ADA YANG MEMERHATI

Tuesday 18 June 2013

karangan ke empat puluh lapan - Kenapa???

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH DAN PENYAYANG



Apabila aku menulis blog ini...aku baru balik dari hospital...macam biasa la...pagi-pagi dah bleeding...dan akhirnya kena dihantar ke hospital...keadaan??? tak perlu tahu kot...biar lah...macam aku cakap sebelum ni...kalau jadi apa-apa dekat aku...pastinya tiada lagi post di blog ini...dan Buku Karangan Hati II akan mati...bersama pemiliknya...

Ini bukan tajuk utama...tajuk utamanya ialah KENAPA??? dalam aku menulis blog ini...hati aku sebak dan sangat sedih...mungkin terharu...selamat duduk sorang...kalau ramai dekat sini...mesti aku malu sebab diaorang tengok aku menangis...suatu peristiwa yang sangat mengoyakkan dinding keangkuhan aku telah berlaku...dan aku menangis dan menangis...kenapa semua ni terjadi???

Aku berkenalan dengan seseorang di alam maya...tak pernah berhubung...dia tiada no telefon aku...dan aku pastinya tiada no telefon beliau...hanya sekadar seorang sahabat di alam maya...tidak lebih dari itu...

Jam menunjukkan 10 pagi...aku dimasukkan ke dalam bilik operation untuk prosedur scooping...apabila doktor menyuntik aku dengan pelali, tak tahu apa-apa lagi...sedar-sedar jam menunjukkan pukul 230 petang...aku mamai...tak tahu apa yang berlaku...kepala berat...telinga berdengung...badan aku sangat lemah kata doktor...aku perlu rehat yang panjang katanya...dan aku menjawab "...nanti bila dah kembali padaNya...saya akan rehat panjang..." Selamba doktor itu mengutuk kepala aku dengan picagari...aku tersenyum...aku minta seorang cik misi mengambilkan beg aku di dalam locker...aku capai ambil HP...banyak missed call dan mesej...dan ada 2 masej yang meranapkan hati aku...

"...ADA BUDAK DALAM INSTA CARI ANG...PASAI PA??"

"...WEI...KO OK TAK??KENAPA AKU CALL TAK DAPAT....ADA ORANG TANYA-TANYA KO DALAM INSTA NI..."

"...OIT...DE BUDAK TANYA NAMA PENUH KO DALAM INSTA...DIA TANYA AKU...AKU TAK TAHU KENAPA..."

Aku jadi sangat kaget...kenapa?? siapa?? mengapa?? pelbagai soalan bermain difikiran...dan aku terus buka instagram...satu-satunya laman sosial maya aku yang masih aktif...aku cari...siapa yang mencari aku...rupanya...dia...korang semua tahu apa jadi dengan dia???

PERTAMA:  
Aku tak tahu, dari sumber mana beliau tahu aku masuk hospital pagi tadi...beliau mahukan nama penuh aku dan cari aku di hospital.

KEDUA:  
Beliau ACCIDENT semasa dalam perjalanan ke hospital...walaupun tak parah tapi jam pecah...kaki koyak...dan berbalut di sana sini...semua tu aku tengok dalam gambar-gambar beliau di dalam instagram =(

KETIGA: 
Korang tau tak...setelah pulang dari klinik...beliau balik rumah untuk ambil kereta dan ke hospital semula mencari aku... =(  Apa perasaan korang sekarang??? kenapa dia buat aku macam ni??? kenapa layan aku dengan baik...??? Sedangkan aku tak pernah jumpa kau....dan tak pernah telefon kau...tak pernah tau segalanya tentang kau...kenapa kau buat aku macam ni???

