang ada...mungkin kesedihan akan datang, tapi percayalah kebahagiaan orang lain lebih utama...lepaskan semua rasa itu...dan carilah ketenangan...ketenangan itu ada di dalam hati...KITA TAK PERNAH KESEORANGAN...

Usah direbut pantai di laut...kerana sudah ada pantai yang setia menanti...semakin kau kejar ombak itu, semakin ia lari...cuma kau lihat sang pantai, walau dihempas seribu kali oleh sang ombak...walau berderai seribu...ia tetap bersatu dan setia menanti ombak kembali...jangan kau alihkan sang pantai ke mana-mana..jangan kau hadangi dengan tembok untuk mengelak hakisan...kerana setianya  ombak dan pantai itu tak mungkin terpisah...


Apa guna ada impian kalau impian tu membunuh semua yang ada...?? bukan mudah untuk mengharungi hidup...setiap manusia yang lahir akan ada tanggungjawab yang perlu digalas...dan aku letakkan kebahagiaan diri sendiri itu ditempat yang terakhir dalam hidup kerana aku memilih untuk membuat orang lain bahagia dulu...aku bukan seorang kanak-kanak lagi yang berfikir mengikut hati dan perasaan...di usia sebegini tiada lagi angan-angan indah untuk diusahakan menjadi realiti...HIDUP BUKAN SEPERTI FILEM HINDUSTAN...kesakitan, kesedihan, kepedihan...dan semua rasa yang sangat teruk itu tetap akan datang...maka hadapilah...

Diakhirnya...kita akan sedar...kelukaan yang hadir itu mungkin tidak akan sembuh...cuma, ia akan jadi satu pengajaran dalam hidup...cuma kadang kala hati berkata ke mana harus aku bawa hati ini...ke timur, ke barat, ke utara, ke selatan? aku letakkan hati aku di tengah...walaupun sudah hilang bentuknya...aku belajar untuk bangun sendiri...kerana semua rasa aku pendam sendiri...AKU BELAJAR BERDIRI ATAS KAKI SENDIRI...kerana KALAU AKU BERDIRI DI ATAS KAKI ORANG LAIN UNTUK BANGKIT, BILA-BILA MASA ORANG BOLEH SEPAK TERAJANG...aku berusaha untuk bangkit semula...

Kalau dulu aku sorang yang sangat lemah...tapi ada juga SEORANG MANUSIA yang datang menghulur penawar...walaupun dia juga pinjaman, tapi aku tahu dia IKHLAS...terima kasih kerana masih ada di sekeliling aku...aku tak mampu membalas jasamu...besar jasa itu...biar ALLAH TAALA sahaja yang membalasnya...

CORETAN INSAN YANG BUKAN SIAPA-SIAPA PUN

PS


Aku ingat pesanan kau...MAKAN UBAT...dan aku akan jaga diri aku baik-baik...aku masih berpegang pada janji aku bahawa AKU AKAN TERUS BERUSAHA DAN BERJUANG UNTUK HIDUP...maaf, aku terpakjsa menipu lagi kelmarin...bukan niat aku nak menipu...tapi fahamilah...AKU TAK NAK SUSAHKAN SIAPA-SIAPA...selagi aku boleh tanggung, akan aku galas sendiri...lagi pun aku tak nak kacau HOLIDAY ko ngan si dia...pasni, aku akan beritahu semuanya...terima kasih mengambil tahu tentang aku...walaupun aku ni bukan sapa-sapa...EX aku dulu pun tak pernah ambil tau sampai macam ni...aku mati ke...sakit ke...terlentang ke...dia tak pernah nak ambil tahu...ko buat aku sangat terharu...apa-apa pun, TERIMA KASIH...tiada kata lain yang aku luahkan...itu sahaja, kalau ada pun biar aku simpan sendiri saja...aku doakan kau bahagia... =)

Tuesday 12 February 2013

karangan ke enam belas - Tol Musibah

SELAMAT PAGI SEMUA...awal aku bangun pagi ni..semalam aku tak boleh bukak mata...tengah-tengah buat editing, tetiba aku rasa ,ata aku tgk destop DAH JADI DUA...melayang-layang...in d end, aku baring, TERUS RASA BUMI BERPUTAR...bukak mata je rasa nak muntah...SAH AKU PITAM!!!



