ADA YANG MEMERHATI

Wednesday 30 January 2013

karangan ke tiga belas - Kisah Manusia dan Udara

Hye semua...waktu menulis blog ni...aku TENGAH TERBARING kat katil empuk HOSPITAL...maha bosan di sini...aku menulis pakai TABLET aku yg kaler PINK ni...hahahahaha

Walau pe pun, aku nak kuar dari sini...HIDUNG AKU RIMAS dengan bau ubat...aku tak suka suasana sini...ramai orang nangis-nangis melihat PEMERGIAN ORANG TERSAYANG...aku tak suka...INCIK DOKTOR...tolong paham, SAYA MAHU PULANG =='


Jadi, untuk mengisi masa lapang ni...aku nak cerita pasal satu kisah ni...Pernah tak dengar KISAH MANUSIA DAN UDARA...?? mesti tak pernah kan?? ceritanya sangat ringkas dan padat...tapi, mempunyai makna YANG SANGAT MENDALAM...MEH POKCIK CERITA =)

Pada suatu hari....jeng...jeng...jeng... hehehehe...


Macam ni ceritanya...semua manusia perlukan udara untuk hidup...bahasa saintifiknya OKSIGEN la...tak tau la kalau de manusia yang hidup menggunakan KARBON DIOKSIDA...huhuhu...semua manusia perlukan udara untuk meneruskan kelangsungan hidup...menyedut udara yang segar...dan memerlukan oksigen untuk meneruskan aktiviti harian...

Suatu kisah...terdapat sebuah kampung yang aman damai...semua penduduknya hidup aman harmoni...tiada pergaduhan...tiada perpecahan...tanah mereka subur untuk menanam apa sahaja...cuma satu...mereka selalu membuat pembakaran terbuka...

Di kampung itu juga ada seorang budak lelaki bernama Bulat (bukan nama sebenar) sangat suka bermain dengan angin...bermain layang-layang dan dia sangat suka dengan kenyamanan angin...dan dia sangat suka duduk menyendiri di pinggir bukit...Bayu (nama angin yang diberi oleh Bulat) juga sangat suka padanya...tersenyum Bulat apabila bayu-bayu menyapa wajahnya...

Bayu sangat lemas apabila dirinya dicemari...bukan sahaja Bulat...tapi semua orang kampung tak pernah nak menjaga Bayu dan kawann-kawan Bayu...

Bayu 1:  Aku tak suka pada manusia...mereka tak tahu menghargai kita...
Bayu 2:  Betul tu...mereka perlukan kita untuk hidup...tapi, tengok apa yang mereka lakukan...
Bayu 3:  Kita bakor je...kita bakor je...
Bayu 1:  Nak bakor apa bendanya...kita bukan api la...
Bayu 3:  Kita bagi pengajaran kepada mereka...amcam?
Bayu 2:  Tapi, Allah menciptakan kita untuk berkhidmat kepada seisi makhluk yang memerlukan...
Bayu 1:  Betul, tapi perlukah kita menghambakan diri sehingga kita diabaikan?
Bayu 3:  Bukankah kita juga makluk ciptaan-Nya yang juga perlu dihargai?
Bayu 2:  Kita bagi pengajaran kepada mereka...supaya mereka faham erti MENGHARGAI...

Semasa Bulat sedang asyik bermain layang-layang di pinggir bukit...beliau mendengar satu bisikan di telinganya... 

"...Tolong beritahu semua orang kampung..kami lemas dengan pencemaran yang mereka lakukan...Kami juga ada perasaan yang perlu dijaga...Kamu semua perlukan kami untuk hidup, tapi tolonglah jaga kami...Kami juga mahu hidup aman seperti kalian..."

Tersentak Bulat mendengar bisikan itu...berulang-ulang kali ayat itu kedengaran...lalu, Bulat berlari...menuju ke kampungnya...dan menjerit kepada semua orang kampung yang sedang membakar jerami padi yang baru dituai...semua orang kampung mentertawakan Bulat...katanya, Bulat sudah gila...bercakap dengan angin...

