ADA YANG MEMERHATI

Wednesday 17 April 2013

karangan ke tiga puluh tujuh - Begitulah Yang Tersurat

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH DAN PENYAYANG

Dalam manusia mencari keredhaanNya...terlalu banyak perkara yang melintasi kehidupan...apabila ketakutan itu membatasi segalanya, maka kita tidak mungkin akan menemui titik konklusi dalam sebuah kekusutan...tanpa keberanian, semua mimpi tidak bermakna...

Sukar untuk digambarkan...kadang kala, kita tak mampu menyembunyikan segala rasa sedih...segala rasa pilu...dan segala rasa yang bagaikan menumbuk-numbuk hati...semua orang mampu untuk berdiri...tapi sejauh mana dia mampu BERTAHAN untuk berdiri...semua orang mampu tersenyum...namun sejauh mana mamapu BERTAHAN dengan KEIKHLASAN senyuman itu...

Ku berlari kau terdiamKu menangis kau tersenyumKu berduka kau bahagiaKu pergi kau kembaliKu cuba meraih mimpiKau cuba ‘tuk hentikan mimpiMemang kita takkan menyatu
Sesekali lirik itu membunuh satu senyuman yang menjadi penghias wajah...SUBHANALLAH...apa yang harus dilakukan oleh seorang insan dalam menempuh kehidupan ini...bukan mudah...dan bukan semudah kata-kata bagi menempuh semua itu...semua orang boleh berkata...SABAR...TABAH...KUAT...atau apa pun lagi kata-kata semangat...namun kita tak mungkin dapat bangkit tanpa usaha diri sendiri...SESEORANG ITU TIDAK DIANGGAP KALAH KERANA KECEWA...TAPI DIA DIANGGAP KALAH APABILA TIDAK BANGKIT SEMULA DARI KEKECEWAAN ITU...

Aku tidak pernah serik untuk bercinta...kerana setiap saat aku akan buat yang TERBAIK untuk pasangan aku...aku beri sebuah kebahagiaan....dan kenangan...kerana pada aku, kenangan itu perlu...aku tak kisah kalau aku dicampak dan dibuang kelak...kerana aku anggap itu semua takdir...aku tak heran kalau aku perlu menangisi pemergiannya...kerana pada aku itu lambang kekuatan aku untuk terus melangkah...

Terlalu banyak kisah luka yang berlaku...saban hari kita akan mendengar banyak kisah tentang kematian...kesakitan...kekecewaan...tangisan...deraian air mata...tapi, apa yang boleh kita lakukan? sekadar memberikan kata-kata semangat...tapi pernahkah kita melalui saat yang sama? Kalau ada pun, hanya SEKADAR SEBUAH KISAH YANG SAMA...TAPI TAK SERUPA...setiap kisah yang berlaku itu TAK KAN MUNGKIN SAMA RASANYA...

Mungkin ramai follower BUKU KARANGAN HATI II tertanya-tanya, mengapa MR BROKEN HEART menulis tentang perasaan lagi...sebabnya...sejak kebelakangan ini terlalu ramai insan yang nak berkenalan dengan aku...aku tak mampu...dan aku tahu hati aku terkunci rapat...bukan kerana luka yang lama...tapi kerana hati terlah TERKUNCI KEPADA SESEORANG...aku bukan seorang insan yang mudah jatuh hati...tapi, sekali aku jatuh hati, akan aku kenang dan simpan hingga ke akhir hayat...lagipun, entah berapa lama lagi aku dapat bertahan...

Semua rasa itu aku IKAT...BUNGKUS...dan TANAM KE DASAR HATI...biar aku sendiri yang tahu...AKU MANUSIA BIASA...yang tiada apa-apa keistimewaan...aku sedar itu...cuma aku mahu bahagia mengikut acuan aku sendiri...walau apa pun pandangan orang lain, aku ketepikan...aku berhak menentukan hidup yang telah lama ditentukan ini...aku tidak menyesal...dan aku tidak pernah meratap terhadap nasib diri...AKU REDHA...dan sanggup melaluinya...