Akhirnya...bila aku keluar dari hospital jam 430 petang...beliau masih menanti...menunggu di hospital itu...sayangnya TAKDIR TUHAN menyatakan aku tak dapat jumpa dia...mungkin kami berselisih...tapi INILAH TAKDIR...tidak bertemu jua...walaupun jaraknya hanya beberapa jengkal dari mata...semua kisah ni aku dapat tahu dari seorang rakan...YA ALLAH...kenapa dia baik sangat dengan aku?? sedangkan aku bukan sesiapa pun... =(

Sesungguhnya aku tak tahu macamana nak hubungi dia...aku hubungi semua kawan-kawan maya yang rapat dengan aku...minta bantuan mereka carikan nombor telefon budak ni...dan akhirnya dapat...sekarang aku tak tahu nak cakap apa dengan dia...aku tak tahu apa yang patut aku luahkan...aku tak tahu kenapa dia sangat baik dengan aku...dan aku tak tahu....yang aku tahu AKU SANGAT RASA BERSALAH...bagaikan  seorang banduan yang bakal dihukum gantung sampai mati untuk beberapa jam lagi...air mata kekesalan tak henti keluar...kenapa semua ni terjadi?? apa yang dia nak buktikan pada aku...dan aku dalam keadaan rasa bersalah ini seakan-akan tidak tahu lagi apa yang harus aku lakukan.... =(

PS
Sekarang...aku tak tahu kepada siapa aku nak meluahkan perasaan...bergunung rasa kesal ni...aku tak tahu...dengan siapa patut aku berkongsi rasa ini...

Wednesday 5 June 2013

karangan ke empat puluh enam - Rahsia Sekeping Hati

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH DAN PENYAYANG

"...Tidak pernah aku berurusan dengan sesuatu yang lebih sulit dari jiwaku sendiri...yang kadang kala membantu aku...kadangkala menentang diriku..."
~ Imam Al Ghazali ~

APABILA SANG HATI MULA BERBICARA



Berdepan dengan jiwa...sukar untuk diintrepetasikan...adakalanya kita terpaksa menerimanya walaupun hati dan jiwa menolak...dan tiada yang lebih pahit berbanding terpaksa menurut kata hati walaupun ianya bukan kehendak kita...SUBHANALLAH...aku tidak layak di berada di sisiMu...

Betapa jiwa itu menentang sesuatu...kesakitannya bagaikan ditikam dengan sesuatu yang sangat tajam...setelah lama dipendam...akhirnya keakuran diri terpaksa beralah...walau sebagus mana pun perjuangan itu, aku terpaksa tunduk pada takdir...takdir yang meminta aku terus sendiri tanpa ada pengharapan kasih pada sesiapa pun...belajar bangun dan pimpin diri ini sendiri...tak mengapa...Dia tahu apa yang kau rasakan...lepaskan semua rasa itu...lepaskan...lepaskan...

Tiada terbanding kesedihan ini...bagaikan tersentap dengan sesuatu yang sangat berat...hilang rasanya kekuatan untuk berdiri...cukuplah hati itu terseksa...mengharap pada bulan...sedangkan bulan dipagar bintang...kau cuma pungguk...yang tak mungkin dapat apa-apa...disimbahi sinar rembulan sudah cukup memadai...pungguk, tahukah kau kehidupan kau yang ditakdirkan sendiri itu adalah ketentuan...usah kau memuja lagi sang bulan...bulan tidak sepadan denganmu...

Segala yang tersisip di jiwa itu bagaikan menghiris setiap luka-luka lama...melepaskan perasaan itu bagaikan kepedihan yang cukup memeritkan...tidak tergambar dengan kata-kata...tapi hidup perlu kau teruskan...melalui setiap ranjau itu sendirian, bukanlah sesuatu yang sangat menyedihkan...kau mampu lakukan...kau mampu...dan kau mampu...

Pernahkah kau menoleh ke belakang...?? melihat setiap yang telah berlaku...kau sering disakiti...kau sering dilukai..kau sering dipermainkan...kau bodoh...dan cuba belajar sesuatu iaitu jangan letakkan apa-apa perasaan pada sesiapa pun...buang semua rasa itu...jauhkan diri dengan perasaan itu...dan pernahkah kau fikir bahawa sebelum ini kau menangis...kau terjatuh...dan kau tersungkur...tapi kau mampu bangkit semula...biar lah...biarlah seisi alam ingin mendekatimu...tapi jangan sesekali bermain dengan perasaan..kerana ia sangat melukakan...sangat menyakitkan...cukup..dan cukup...jangan kau seksa lagi aku...jangan kau hancurkan lagi aku...sesungguhnya aku tiada bentuk lagi..kini dan mungkin selamanya...