Bulat pulang ke rumah dengan hati yang sangat hampa...semua kata-katanya tidak dipercayai...dia merasakan dia dipermainkan oleh halusisnasinya sendiri...lalu Bulat bertekad untuk tidak memperdulikan bisikan yang didengarinya...

Hari berlalu...berbulan lamanya...aktiviti mencemarkan udara semakin menjadi-jadi...tiada seorang pun menghiraukan perasaan Bayu...mungkin benar, manusia perlu diberikan PENGAJARAN untuk menyedarkan kekhilafan yang dilakukan...akhirnya dengan TAKDIR ALLAH ribut taufan melanda kampung...semuanya musnah...tiada satu pun yang tertinggal...termasuk Bulat...

MORAL OF THE STORY
Menghargai orang lain amat perlu...walaupun setiap perbuatan baik yang telah diberikan tidak memerlukan apa-apa balasan, namun penghargaan perlu...cukuplah sekadar menjaga hati dan perasaan orang lain...kadang kala kita alpa, KITA SANGAT MEMERLUKAN ORANG LAIN, DAN DALAM MASA YANG SAMA KITA TIDAK PERNAH MENGHIRAUKANNYA...kita memerlukan udara untuk hidup, tapi pernahkah kita menjaganya?? walaupun ANGIN itu indah, nyaman dan membantu manusia untuk hidup, tapi percayalah angin juga MEMPUNYAI PERASAAN...


"...BERHATI-HATI DENGAN KEMARAHAN ORANG YANG BERSABAR..."


Tuesday 29 January 2013

karangan ke dua belas - Kau Cekik Air Mata Aku


Pernahkah kau merasa jarak antara kita
Kini semakin terasa setelah kau kenal dia
Aku tiada percaya teganya kau putuskan
Indahnya cinta kita yang tak ingin ku akhiri
Kau pergi tinggalkanku

Tak pernahkah kau sadari akulah yang kau sakiti
Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia


Memang takkan mudah bagiku tuk lupakan segalanya
Aku pergi untuk dia




Tiba-tiba aku rasa nak hempas radio depan mata ni...kenapa semua lagi menyindir aku ni?? paham tak aku tak suka...kalau aku jumpa komposer lagu ni, aku BUNUH dia...buat lagu LANGSUNG TAK FIKIR PERASAAN ORANG LAIN... =='

Beberapa malam ni sangat sunyi...sangat sangat sunyi...dan sesekali rasa itu menerpa semula...aku rasa perlu aku luahkan...sebab aku tak nak simpan sorang2...aku tak nak jadi GILA...gila sebab menyayangi orang yang pernah melukakan aku dengan amat parah sekali...


Sejenak, aku terfikir...kenapa aku tak mampu lupakan dia...dah terlampau banyak LUKA yang dia geriskan dalam hati ni...sampaikan DAH TAK ADA RUANG LAGI untuk hati ni bernafas dengan tenang...saat dia perlukan aku, dia mesej aku...minta tolong...sampai sekarang...aku ni apa sebenarnya???

Mungkin aku ni manusia yang terlalu SETIA...setia pada orang yang tak pernah rasa nak hargai aku...apa saja yang dia nak, semua aku buat...aku carikan...SUMPAH LILLAHI TAALA...inilah hakikatnya...semua aku berikan...sanggup aku menahan makan dan nafsu nak beli apa yang aku suka...asalkan dia bahagia...tapi, DALAM SERIBU JANJI YANG DIA BERIKAN, SATU PUN DIA TAK TUNAIKAN...itu pun aku masih tak mampu lupakan dia...tak mampu benci dia...BAIK KAH AKU?? jawapannya mesti la tak...sebab kalau aku baik takkan terdetik ayat ni dalam hati aku "...SEJAK KAU LUKAI AKU, AKU BERSUMPAH...KAU TAK AKAN DAPAT ORANG YANG LEBIH BAIK DARI AKU SAMPAI MATI..."