Pagi ni ALHAMDULILLAH, aku dapat bangun semula...ALLAH berikan aku sedikit waktu untuk sihat semula dan menjalani hidup aku seperti biasa...dan aku sangat bersyukur kerana masih ada lagi ruang dan waktu untuk aku menulis dalam blog ni...dan masih ada sisa masa untuk aku melihat alam ciptaanNya...

Celik dari tidur, aku terkenang peristiwa yang berlaku 2 hari lepas...satu kisah pengajaran buat semua...bukan niat untuk memalukan amna-mana pihak, tapi jadikan ia sebagai satu PENGAJARAN dan RENUNGAN bersama...begini kisahnya...

JENG...JENG...JENG...

AL-KISAH, maka tersebutlah satu kisah...hehehehehe...

Kerja aku sebagai seorang photographer menjadikan aku sangat terdedah dengan dunia luar...ramai orang aku kenal dan banyak peristiwa telah aku lalui...kali ni berlaku di JOHOR...pengantin perempuan orang Johor dan pengantin lelaki dari Negeri Sembilan...


Seperti biasa adat di Johor, adanya adat TOL...bukanlah bermakna orang Johor mahu membebankan mana-mana pihak...ianya sekadar suka-suka...untuk memeriahkan lagi majlis perkahwinan...namun, semasa rombongan pengantin lelaki ditahan oleh keluarga perempuan, keluarga pengantin lelaki tidak dapat menerima ADAT TOL...sampaikan berlaku pertikaman lidah yang mengganggu kelancaran majlis...

JOHOR   :  Kalau nak masuk ada Tolnya ni...
NG.9        :  Nak Tol apa lagi...kami datang ke Johor ni pun Tol dah mahal..
JOHOR   :  Masuk negeri orang kena beradat...maka, adat perlu dijunjung...
NG.9        :  Ni nak bagi masuk tak ni? kalau tak bagi kami balik aje...

Tersentap keluarga belah perempuan mendengar ayat seperti itu...akhirnya keluarga perempuan mengalah...membenarkan semua ahli keluarga lelaki masuk ke  majlis tanpa tol...setiba di depan pelamin, MAK ANDAM meminta DUIT BUKA KIPAS...bermati-matian keluarga pihak lelaki tak mahu membayarnya...MERAH PADAM MUKA MAK ANDAM kena marah atas pelamin...sampaikan ada seorang makcik dari pihak keluarga lelaki yang ala-ala MAK JEMAH menjerit...

  "KALAU MACAM NI KITA BALIK AJE LA!!"

Tak semena-mena keluarga lelaki patah balik dan nak meninggalkan majlis...yang lebih mengharukan pengantin lelaki menulu turun dari pelamin...aku menahan pengantin lelaki...aku bisik padanya, "KALAU KAU TAK HORMAT PADA ORANG LAIN TAK APA, TAPI CUBA HORMAT PADA MAK MENTUA DAN BAPAK MENTUA KAU TU". Seb baik dia duduk semula, kalau tak aku libas dia ngan kamera aku yang berat ni...huhuhuhu

Dan, di majlis itu yang tinggal hanya ibu, ayah, seorang makcik dan nenek pengantin lelaki...keluarga yang lain balik begitu saja...dari 7 kereta yang datang, hanya tingga 2 kereta...KEGILAAN APAKAH INI?? pengantin perempuan menangis di atas pelamin melihat situasi itu...di maan adat yang dijunjung di Negeri Sembilan, sampaikan adat di Johor tak mampu diturutkan...??

