ADA YANG MEMERHATI

Monday, 21 January 2013

karangan ke lapan - Officer Yang Balaci

Baru balik kerja...sangat penat...ditambah penat dengan CERITA TAK SEDAP DARI TEMPAT KEJE LAMA...


Dulu, aku ni KETUA EDITOR bagi jabatan aku...bila aku tukar kerja, ada satu lagi projek yang aku kena siapkan...maka aku pulunlah macam NAK GILA siapkan...dan sepatutnya kerja-kerja mencetak dah siap sedari bulan Disember tahun 2012...tapi memandangkan banyak sangat karenah birokrasi...CEREWETNYA BUKAN MAIN...aku terpaksa jugak tanggung kerja tu sampai sekarang...KEJE DENGAN DUA MAJIKAN YANG BERBEZA MENYEBABKAN AKU SANGAT STRESS...sini nak buat, sana nak tengok...tengok yang sana, sini dah panggil...SEMAK LA OTAK AKU...ni contoh artwork aku...korg nilai lah...







Bila dapat call dari office penerbitan tadi, diorg cakap mcam ni...


"Macamana ni..majikan lama ko minta penerbitan dihentikan. Kitaorang da setting semua da untuk produk tu. 
Kalau tak jadi, kenapa tak cakap awal-awal?"

Aku nak letak mana muka aku...da la aku baek ngan syarikat penerbitan tu...majikan lama pun satu...satu lagi..semua tu ARTWORK aku...aku tak tido malam buat sume tu...in d end, senang2 je buat keputusan tanpa minta persetujuan aku...aku ni apa sebenarnya??? BALACI?? HAMBA ABDI?? kecik ati aku diaorg buat mcm ni...penat pk konsep artwork pun tak hilang lagi...

Kalaupun nak hentikan penerbitan, aku tak kisah...cuma satu la, tolong HORMATI AKU dan JAGA REPUTASI KERJA aku...aku ni kerja macam nak mampus dengan majikan lama dulu, sesen claim pun aku tak pernah mintak...tu hasil kerja aku...HAK CIPTA TERPELIHARA OLEH AKU...pernah tak diorang fikir, aku ni sangat penat mengadap benda-benda ni??? SILA BELAJAR HORMATI HASIL KERJA ORANG LAIN...dan JANGAN MEMANDAI-MANDAI NAK BUAT KEPUTUSAN KALAU ITU BUKAN HASIL KERJA TANGAN KITA...

LASTLY, aku buat keputusan, AKU TAK NAK CAMPUR APA-APA LAGI PASAL MAJIKAN LAMA AKU...cukup la sampai sini...aku pun ada projek BESAR nak difikirkan dan kena siapkan menjelang APRIL 2013...

SUBHANALLAH...tak terkata keciknya hati ni...rasa macam apa aku sumbangkan selama ni umpama SEBUTIR BERAS...DIMAKAN TAK KENYANG...DIBUANG TAK LUAK...kadang-kadang terfikir jugak...dekat mana letaknya diri aku dekat MATA MEREKA...

Walau apapun, pesan aku buat SEMUA FOLLOWER aku...JANGAN BUAT ORANG MCM AKU KENA NI...HORMATI HAK ORANG LAIN...JAGA HATI ORANG LAIN...

dan berpeganglah kepada falsafah BUYA HAMKA (kalau tak kenal, searching kat Google)

HIDUP KALAU SEKADAR HIDUP, 
BABI DI HUTAN JUGA HIDUP.
KERJA KALAU SEKADAR KERJA, 
KERA DI HUTAN PUN BEKERJA.
BELAJAR KALAU SEKADAR BELAJAR, 
LEMBU DI PADANG JUGA BELAJAR.

RENUNG-RENUNGKAN...DAN SELAMAT BERAMAL

3 comments:

target=”_blank”! Arjunakirana ! said...

Aku nak gaduh ngan ko laaa.. gagaga

Manusia semua sama bro.. yang tak sama adalah penderian masing - masing.

HIDUP : manusia yang sekadar hidup yg mcm babi tu, sebab ape tahu? sebab dia tahu manusia lain tak reti nak menghargai manusia lain, jadi dia buat tak tahu jeee.. dia hidup mcm babi tp sebenarnya dia adalah babi yang paling bijak. dia tahu ape yang dia buat.

KERJA : manusia yang buat kerja sekadar ada ala ala kera tu, sebanarnya dia berpura-pura mcm kera, sebab manusia di sekeliling dia semuanya kera, jadi dia ikut je mcm kera2 lain, sebab kalau dia buat kerja lebih2.. nanti raja segala kera akan buli dia dan raja kera tu peduli hape, dia raja segala kera sesuka hati la dia nak buat ape.

BELAJAR : belajar sekadar belajar yg macam lembu tu sebenarnya kalau dia nak belajar lebih dari lembu2 yg ada disekeliling pun boleh, tapi masalahnya, lembu2 yang lain pun belajar benda yang sama dan dia pun malas nak fikir banyak2 masalah lembu2 yang lain, jadi dia kata buat la mcm lembu2 yang lain, janji jangan buat masalah kat dia, keputusannya buat la yang terbaik mane pun hasilnya sama je mcm lembu2 lain.

KESIMPULAN : Susah nak mencari manusia yang benar2 nak menghargai manusia lain, kalau ada pun hanya segelintir sahaja, dan kebanyakkanya pentingkan diri sendiri.

"Jangan mengharap penghargaan daripada manusia, kerna manusia tak pandai nak menghargai"

target=”_blank”Bui Junaidi said...

PERANGAI MANUSIA MMG MCM2..HUHU

target=”_blank”mr broken heart said...

bukan mcm2 lg..tp tlampau mcm2