Walau apapun, bukan mudah menjadi aku...seorang insan yang melangkah dengan harapan di atas awan...dilihat boleh, digapai tidak...biarkan senyuman ini terus diingat...dikenang dan menjadi penawar kerinduan bila aku tiada kelak...dan aku akan terus tersenyum...dan tersenyum =)

PS 1
Kepada sesiapa yang menaruh hati pada MBH...fikirlah elok2...budak comot ni SANGAT DEGIL...dan bukan mudah nak bagi dia ikut cakap...MBH seorang budak comot yang SANGAT SUKA MENJAWAB...sebab pada dia, tiada soalan yang tiada jawapan...dan MBH ialah seorang manusia yang SANGAT GARANG...setiap kata-katanya ada kalanya menusuk tembus ke hati...kerana padanya KEJUJURAN ITU PERLU...WALAUPUN MENAKUTKAN...

PS2

Bodohkah aku memikirkan satu impian yang tak mungkin tercapai?? sekarang ko tengok muka aku betol2...ADA AKU KESAH...?? =)

Saturday 13 April 2013

karangan ke tiga puluh enam - Disambut Malaikat??

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH DAN PENYAYANG

Sepulang dari berjumpa client...hati terdetik untuk ke gym...jam di tangan menunjukkan pukul 5.00 PM...masih awal...memandangkan badan masih belum pulih sepenuhnya, hanya treadmill saja jadi pilihan...berlari selama 45 minit...aku berhenti...dan duduk di tepi...

Hati rasa sangat tak sedap...rasa lain macam...hati bagaikan ada yang tak kena...aku tak tahu kenapa...berdebar-debar sejak pagi tadi...seseklai mata melihat ke arah telefon...mana tau ada mesej dari dia...tapi, taida...mungkin dia sibuk...hati masih berdegup keras...kegilaan apakah ini?

"...kenapa ni? ada yang tak kenakah?...", ujarku sendiri.

Tiba-tiba telefon berdering...bergema lagi LELAKI SEPERTI AKU di seluruh pelusuk gym yang kebetulan kosong hari ini...rupanya kawan-kawan ajak pergi minum...aku kemas-kemas barang semua dan bergerak ke Bandar Putra...

Tempat biasa pilihan kami, NASI LEMAK PUTRA...aku tak makan pun...sebab nasi...aku memang tak makan nasi pun...just makan ayam goreng part dada 2 ketul...air teh o panas...berbual dan terus berbual...tanpa sedar jam menunjukkan jam 6.30 PM...masing-masing mahu beredar...

Teringat, hari ni hari Jumaat...ada pasar malam...emak suka makan jagung rebus...aku melangkah ke pasar malam...kawan-kawan lain semua dah balik...berjalan-jalan di pasar malam sendiri, terasa sangat kosong...jiwa aku kosong dan hati amsih lagi terasa ada sesuatu akan berlaku...SUBHANALLAH...ujian apakah ini...

Selesai membeli jagung, terdetik di hati untuk menjamah jagung barang segigit dua...tapi, jam di tangan tepat pukul 715 PM...sekejap lagi maghrib... "...BALIK RUMAH LA BARU MAKAN..."

Bergegas aku ke parking motor...aku terasa nak pakai jaket...selalunya, aku rimas sebab panas...aku start motor dan bergerak pulang...sepanjang perjalanan, hati masih berdebar...sampai di hadapan IOI MALL aku berhenti...traffic light merah...kereta sangat banyak...mungkin semua orang baru pulang dari menonton wayang, atau baru pulang dari pasar malam...

Apabila traffic light bertukar hijau, aku jalan seperti biasa...tapi sampai di satu U Turn, sebiji kereta proton merah break emergency...aku terkejut...jaraknya lebih kurang 5 meter di hadapan...aku menekan break motor...tapi malang, motor masih menggelungsur ke hadapan...aku tak mampu berbuat apa-apa...aku tarik handle ke kanan...dan motor aku melanggar sisi belakang kereta tersebut...aku terjatuh dan terseret 5 meter ke hadapan...badan aku terseret dan hanya berhenti apabila terhentak di pembahagi jalan...