Kesimpulannya, walau di mana kita berada belajarlah hormati keadaan dan budaya orang lain...hormati majlis orang...KALAU ISU TOL yang menjadikan mereka marah, itu tidak wajar rasanya...TOL di Johor bukan nak mahal-mahal...letak la 20sen ke...50sen ke dalam sampul...dapat sampul tu, diaorang buka la jalan...tu pun susah ke?? dan satu lagi, DUIT BUKA KIPAS, semua negeri ada rasanya...jadi apa masalah sampai tak boleh nak bayar sedangkan MAK ANDAM dah beritahu awal-awal lagi pada pengantin...kadang-kadang aku terfikir, susah sangat ke nak ikut adat orang lain?? dan apa perasaan mereka yang TIDAK PERNAH NAK BELAJAR MENGHORMATI ORANG LAIN??

PS

Terkenang aku peristiwa yang berlaku masa majlis dekat Melaka tahun lalu apabila antara besan bergaduh sampai simbah dengan air sirap...AIYOOOOOO...macam-macam manusia ni....TAK PAHAM AKU!!!


Wednesday 6 February 2013

karangan ke empat belas - Bila Hati Berbisik

Beberapa hari aku tak sempat nak update apa-apa...busy ngan keje ngan tahap kesihatan sikit terganggu...tapi leh men lompat-lompat bintang lagi...hehehehehe

Dah beberapa malam ni, aku teringat satu ayat...macam ni bunyinya...

"...KADANG KALA TERASA MACAM PLASTIK PEMBUNGKUS GULA-GULA...HABIS GULA-GULA, PEMBUNGKUS UMPAMA SAMPAH YANG TAK BERGUNA..."



Itulah adat manusia...ada yang nak jadi PEMBUNGKUS GULA-GULA? semua tak nak kan?? semua mahu jadi sesuatu yang berguna...WALAUPUN PLASTIK PEMBUNGKUS GULA-GULA ITU BOLEH DIKITAR SEMULA, TAPI BILA DAH TERLAMPAU BANYAK DIKITAR SEMULA, MAKA IA BOLEH EBRTUKAR MENJADI RACUN KEPADA ORANG LAIN...

Hakikatnya begitulah hidup...bukan semua manusia pandai menghargai...

Tu baru MUQADDIMAH...ni ceritanya...kali ni aku nak cerita tentang seseorang yang ISTIMEWA...seorang teman yang sanggup berkongsi suka dan duka...ARIL (bukan nama sebenar)...

Dia ni kecik orangnya...lagi HOBBIT dari aku...suaranya boleh menggetarkan hati setiap gadis yang mendengar...senyumnya manis...sebenarnya dia datang melawat aku...dia tak senang hati tengok aku sakit, sebab selama ni bila dia SMS, aku akan cakap aku ok...

Cuti sempena Hari Wilayah (Jumaat, 01 Februari 2013), ARIL datang sini...lepak-lepak dengan aku...aku bawa dia g karok...g tengok ikan kat tasik...g ikut aku masuk GYM...men BADMINTON...siap aku masakkan dia sup tulang ngan wat donut (padahal tak terror masak pun..men campak je dalam kuali)...aku cuba menyembunyikan rasa sakit aku, tiap kali rasa jahanam tu datang...ARIL, sorry aku terpaksa menjadi plastik...sebab aku tak nak orang tahu apa yang aku alami...

Punya la happy aku 2 3 hari ni sebab ni kali pertama seorang sahabat datang melawat aku sepanjang aku sakit ni...tak terkata happynya aku...ARIL ni baek orangnya...punyalah peramah, sampai leh sembang ngan sume orang termasuklah pak guard CIMB...hehehehe

Hari last ARIL kat sini...dia nak bluetooth sume gambar-gambar dia dari henpon aku...aku pun bagi la henpon aku...dan dia bukak n tengok gambar-gambar aku...TIBA-TIBA

ARIL    :  MBH, sini jap...ni gambar apa?
MBH    :  Hmmm.... (terdiam seketika...terkedu tanpa sepatah kata)
ARIL    :  Gambar apa ni?
MBH    :  Ni la gambar usus aku...keadaan aku...disebabkan kau dah tengok, aku tak boleh nak tipu apa-
                apa lagi dengan kau...macam ni la keadaan aku...dan disebabkan DIAGNOSIS ni, doktor 
                suspek aku kena Colon Cancer.