Aku hanya sekeping hati...yang ada dalam dirimu...mati kau...matilah aku...aku tahu kau mahu bahagia...tapi untuk apa kau mengenal bahagia jika kau seksa aku...lukaku takkan kau lihat...takkan dapat kau zahirkan...aku hanya seketul daging yang menyerap semua rasa yang kau lakukan...tak mampu aku zahirkan setiap apa yang telah berlaku...cukup kau sakiti aku...cukup...dan cukup...

Kerana itu, aku bekukan diriku...walaupun ada yang menghampiri...cukuplah...memang perasaan cinta dan sayang lahir dari aku...cuma, aku akan sekat supaya ianya tidak terjadi lagi...kau buatlah baik pada semua orang...dan jika ada yang mahu menghampiri aku akan pastikan ianya beku...aku sekat semua perasaan itu...kerana aku tidak mahu terluka lagi...betul, kau berhak menerima kasih sayang dari sesiapa yang mahu memberinya...tapi, aku takut kau salah faham...kerana perasaan sayang dan cinta itu, kau lukai aku lagi...cukuplah wahai jasad...cukuplah...tahukah kau aku hanya sebesar dua tapak tanganmu...daging sebesar itu terpaksa menanggung semua rasa...kau ketepikan semua insan lain...berkawanlah, tapi lebih dari itu aku tidak izinkan...cukup sudah...luka-luka yang ada ini tidak mampu diubati oleh sesiapa lagi...


PS
Itulah luahan sekeping hati...yang rasanya sudah hilang lagi bentuknya...dia tidak perlukan lagi cinta...kerana rasa cinta itu telah cuba membunuh dan menyakitinya...biarkan jasad seperti di dalam kaca...boleh dilihat, disentuh tidak...itulah bicara sekeping hati... 

Monday 3 June 2013

karangan ke empat puluh lima - Bila Dia Mula Berubah

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH DAN PENYAYANG

Bila aku duduk sorang-sorang...badan pun tak sesihat dulu...tak boleh panas sangat...tak boleh sejuk sangat...sakit je...bosan hidup macam ni...jadi buka la blog kesayangan ni...aku nak berkongsi sesuatu...semuanya berdasarkan pengalaman ni...aku da puas bercinta...da ni semua analisa aku...betol ke tak...tu pengalaman aku...huhuhu...07 CARA BILA SI DIA MULA BOSAN DENGAN KITA...sila baca ye kawan-kawan...


#1
DULU
Kalau mesej panjang berjela...tak payah tanya, si dia dah bagi jawapan...kita tanya "...makan dah?..." jawapannya siap bagi semua menu...hebat..hebat...

SEKARANG
Kita mesej punya la panjang...dia cuma jawab "...ok...". Kalau dia jawab OK kita boleh lagi la terima...tapi kalau dia jawab K....tak ke sakit hati...kalau sekali dua tak pe...mungkin tengah sibuk, tapi kalau kebarangkaliannya kerap...maka...standby la..dia da mula bosan dengan kamu...fine...pack all ur thing in ur heart...n step foward... 

#2
DULU
Kalau kamu berdiam..dia mula sibuk mesej kamu...tanya macam-macam...siap marah kalau kamu diam...suruh share semuanya...dia rasa tak tenang kalau kamu berdiam je...tak boleh la tanpa mesej kamu...

SEKARANG
Kamu nak mesej ke apa ke..dia buat tak peduli je...kalau kamu mesej tu memang 3 4 jam la baru reply...tu pun macam nak tak nak je...kalau kamu berdiam, jangan mimpi la dia nak mesej...kalau situasi ni menimpa kami, pergi la bawa diri kamu...pujuk hati...belajar hidup tanpa dia...dia dah tak perlukan kamu lagi...

#3
DULU
Call...dulu sehari tak dengar suara rasa rindu sangat...tak boleh tanpa suara si dia...nak calling je...kalau boleh 5 minit sekali...rindu tu membuak-buak...