Lalu lintass di hadapan IOI MALL terhenti sejenak...semua orang bergegas ke tempat kejadian...beberapa orang geng motor berhenti dan mengangkat aku ke tepi...aku tak ingat apa-apa...yang aku tahu, aku break emergency tadi...tapi aku masih sedar...cuma lupa apa yang berlaku...

"...Abang ok?? Sedar tak ni...", ujar seorang lelaki yang tidka aku kenali tadi...

Mereka menanggalkan helmet ARC aku yang telah pecah di bahagian belakang...menyandarkan aku di tepi jalan...mata aku masih melihat ke arah motor aku...beberapa minit kemudian, aku bangun...kepala masih  MAMAI dan aku keliru...

"...Abang tak apa-apa...nak ke hospital?..."

Aku tak tahu siapa mereka, tapi semuanya membantu aku...aku ok..dan aku boleh bangun dan berjalan seperti biasa...kaki kanan aku sedikit luka dan bengkak...SUBHANALLAH...aku tidak menyangka aku masih selamat dan tidak mengalami luka yang serius...cuma motor aku, sebelah kanan habis hancur...

Seorang pakcik yang menaiki kancil berhenti...memberi aku seteguk air... "...Kuasa Allah nak...kalau tengok motor kau ni, orang akan cakap kau mesti masuk ICU atau mungkin dah arwah...Malaikat sambut kau jatuh ni agaknya..."

Terkedu aku...ye...kalau ikutkan hukum akal...berdasarkan keadaan motor aku, pasti orang menyangka penunggangnya telah kembali ke RAHMATULLAH...atau cedera parah di ICU...tapi ALHAMDULILLAH, aku tiada apa-apa...tiada satu luka pun di badan dan muka...cuma kaki kanan aku bengkak dan sedikit koyak...

Lelaki cina yang menjadi penyebab kemalangan itu teruk kena pressure dengan budak-budak motor yang membantu aku...aku pun tak nak besarkan kes...lelaki cina itu menghulurkan sejumlah wang...dan kami selesaikan kes itu di situ sahaja...

Macam ni la keadaan motor aku...hancur...ni satu-satunya gambar yang ada...tu pun kawan aku yang snap...


Aku capai telefon dan telefon dua orang member aku yang duduk di kawasan berhampiran...mereka bergegas datang dan membantu...bawa aku ke klinik dan masing-masing geleng kepalaa melihat keadaan motor kesayangan aku...

"...Kau ni pakai ilmu kebal ke apa? Motor hancur sebelah macam ni, ko luka sikit aje...", ujar Adib. Sambil memapah aku masuk ke dalam kereta.


"...Kalau ikut hukum pada motor ni, mesti ko da arwah di hari Jumaat..", selit Rahmi sambil mengammbil barang-barang yang bertaburan dari bakul motor.

Sampai di klinik, aku diinject oleh incik doktor...2 injection...satu untuk mencegah tTetanus...dan satu untuk bengkak di kaki...mereka hantar aku ke rumah...sampai di rumah jam 930 malam...emak kelam kelibut melihat aku di papah masuk ke rumah...apabila kawan-kawan aku bercerita, mengucap panjang emak...emak memeluk aku dan mencium pipi aku...beberapa titik air mata menitis di pipi aku...YA ALLAH, TERIMA KASIH KERANA  MASIH MEMBERIKAN AKU KESEMPATAN UNTUK MENEMUI SEMUA ORANG YANG AKU SAYANG....TERIMA KASIH...

Malam sebelum aku masuk ke bilik, emak bercakap satu ayat dengan aku... "...ALHAMDULLILAH TAK ADA APA-APA. MUNGKIN SEBAB SELAMA NI KAU SELALU TOLONG ORANG, JADI KALI NI ALLAH BALAS SETIAP PERTOLONGAN YANG KAU BERIKAN TU..."

Aku hanya tersenyum...masuk ke dalam bilik dan hanya terbaring...seluruh badan terasa sakit dan bisa-bisa...walau apa pun, aku redha dengan apa yang jadi...ini ujian dari Dia...dan aku terima...



PS 1
Puas kena bebel dengan seseorang...ye..MBH tau MBH lalai dan salah...maaf kalau MBH membuatkan kau susah hati dan risau...maaf...dan maaf...MBH tak berniat nak buat kau susah hati...maaf... ='(


PS 2
Adakah MBH disambut malaikat? setahu MBH itu untuk budak-budak kecik a.k.a baby aje...tapi walau apa pun, MBH bersyukur kerana masih bernafas hari ini...