Bukan dendam yang ada dalam hati...cuma aku sangat TERKILAN dan KECEWA...aku tak kisah kalau dari dulu dia kata nak tinggalkan aku...aku REDHA...cuma, kenapa setelah dia dapat banyak benda dari aku, dia tinggalkan aku?? KEGILAAN APAKAH INI??

HATI NI BUKAN SPAN...YANG BOLEH MENYERAP...KEMUDIAN DIPERAH...dan itu yang dia anggap mungkin...seronok agaknya melukai hati orang lain...lukai orang lain untuk untuk mendapatkan kebahagiaan sendiri?? seronok agaknya jadi macam tu...

Dalam hati ni dah TAK ADA RUANG UNTUK AKU MENANGIS lagi...cukup rasanya...cukup..dan cukup...dia membuatkan aku BENCI PADA CINTA-CINTA ni...aku BENCI PADA JANJI...aku benci akan perkataan SAYANG...aku benci dan jijik kalau dengar orang lain BERJANJI SEHIDUP SEMATI...dia dah buat aku fikir satu benda... "...kehidupan HAPPY EVER AFTER tak pernah wujud..."

Apa lagi aku perlu lakukan?? REDHA...aku dah lakukan...SERAH PADA ILAHI...aku dah serah...aku cuma nak lenyapkan semua rasa ini...pedihnya...lukanya...YA ALLAH, bantu aku...

Sorry semua...aku terEMO malam ni...hati aku tak mampu nak tampung semua rasa...dia tak pernah faham apa aku rasa...kalau dia rasa dia bahagia buat macam ni, buatlah...aku bukan TUHAN...aku bukan sesiapa pun...betul TAGLINE aku...HIDUP SATU KETENTUAN...BUKAN PILIHAN...dan sekarang aku dah jadi bahan permainan TAKDIR...

p/s - melukakan orang lain mungkin hobi mereka yang tak pernah nak hargai apa yang mereka ada....

Thursday 24 January 2013

karangan ke sebelas - Tembakan Love Bite

Selamat menyambut Maulidur Rasul...sempena cuti rini aku g main TEMBAK-TEMBAK ngan kawan-kawan aku...hilang semua MASALAH dalam kepala hotak ni...huhuhuhu


Aku rasa bila aku men benda ni, semua masalah ni HILANG dan TERBANG buat seketika...betol...badan ni lebam-lebam...macam kena LOVE BITE...hahahahahaha...selamat tak kat LEHER...kalau tak, sok g opis kompom GENG MAK JEMAH mengata...mentang-mentang MALAM JUMAAT...hahahahha

Biarpun lebam sana sini...sakit sana sini...tapi sekurang-kurangnya ia tak sesakit dan selebam HATI ni...sakit kat dalam ni lagi TAK MAMPU AKU LUAHKAN...biar aku g main macam ni...SELAGI ADA WAKTU YANG TERSISA...entah ESOK LUSA, BOLEH KE LAGI AKU MAIN BENDA-BENDA MACAM NI...harap ALLAH MAHA MENDENGAR DAN MENGERTI...aku mahu terus HIDUP...sampailah aku MATI...hahaahahahaha


Lebam-lebam badan aku...tapi seronok..sangat seronok...kalau nak join, jom!! aku bawa ke Desa Tebrau...puas hati la...500 PALLET RM 65.00...tembak sampai lebam...











Seronoknya tak terkata...dah lama aku tak main permainan EXTREM macam ni...dulu masa sihat, wall climbing...panjat gunung...scuba diving...semua aku join...bila da sakit, semua kena skip...jadi, aku perlu sihat semula...lawan penyakit ni...aku tahu aku boleh lawan, cuma HASIL AKHIR aku tak boleh jangka kan apa yang akan terjadi...sebab semuanya dah ditentukan sejak di LUH MAHFUZ lagi...





