ADA YANG MEMERHATI

Wednesday, 16 January 2013

karangan ke enam - Ajal Itu Rahsia Allah

Setelah 6 bulan berlalu...akhirnya aku kembali BERGYMBA...aktiviti harian sekian lama yang terpaksa aku lupakan...dan aku bertekad, selagi aku bernafas, aku akan lalui hidup ini dengan tabah...JOM BERGYMBA =)


Sejak Jun 2012...aku terpaksa melupakan aktiviti ni...berat badan mula menyusut...dr 67KG kepada 57KG...tp aku anggap semua tu ujian dari Dia...apabila incik doktor suspek aku ada CANCER, aku rasa hidup aku dah tak ada makna lagi...muka dah cengkung...badan dah tak ada isi...tulang je yang tinggal...aku rasa hidup ni mcm HITAM, GELAP dan TAK BERMAKNA lagi...

Tambah pulak bila incik doktor cakap mcm ni... "...KAMI CUMA SUSUPEK...KALAU IKUTKAN KEADAAN AWAK NI TERUK...KONDISI AWAK SANGAT LEMAH...TAPI KALAU BETUL HIPOTESIS YANG KAMI BUAT NI KAMI MENJANGKAKAN AWAK HANYA BOLEH BERTAHAN 6 BULAN SAJA..."



GILA KO!!! ADA ENAM BULAN?? kegilaan apakah ini?? terduduk aku di belakang hospital...menangis berjam-jam...dan aku tak tahu berapa lama aku menangis...bengkak-bengkak mata masa tu...dan aku tak tahu kepada siapa aku nak mengadu...aku kuatkan semangat...kuatkan hati...dan aku bertekad, "...KALAU INI SAJA MASA YANG MASIH TINGGAL, AKAN AKU LALUI SEMUANYA DENGAN SENYUMAN..."




Bayangkan...betapa aku hilang semangat untuk hidup...dan di ketika ini UJIAN ILAHI tiba lagi iaitu  ORANG YANG AKU SAYANG dan sangat aku perlukan di saat-saat genting ini perlahan-lahan menjauhkan diri dari aku...aku bagaikan hilang tempat bergantung...aku rasa, apa guna lagi aku hidup dalam keadaan bersedih...tambah pula bila aku dapat tahu DIA ADA SKANDAL LAIN...bertambah sakit aku memikirkannya...


Perlahan-lahan aku cuba pulihkan keadaan diri dan semangat....aku bangun dan bangkit...sebab aku memikirkan EMAK...dan aku perlu bangkit untuk EMAK...selama enam bulan berulang alik aku menderma duit pada hospital...dan dalam tempoh 6 bulan ni, aku dah habiskan semua duit simpanan aku...lebih kurang RM 15 RIBU...

Melihat emak menangis setiap hari menjadikan aku kuat dan tabah...walaupun aku tahu aku tak mampu melaluinya...aku kuatkan hati...aku tabahkan semangat...setapak demi setapak aku mengorak langkah untuk bangkit...pedih dan sangat menyakitkan...KEJUJURAN DAN KENYATAAN ITU KADANG KALA AMAT MENYAKITKAN...cuma anggaplah ia sebagai satu ujian ILAHI...dan REDHA dengan ketentuanNya...

AKU TAK SUKA ORANG TENGOK AKU DALAM KEADAAN AKU SAKIT...dan kerana itu, aku melarang sesiapa sahaja melawat aku di hospital...aku kata pada emak... "...ramai cik misi jaga dekat sana...mak jangan risau la...hehehehehe..."

CANCER...satu perkataan yang sangat menghantui aku sampai ke hari ini...doktor tak mampu sahkan apa-apa walaupun dah enam bulan berlalu...darah aku dah bergelen diambilnya...tapi tak dapat kenal pasti sakit apakah ini...sampaikan pernah sekali, aku ditahan 7 hari...ada 4 orang PAKAR mengadap aku...macam TIKUS MAKMAL aku dibuatnya...sakit...dan maha sakit...ALLAH saja yang tahu betapa aku menangis saban hari dan malam menahan sakit...