PS 3
Terima kasih kepada semua yang membantu tadi...MBH tak kenal pun mereka semua...dan langsung tak dapat ingat muka mereka yang membantu...walau apa pun, MBH tak mampu nak balas semuanya...mudah-mudahan ALLAH membalas kebaikan anda ke pada MBH...TERIMA KASIH

Monday 8 April 2013

karangan ke tiga puluh lima - Bila Izrail Datang Mengintai

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih dan Penyayang

Dengan kuasaMu aku meminjam sebuah kekuatan untuk aku meneruskan langkah hingga tiba ke noktah di mana terputusnya  hubungan aku dan duniaMu..


“Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami

menguji kamu dengan kesusahan dan 
kesenangan sebagai cubaan; 

dan kepada Kamilah kamu akan kembali.” 
~Surah al-Anbiyak ayat 35~

Salam buat semua...hari berlalu detik ke detik...dan semua hari yg berlalu itu bagaikan sebuah mimpi...aku masih bernafas...aku masih hidup...walaupun aku tidak hidup seperti orang lain,tapi aku masih meminjam ZAT ALLAH untuk meneruskan apa yang masih ada...

Pagi ini aku diserang lagi...di opis pulak tu...dengan kekuatan yang ada..aku ke klinik, tapi doktor suruh aku terus ke hospital...aku akur, dan aku drive...dan sampai di hospital, macam biasa...cucuk jarum sana sini...aku dah lali dengan kesakitan... :’(


SUBHANALLAH...sampai bila aku harus seperti ini...kadang kala aku letih...letih dengan hidup yang tak seperti manusia lain...Tuhan, kasihani aku...aku tak sekuat seperti mana yang orang lain bayangkan...

Nway, bukan ini pokok cerita...yang aku nak sampaikan ialah aku bertemu dengan seorang pesakit...Arif namanya...umur 35 tahun...menjalani kimoterapi selama setahun setengah...pengidap kanser tulang...SUBHANALLAH...rambutnya sudah botak..keningnya sudah hilang...tubuhnya kian susut...hanya kulit membaluti tulang...terbaring di sebelah aku...hanya bebola matanya yang melilau ke sana sini...

"Abang ok?" sapa aku. Cuma memulakan perbualan. hati aku beberapa kali tersentuh apabila melihat beliau mengesat air matanya. MUngkin kepedihan hatinya, hanya Allah yang maha mengetahui.

"Macam ni la dik. Nak kata ok, hidup pun macam tak ada makna", ujarnya ringkas. Cukup menikam.

Aku terkedu. Aku bangkit. Membetulkan jarum yang masih tertusuk rapi di tangan. Setitik demi setitik air masuk ke dalam tubuh badan ini. Entah bila akan tamatnya.

"Sabarlah abang. Saya faham perasaan abang. Saya melaluinya. Mungkin keadaan kita tak sama, tapi saya memahami dan sangat memahami. Walaupun saya tidak disahkan sebagai pesakit kanser secara mutlak, tapi selama saya berada di wad ini, saya faham. Saya lalui semuanyanya kecuali kimo. Abang banyak bersabar ok".

"Kau tahu dik, dulu doktor pernah menjangkakan abang cuma hidup selama setahun. Paling lama. Tapi hari ni, dah masuk 3 tahun abang bernafas. Masih berpijak di bumi tuhan, walaupun keadaannya tak sama. Kalau abang tahu begini jadinya, tak akan abang biarkan abang bertahan sampai sekarang. Lebih baik abang pergi mengadap Dia 3 tahun dulu. Ada isteri, tapi tergamak meninggalkan suami kala suami terlantar sakit begini. Rasanya, macam tak ada makna lagi", ujarnya panjang lebar.

Aku tergumam. Entah kenapa, aku dapat merasai perasaannya. Aku juga pernah doktor mengandaikan hidup hanya 6 bulan. Kini sudah masuk 8 bulan, aku masih bernafas. Apakah nasib aku akan sepertinya? Menderita, dan menderita. Mungkin derita itu hanya untuk membasuh diri yang kotor dengan dosa silam. Aku mula redha dengan apa jua kemingkinan.