SEKARANG
Kalau kamu call pun dia akan banyak berdiam...kalau tanya itu ini pun macam nak tak nak menjawab...pelbagai alasan yang kamu akan terima...PENAT...LETIH...TAK TAU APA NAK CERITA...OMAIGOD...sangat cliche...sebab tak de apa nak dikongsikan dengan kamu...kamu bukan sapa-sapa lagi untuk dia...pergi la bawa diri...tak payah tunggu lama-lama...

#4
DULU
Dulu...dia akan panggil kamu dengan panggilan yang manis-manis... SAYANG...MANJA...ABANG...CAYANG...MUCUK... (Sangat TEBU)

SEKARANG
Tak ada la gi panggilan tu lagi...dan dia akan cakap "...tak bosan ke dengan panggilan macam tu..." atau dia akan kata "...segan la...nanti kawan-kawan dengar...". KENAPA BARU SEKARANG NAK CAKAP MACAM TU?? apa punya manusia la ni....???!! adei....

#5
DULU
Dia akan beriya-iya nak kenal dengan kamu...semua cerita kamu dia nak tau...kalau boleh malam mimpi apa pun kena cerita dekat dia...jangan sembunyi apa-apa...cerita kamu masuk toilet pun kalau boleh nak tau gak...erkkk....sengal!!

SEKARANG
Dah malas nak ambil tau apa jadi dengan kamu...kononnya dia kata "...i ingat dekat u selalu..." atau "...i tak pernah lupakan u...u selalu di hati i...." atau "...i ingat u dalam doa i..." uhhhhhh....so sweet...kononnya la...tapi pada aku...ITS SUCK...dont treat anyone like dis...its FUCK...

#6
DULU
Kalau kamu pegang HP bila bersamanya...dia akan marah...cemburu katanya...cakap kamu mesej orang lain...padahal kamu mesej mak kamu...nenek kamu...atau ngan atuk kamu...boleh jadi gaduh...kalau duduk berdua, kamu main game pun boleh jadi gaduh...padahal kamu tuai tanaman kamu je dalam FARM VILLE... adei...payah!!

SEKARANG
Kamu nak pegang HP ke...nak bawa public phone ke...dia tak kisah pun...dan dia pulak yang sibuk dengan HP...bila kamu tanya mesej siapa, dia akan cakap "...KAWAN...". Fine...kawan...kamu pun kononnya nak mesej orang lain...buat-buat aje...nak bagi dia jeles...hahahhaa....dia tak heran pun...g la nak mesej sapa pun...dia akan wat tak tau je...u r nothing for him/her...believe me...

#7
DULU
Dia akan buka FB...TWEETER...INSTAGRAM...atau apa pun laman sosial kamu...nak tengok...kata orang dulu-dulu... "...tak dapat tengok orang...tengok bumbung rumah pun jadi la..." mesti buka...sampai opis (kalau kat opis je ada internet la) benda pertama yang dibuat melawat kamu dulu...cari apa yang kami TWEET...apa status terbaru kamu...semuanya nak tau...pantang ada update status...LIKE je kejenya...IM je kejenya....komen berjela-jela...hahhahaha...tapi itu dulu...

SEKARANG
Kamu tulis apa pun dia akan wat tak heran je...jangan kata nak LIKE...tengok pun tak...sampaikan nama kamu dalam semua laman sosial kamu pun dia dah lupa...dengan orang lain, bukan main lagi dia...alasannya... "...i tak nak orang tau hubungan kita...". Kelakar alasan tu...nak takut wat pe...kalau nak rahsiakan, dan ada orang tanya cakap je la...kawan...peduli la apa pun orang nak pk...its ridiculous la...


KESIMPULANNYA
Ni la yang aku boleh kongsi pada semua...ni pengalaman aku...aku dah banyak kali la alami semua ni...aku rasa korang yang baca mesti setuju sambil angguk-anggukan kepala kan...jadi, kalau jadi pada korang, standby la...dia akan tinggalkan kamu sedikit demi sedikit...tanya hati...sebab jawapannya semua ada di hati...hati kita tak pernah menipu...kalau korang ada pengalaman n nak tambah...so sila la...di alu-alukan...k...MBH berundur dulu...salam =)