Pelbagai rawatan aku terima...dari satu mesin ke satu mesin...sampaikan aku dah kenal semua CIK MISI & INCIK DOKTOR dekat COLOMBIA ASIA HOSPITAL ni...huhuhuhu...

Hakikatnya, ALLAH masih mahu aku hidup...walaupun jangka awalnya aku cuma boleh bernafas untuk 6 bulan, tapi saat ini aku telah bernafas semalam 6 bulan 16 hari...aku bersyukur...walaupun jiwa aku masih belum tenang, tapi aku lalui semuanya dengan TABAH dan CEKAL...kalau saat ni ALLAH TAALA mahu membawa aku pulang ke pangkuanNya, AKU REDHA...sesungguhnya dari Dia kita datang dan akhirnya kepada dia kita akan kembali...

Hari ini, walaupun semua doktor masih buntu untuk menentukan tahap kesihatan aku, tapi aku dah boleh kembali ke dunia aku semula...aku dah bangkit...aku masih berulang alik ke hospital...sebulan 2 kali...penat sangat, tapi kalau itu yang boleh membuatkan aku terus hidup, aku akan lakukan...dan aku berjanji AKU AKAN TERUS HIDUP SEHINGGALAH SAAT ALLAH MENJEMPUT AKU PULANG...




16 comments:

target=”_blank”NUR AIN SAMSUDIN said...

sabar dan tabah k...nih ujian buat kamo...pasti ader hikmah disebalik nih...ape pun..kuatkn semangat..

target=”_blank”Aku Budak Kampung said...

semua tu ujian daripadaNya... tabahkan hati and kuatkan semangat... sentiasa berdoa kepadaNya minta semoga semuanya dipermudahkan ... saya pun dulu menghidap kanser ... tapi alhamdullilah... Allah izinkan saya untuk sihat semula untuk jalani hidup harian seperti biasa... may Allah bless you ...

target=”_blank”mr broken heart said...

kehidupan penuh dgn kejutan

target=”_blank”! Arjunakirana ! said...

Kejut?... perghhh.. gagagaga

target=”_blank”mr broken heart said...

aku kejut ko ngan kuasa letrik boboiboy..hahaha

target=”_blank”AZRUL AZMI said...

Ni kisah betul ke? Bukan tak percaya tapi macam tak berapa pasti dengan perkara yang berlaku...

Btw, Tahniah kerana anda tidak membuang masa anda dengan menangisi perkara yang telah berlaku... Teruskan kehidupan... Chaiyok-chaiyok...

Tak pernah pegi gym... Kadang-kadang rase macam nak gi jugak... Hehehe...

target=”_blank”mr broken heart said...

betol la bro...aku lalui semua ni...samp sekarang ni pun aku amsih hidup dengan bergantung ngan ubat...
mcm aku pernah cakap...hidup penuh dengan kejutan...dan kita kena belajar terima walaupun sangat susah nak terima apa yang jadi dan sangat susah nak redha dengan ketentuanNya...

target=”_blank”seribupilihan said...

itulah keajaiban allah..dia dah beri awak pilihan utnuk hidup..so, gunakanlah untuk menambahkan amal soleh dan semua kebaikan..jangan sesekali lalai lagi selepas ni..DIA maha menyayangi umatnya..berdoalah kepadanya semoga anda sembuh dr penyakit itu

target=”_blank”Carlos Rímolo said...

Caro amigo !

Passando por aqui para retribuir a visita e deixar meu abraço e carinho. Seu Blog.é interessante. Gostei. Já sou seu seguidor.

POETA CIGANO - 19/01/2013

http://carlosrimolo.blogspot.com

"Poesias do Poeta Cigano"

Macaé - Rio de Janeiro - Brasil.

target=”_blank”mr broken heart said...

humano y la promesa ... fue muy doloroso ... pero doy gracias a todas las declaraciones con resignacion

target=”_blank”IMELDA MD.RIZAN said...