"Dik, walaupun keadaan abang sangat teruk, tapi abang tetap berusaha untuk hidup. Kau tahu sebab apa? Sebab abang rasa inilah caranya untuk abang tunjukkan kepada dunia bahawa dalam dunia ni nasib manusia tak pernah sama. Waktu kita sihat, kuat bertenaga, waktu kita tersenyum, semua orang datang. Bila dah sakit macam ni, boleh dikira dengan jari yang datang. Bukan mudah melalui hidup seperti kita dik. Susah. Bila dah masuk wad ni, semua manusia akan bercakap hidup kita tak akan lama. Bagus jugak kalau tak lama. Kurang sikit dosa, tapi ajal maut di tangan Dia. Kau tengok la abang ni, entah sampai bila akan begini". Sesekali aku melihat air matanya mengalir. Pilu hatinya tak tergambar. 

Aku tak mampu bersuara. Tiba-tiba aku jadi takut. Satu perasaan yang tak dapat aku gambarkan. Aku bersedia mengadap Ilahi. Bukan kerana amal aku sudah cukup, tapi aku tak sanggup jadi seperti Arif. Aku tak sanggup orang melihat aku dalam keadaan aku sepertinya kelak. 

"Dik, abang nak ke bilik kimo. Nanti, kalau abang panjang umur kita sembang lagi. Sebenarnya, dalam hidup kita seperti ini, kita tak perlukan duit...kita tak perlukan kemewahan...kita tak perlukan sex...kita tak perlukan apa-apa selain dari kasih sayang. Tapi, sejauh mana orang lain mampu memberikan kasih sayang tu? Mungkin hanya kita yang melaluinya sahja memahami perasaan itu", ujar Arif lagi sambil berlalu pergi dengan kerusi rodanya. Cik Misi menolak beliau keluar dari wad 3. 

Sekali lagi aku tergumam. Itu yang aku rasakan. Aku tak perlukan apa-apa selain kasih sayang...aku memahami apa yang dilaluinya...aku memahami setiap butir yang disebut dan dikatakan itu lahir dari lubuk hatinya yang paling ikhlas...KAWAN-KAWAN, ORANG YANG NAK MATI TAK PERNAH MENIPU...dan aku tahu mungkin kita berasa sedih dengan apa yang dilalui oleh Arif, tapi cuba kita bayangkan apa yang dilaluinya dan digalas itu lebih berat...

Pukul 515PM aku keluar dari hospital...tanpa sempat berjumpa dengan Arif...aku harap dia kuat...aku?? aku akan terus melangkah...mungkin Arif menyesal beliau apabila beliau terpaksa hidup lebih lama seperti yang dijangka, tapi aku tidak pernah menyesal...kerana aku masih berpeluang untuk membahagiakan orang yang ada disekeliling aku...

"...DALAM SEHARI, 70 KALI MALAIKAT MAUT AKAN MENJENGUK KITA..."

Dalam tempoh 70 kali itu, aku bermohon sedikit masa lagi untuk aku selesaikan perkara-perkara yang tertunggak...aku belum puas untuk membahagiakan orang lain...dalam hidup bagai telur di hujung tanduk ini, aku tidak mahukan perkara lain selain kebahagiaan orang yang aku sayang...MAAF SEANDAINYA AKU TIDAK SEMPURNA UNTUK MEMBUATKAN KAU TERSENYUM, TAPI AKU AKAN CUBA DAN TERUS MENCUBA SUPAYA KEGEMBIRAAN ITU AKAN KAU KENANG...SAMPAI AKU TIADA LAGI...


PS 1
MBH berdoa saban waktu...semoga mak abah...keluarga...dan orang-orang yang banyak membantu MBH akan bahagia...akan MBH korbankan apa sahaja selagi MBH mampu...MBH tak perlukan apa-apa balasan...yang MBH mahu ialah mereka bahagia...itu sahaja yang MBH mampu lakukan...