Di saat itu, ARIL tidak berkata sepatah pun...yang ada hanya air mata...dia menangis untuk aku...dia menatap tajam ke mata aku...tanpa sebarang kata, tapi yang ada HANYA AIR MATA...aku tak sanggup melihat dia macam tu...aku terkedu...tak mampu bersuara sepatah pun...lalu aku ke bilik...berseorangan...aku tak tahu apa perasaannya...mungkin ARIL marah kerana menyangka aku menipunya selama ini...setiap kali ARIL bertanya, aku akan cakap AKU OK...malah bukan ARIL sahaja, tiada seorang pun dalam kalangan ahli keluarga aku yang tahu...SENGAJA aku sembunyi dari pengetahuan semua...aku tak mahu sesiapa pun tahu apa yang aku rasa...aku tak mahu sesiapa pun tahu apa yang aku lalui...

Lalu, dia inbox PESBUK aku...katanya macam ni...



Aku tak tahan... sori ye... 

Air mata keluar sendiri 

x pe masih cool 



Di saat tu..aku menangis sepuas hati...aku tak sangka di malam terakhir dia di sini, dia akan tahu semuanya...dalam hati ni, ALLAH saja yang tahu betapa kesalnya aku membiarkan dia mengetahui kondisi dan keadaan aku...aku tahu, dia CUBA MENYEMBUNYIKAN KESEDIHAN apabila mengetahui keadaan aku...kesakitan aku...ARIL, kenapa baik sangat dengan aku?? 

Aku kuatkan semangat...keluar dari bilik...terus ke bilik air...aku cuci muka sepuasnya...cuba menghilangkan kesan bengkak di mata...jam menunjukkan pukul 1130 malam...aku akan menghantarnya pulang...keretapi aku bergerak jam 1230 pagi...sepanjang dalam kereta dia buat macam biasa...bagaikan tak tahu apa-apa...BERLAGAK COOL kononnya...tapi aku tahu apa di hatimu...JANGAN TIPU AKU...

Seketika menanti, keretapi tiba...aku menghantarnya sampai dalam keretapi...aku cepat-cepat nak turun dari keretapi itu...aku bagi alasan, NANTI KALAU KERETAPI JALAN, KO BAWA AKU BALIK SEKALI...sebenarnya, bukan aku tak sudi untuk duduk lebih lama lagi, TAPI HATI AKU SANGAT SEBAK...aku tahan MATA YANG BERKACA...aku hulurkan salam...dia menarik aku...dan memeluk aku rapat...sangat rapat dan kuat...dan kata-kata akhirnya masih bermain di minda "JAGA DIRI BAIK-BAIK".

Aku turun dari keretapi tanpa menoleh ke belakang lagi...sebab masa tu aku dah HUJAN...aku tahan sebak...aku tahan semuanya...ARIL kau tak sepatutnya tahu semua yang aku alami...sebab aku takut ia akan membuatkan kau risau...

Dan keretapi pun berlalu...yang tinggal hanya aku...dan bunyi gerabak yang berlalu pergi...

P/S
ARIL...seorang manusia yang sering mengambil berat tentang aku...sejak dia tahu keadaan aku, semua STATUS PESBUK beliau, berunsur sedih...dan tak henti-henti beliau mendoakan aku...terima kasih...dan setiap kali HATI BERBISIK, aku sangat  BERTERIMA KASIH KEPADAMU KERANA MEMAHAMI KEADAAN AKU...dan aku ingin memohon MAAF...bukan niat aku nak menipu selama ini...tapi aku tak nak tengok kau risau pasal aku...bukan kau saja, tapi semua orang...aku OK...jangan risau...AKU SAYANG KAU ARIL...terima kasih sekali lagi...kau berikan aku HARAPAN untuk terus hidup...kerana selama ini, aku rasa tiada siapa dapat memahami apa yang berlaku...tapi, tak sangka..masih ada yang memahami...ARIL, jangan sedih-sedih...aku ok..aku janji akan TERUS HIDUP SAMPAI TIBA MASA YANG ALLAH JANJIKAN...DAN AKU AKAN BERUSAHA...