Teruskan menulis..sy perasan yg mr broken ni bnyak memendam rasa..kalau ada rasa kecewa ke, sedih ke cuba jangan pendam sorang2..luahkan pada Allah. Kalau tak boleh jg ..tulis lagi..luahkan dalam kertas ke, blog pun bleh jg..
Bro, klu terlalu sakit hati dan memendam perasaan pun boleh jadi penyakit menurut kajian.
Mungkin hikmahnya belum jumpa hari ini..mungkin esok atau kalau tak jumpa esok hari akhirat yang pasti tetap ada.
Jangan lupa janji Allah, orang yang bersabar besar ganjaran disisi-NYA.
Andai hari ini disakiti lagi..berzikirlah, dikecewakan lagi..bertahmidlah, diuji lagi dengan sakit yang tidak pernah kita jangkakan...bertakbirlah.
Saya doakan Mr. sentiasa diberikan kekuatan menghadapi dugaan dan ujian hidup. Ikhlaskan hati untuk bertahan.
Masa kecil saya diuji penyakit maut yg telah dikategorikan sbgi tahap 4, klu tdk dirawat boleh jadi gila atau mati..itu kata En.dokter. Hidup sangat daif bro masa tu, sampaikn emak tdk mampu melawat saya kat hospital. Dengan kedaifan itu, Allah masih beri ruang kpd saya untuk teruskan hidup..dan saya mash hidup hingga hari ini. Alhamdulillah. Hidup satu perjuangan dalam ketentuan Allah.

Putus cinta 2 kali..cuma saya break then sambung lagi dan berkahwin dgn bekas boyfren, pelik tapi benar.. Dengan pngalaman sedemikian saya suka katakan disini, setiap manusia ada jalur hidup yang berbeza, pengalaman yang berbeza tapi tetap satu hikmah yang mungkin suatu hari kita baru sedari jalur hidup dan pengalaman itu sangat bermakna kerana telah melengkapi kita hari ini.

Salam ukhwah dari saya. Maafkn jika ada terkasar bahasa yg mampu menguris perasaan Mr. Broken Heart.

target=”_blank”mr broken heart said...

IMELDA MD.RIZAN

thanks k..sy ok je..baik pendam dari berkata-kata...sebab bukan semua orang akan faham tentang apa yang kita rasa...tentang apa yang kita fikir...life is not easy...n i admit it...n i hav to finish all dis suffer...its hard to explain but i will survive will i hav...kehidupan satu ketentuan..yang telah ditetapkan sejak di LUH MAHFUZ...itu saya percaya dan sy tau bila sudah tiba masanya, kembalilah saya kelak kepadaNya...

target=”_blank”Acik Riotaro said...

jodoh itu jugak rahsia Allah.. percaya atau tak tu suma ketentuan ILLAHI.. yg maha ESA..
alhmdulillah..teruskan hidup...jgn cpt putus asa..

target=”_blank”Belog PenaMaya said...

Segalanya adalah ujian dari Allah. kerana Dia masih ingat kat kita. Bertabah dalam segala ujian-Nya. InsyaAllah akan mendapat keredhaan-Nya. Semoga dijauhkan dari apa yang di suspek oleh doktor tersebut. Be strong and keep close to Him (Allah) :)

target=”_blank”cik kaki ketawe said...

MBH,your name eh Faisal tuh?
sama macam nama abang sulung sy...
tapi dia Faizal...berbeza huruf aje..
tolong kuat bro..
sy tak mampu nak tolong apa2..
but please..
sy nak dengar cerita ceria dari MBH je tau...
tak mau dengar yg sedih2 dah lepas ni..

target=”_blank”mr broken heart said...

CKK...I will...mbh akan terus kuat...akan terus lalui semuanya...sampai ke nokhtah =)