PS 2
Kekuatan dan ketabahan Arif menempuh hidup membuatkan aku nak cakpa pada semua kawan-kawan...kalau orang yang sakit boleh kuat dan tabah...maka, korang pun kena tabah jika ada masalah...FACE IT AND FIGHT!!

Monday 1 April 2013

karangan ke tiga puluh empat - Pulau Perhentian

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH DAN PENYAYANG

Olla...como etsa??? mi??? estoy bean... =) hahahaha...mesti korang cakap MBH dah SENGAL...bahasa mende dia cakap gaknya...huhuhu...ni bahasa spanyol...aku belajar masa zaman aku nak study kat oversea dulu...tapi, in d end...study kat Malaysia je...sebab ada beberapa perkara yang perlu diutamakan...dan MBH bukan manusia yang pentingkan kemahuan dirinya... =)

Nway...ni bukan cerita utama...kali ni aku nak kongsi cerita percutian aku selama 6 hari bermula 25 Mac 2013 sampai 30 Mac 2013...keseronokan itu TAK BOLEH DIBELI LAGI DI MANA-MANA...kenangan itu akan aku bawa sampai mati...AKU KETAWA...GEMBIRA...SERONOK...dan BAHAGIA...TAK TERGAMBAR PERASAAN TU... =)


# 25-26 MAC 2013

Seawal 6.00 AM aku da bangun...untuk siapkan semua kerja-kerja official supaya waktu cuti aku tidak diganggu oleh sesiapa...punyalah pulun...dari pagi sampai pukul 12 NOON...siap semua kerja, aku kemas semua barang-barang yang nak dibawa...ALHAMDULILLAH tak ada yang tertinggal...semua aku bawa...

Pukul 1.00 PM aku da mula bergerak..terpaksa singgah bandar Johor dulu...ambil semua tempahan kad jemputan...aku kena gerak ke KL dulu...nak hantar kad jemputan dan bunting client...sampai je kilang, bunting tak siap lagi...mula la aku bebel sebab aku dah hantar design hari khamis...kelam kelibut budak production siapkan...sambil-sambil tu terpaksa la bebudak tu mendengar HIKMAT BEBELAN KUASA 8...hahaha...padan muka...sapa suruh cari pasal... =)



Pukul 3.00 PM siap semua...baru aku boleh senyum...angkut semua barang...masuk dalam kereta dan gerak ke KL...sampai KL pukul 5.45 PM...memang tengah waktu puncak...JEM TAK HENGAT...nak ke Ampang pulak tu...bayangkan...betapa seksanya aku menempuh jem yang memang memerlukan hikmat makian dan hikmat kesabaran...huhuhuhu

Settle semua, aku gerak ke Gombak...lepak sana...pukul 8.00 baru sampai Gombak...aigooo~~ g rumah member aku...tumpang mandi..g makan sume...pukul 11 malam aku terus gerak...jam 2.00 AM sampai Kuantan...jalan gelap gila...aku tak fimiliar dengan jalan dekat sana...member-member aku cakap ikut Kuantan dekat (aku kalau boleh tak nak lalu pun kat Kuantan tu... ==')...aku masuk Kuantan...lalu Perlabuhan Kuantan...Ke Chukai...SALAH JALAN PULAK...patutnya lalu Kemaman...baru dekat sikit...sepanjang perjalanan ke Chukai, jalan dia tak ada U-TURN...dan itulah satu-satunya jalan yang aku jumpa divider sepanjang jalan...tensen aku...dah la salah masuk jalan...last-last...redha je la...


Jalan sangat gelap...kondisi jalan puntak elok sangat...in d end, sampai Kuala Terengganu jam 530 AM...nak ke Kuala Besut pulak...satu jam lebih drive...sampai akhirnya ke Kuala Besut...Jam 7.00 AM...aku sampai sana...I didnt sleep for 24 hours...mata dah macam PANDA...hahahha...aku check in dekat ROCK GARDEN, PULAU PERHENTIAN...superb gila tempat ni...sampai je chalet pukul 11.00 AM aku tidur dulu...sampai pukul 5.00 PM...







Malam hang out...lepak-lepak tepi pantai...tengok bulan...tengok ragam manusia...90% of tourists are foreigner...aku rasa macam aku pulak dekat luar Malaysia...sebab masa makan malam, aku je Melayu...yang lain semua bukan Melayu...hahahaha...apa-apa pun...hari pertama sangat enjoy biarpun aku tak cukup tidur... =)



# 27 MAC 2013


Bangun pagi seawal 7.00 pagi...nak tengok SUNRISE...sangat cantik....suasana dari bilik aku tu sangat cantik...betul kata orang, PULAU PERHENTIAN SANGAT CANTIK...pasirnya sangat putih dan halus...tak tergambar rasanya kecantikan yang ada...aku rasa sangat bahagia...sangat dan sangat...selama aku bercuti inilah saat yang paling bahagia yang pernah aku rasa...SEBAB...BIAR AKU JE TAU...hehehehe...tapi, sejujurnya...dengan NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH DAN PENYAYANG, aku sangat bahagia... =)



Seawal pukul 8.30 AM aku pergi breakfast....pukul 10 AM mula g snoorkling...SHARK POINT...TURTLE POINT...CORAL POINT...LIGHT HOUSE...ROMANTIC BEACH...amboi...penuh aktiviti...habis rentung kulit...tak pe...nanti g wat facial pulak...hehehehe...rambut dah macam dawai...kejung je...tapi never mind la...semua tu boleh diuruskan...yang penting, aku sangat bahagia... =) I FOUND TURTLE...BEAUTIFUL CORALS...FISH...AND I FOUND NEMO...siap ada yang kena TANDUK DENGAN NEMO...so sweet!!!!!!!!!!!!!!!!! and hidden undur LIGHT HOUSE...sebab takut panas...hehehehehehe =)











Sampai bilik pukul 430 PM...mandi...rest sekejap...then turun jalan-jalan tepi pantai...dekat depan tu ada geng MAT SALEH main volleyball... "Hye BEACHBOY...lets play with us..." suka suki diaorang panggil aku beachboy...diaorang ingat aku beachboy sebab dekat sana beachboy semua budak Melayu...tak ada Melayu lain...kalau ada pun diaorang tak pakai macam aku pakai...singlet dengan seluar3/4...huhuhuhu...layan kan aje la...habis main sampai pukul 7.15 PM...teruk gak aku kejekan MAT SALEH tu...diaorang ingat diaorang tinggi boleh buli aku...hahahaha....aku EX PLAYER PERAK la...huhuhu...walaupun aku bukan player beach volleyball, tapi aku main volleyball...kompom la diaorang kena spike...huhuhuhu


Malam tu aku makan BBQ set...serius sedap..then dekat sana la aku jumpa seseorang...MISS LOLITA A.K.A MOHD NIZAR HUSSIN...dia ni bukan siapa-siapa pun...waiter je...JELLYFISH orangnya...tapi kedai dia la paling ramai orang datang...banyak benda yang aku respect kat LOLITA ni...

1.   Dia tak pernah malu mengaku dia PONDAN
2.   Dia jaga mak dia walaupun orang mengata dia macam-macam
3.   Dia cari rezeki yang halal
4.   Dia tak pernah malu dengan diri dia
5.   Dia lebih berani tempuhi hidupnya berbanding orang normal

Untuk pengetahuan semua, aku jenis manusia yang open minded...aku berkawan dengan semua orang...tak kisah la dia siapa pun...yang penting aku selesa...hehehee...walaupun LOLITA ni gedik-gedik ayam, tapi dia respect semua orang...mampu berdiri sendiri...he said...

"...ORANG YANG CEMBURU PADA KELEBIHAN ORANG LAIN IALAH ORANG YANG TAK PERNAH NAK CARI KELEBIHAN YANG ADA PADA DIRINYA..."

Mendalam sungguh ayat tu...dan ada betolnya...dia bercakap atas dasar pengalaman dia sendiri...masa aku sembang dengan dia, dia mabuk sebenarnya...dan aku percaya ORANG MABUK TAK PERNAH MENIPU...dia akan cakap apa saja yang benar...dia cakap "...HOT...HOT...SUPER DUPER HOT" dan satu lagi ayat dia yang aku tak akan pernah lupa... "...MENTANG-MENTANG HENSEM....SOMBONG..." hahahahahaha

Ake masuk bilik jam 1.30 AM...cuci muka...guling-guling...mamai-mamai...tdo sambil memandang dan menatap wajah kesayangan hamba...cewah....hahahahahaha.... ZZZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz


# 28 MAC 2013

Bangun lewat sikit...penat kot...hehehehe...breakfast...then naik bot balik ke tanah besar jam 1145 AM...sampai tanah besar, terus ambil kereta...bergerak ke Kuala Terengganu...aku memang plan nak tidur semalam di Kuala Terengganu...nak shopping...rabak gak beberapa ratus...beli macam-macam...tapi tak salah pun...semua UNTUK DIA...cewah...ada gak untuk orang lain...untuk emak...kawan-kawan...adik beradik...dana nak-anak buah...untuk aku????aku cuma beli baju batik dengan patung turtle YANG SANGAT CUTE je untuk aku...hehehehe =D

Sebenarnya, aku g bercuti ni aku guna duit yang EX a.k.a TUPPERWARE aku bayar...dia hutang aku...kalau dikira-kira rasanya lebih 5K...tapi dia bayar RM2200.00...aku tak kisah pun...dan tak harap apa-apa...jadi aku anggap duit ni ialah DUIT SUBSIDI...dan aku tak nak bawa balik ke JB sesen pun dari duit ni...aku habiskan semuanya...walaupun SECARA HAKIKATNYA INI DUIT AKU...tapi dari dia...aku tak nak simpan...aku nak wat JOLI KATAK...heehehehehe ^_^


# 29 MAC 2013


Bangun pagi-pagi...siap-siap dan nak gerak balik...aku balik ke KL dulu...lepak-lepak sekejap, baru balik ke JB...dalam perjalanan balik tu aku singgah ke tempat kepok lekor dan sata yang aku pernah pergi dulu...jenuh mencari, akhirnya jumpa jugak...berdepan dengan Pulau Kapas...Lepas dah kenyang, aku jumpa satu view yang sangat cantik...penuh dengan bunga lalang...aku berhenti dekat situ dan wat photoshot sekejap...semua kereta tengok aksi gila aku dekat situ...hehehehehe







Nway, 4 hari ni sangat penuh...penuh dengan senyuman dan kegembiraan...biarpun di penghujung 29 Mac 2013 aku rasa sikit terharu...dari KL aku ke Ipoh sekejap...then turun ke Tanjong Malim...ke rumah mak-mak angkat aku...aku teringin nak jumpa diaorang....tercapai jugak hasrat tu...aku ada urusan di Ipoh...hati sedikit terusik di sana tapi aku wat biasa-biasa je...AKU KAN PELAKON TERBAIK... =)


# 30 MAC 2013


Aku gerak balik je JB jam 2.30 PM...mcm nak pengsan aku...jem memanjang...Dari Lembah Beringin ke Highway Dengkil...2 Jam Setengah aku sangkut dekat situ...ada eksiden dekat jalan masuk Highway Dengkil...aku lari ke Jalan Duta...tapi jem dekat Sungai Besi...sejam sangkut dekat Tol Sungai Besi...jem sebab ramai sangat orang BONGOK bawa kereta...dah la hujan lebat...sambung jem dekat Nilai...aku tak tahan dan berhenti sekejap dekat R&R Seremban...sambung drive...jem lagi dekat Air Keroh...aku masuk Restoran Jejantas Air Keroh...mandi dulu...makan...lepak-lepak...dan sambung perjalanan...sampai JB pukul 1030 PM...ni la rekod terburuk aku...8 jam atas jalan...stress bukan main...huhuhuhu....apa-apa pun, ini percutian yang sangat menggembirakan... =)








PS 1

TERIMA KASIH kepada seseorang...u cheer up my life...tak dapat aku gambarkan perasaan itu, tapi cukuplah aku tunjukkan dari perbuatan...AKU SAYANG KAU....!!! =D


PS 2

Planning seterusnya ke Pulau Mabul dan Sipadan...kalau MBH panjang umur, tahun depan sampai la ke sana...tak kisahlah kalau MBH jadi rentung pun duduk tengah-tengah pulau, yang penting MBH gembira... =)