Wednesday 23 January 2013

karangan ke sepuluh - Renyuk Si Rajuk

Hari ni berlalu macam biasa...TIADA YANG ISTIMEWA...seawal 5 setengah dah bangun..siap2 dan gerak pergi opis...dan begitulah setiap hari sejak beberapa bulan yang lalu...dulu, ada gak orang nak msg2 ucap selamat pagi...tapi sekarang aku dah berdiri atas kaki sendiri...bangun siap2 dan gerak terus tanpa memikirkan apa2...





"KENAPA PERLU AKU TERASA HATI? KENAPA PERLU AKU MARAH? KENAPA PERLU AKU MERAJUK? KENAPA PERLU AKU SEDIH? DAN KENAPA PERLU AKU KECEWA?"




Teringat dulu...dan sehingga ke dinihari, aku masih belum menemui jawapan yang tepat...yang aku tahu, aku MERAJUK...perlu ke?? tak kan?? aku siapa?? aku bukan siapa-siapa lagi?? kan?? dan aku diamkan...aku tahan semua rasa yang membakar diri aku...aku cuba pendam semua rasa sedih aku...aku telan semuanya sendiri...walaupun aku tahu, terlalu berat aku menanggung semua ini...

Sejujurnya, aku masih belum mampu menerima kenyataan... "APABILA DIA MENINGGALKAN DIRIMU TANPA PESAN, MAKA JANGAN TERIMA DIA SEMULA WALAU DIBERI SERIBU ALASAN"...aku tak akan kembali padanya...cuma, mana mungkin aku dapat membuang semua rasa luka ini begitu saja?? aku tak berdendam...aku tak marah...cuma aku kecewa...

Aku umpama PLASTIK GULA-GULA...hanya berfungsi membungkus satu manisan...dan bila manisan sudah dapat, dicampak merata-rata...SUBHANALLAH...kena kejam ujian ini?? pedih...sakit...KAU MAHA MENGERTI YA ALLAH...

Itulah...sebuah kisah pendek untuk semua jadikan pengajaran...kepada semua pembaca...tolonglah...jangan buat orang lain macam ni...seboleh-bolehnya, jaga perasaan orang lain...



MUNGKIN AKU BUKAN MANUSIA YANG BAIK...tapi satu benda yang paling aku jaga ialah HATI MANUSIA...sebab aku tahu, SEBANGSAT MANA PUN AKU DENGAN ALLAH, DOSA AKU AKAN TERAMPUN...kerana sifat DIA YANG MAHA PENGASIH DAN PENYAYANG...tapi, bila kita BERDOSA DENGAN MANUSIA, PANJANG CERITANYA DI AKHIRAT NANTI...TAK TERAMPUN DOSA-DOSA ITU SELAGI TIADA KEMAAFAN DARI MANUSIA ITU SENDIRI...





"JANGAN JADIKAN HATI ORANG LAIN 
SEBAGAI PERLABUHAN UNTUK KAU 
DAPATKAN APA YANG KAU HAJATI KERANA 
HATI ORANG LAIN BUKAN SEPERTI 
SPAN YANG BOLEH MERESAP 
DAN DIPERAH SESUKA HATI"

Tuesday 22 January 2013

karangan ke sembilan - Dikejar Detik

tik...tok...tik...tok...tik...tok...


Sekejap je masa berlalu...hari ni cukup 6 bulan 22 hari...aku masih bernafas..cuma rasanya aku sangat lemah...MAHA LEMAH...setiap saat aku meminta dipanjangkan sedikit lagi ihsan dari ILAHI...kalaupun DAH TIBA MASANYA, minta tangguh sedikit masa lagi...beri aku sedikit kekuatan untuk aku meneruskan kehidupan ini...tolong...aku merayu pada Mu YA RABB...


TUHANKU...kau berikan aku ujian Mu...aku menerima dengan penuh REDHA...dan rasa ini tak mampu aku luahkan...tinggal beberapa hari lagi keputusan penuh akan keluar...aku TAKUT...aku TAKUT TAK MAMPU TERIMA APA-APA KENYATAAN...walaupun aku cuba redha, tapi SIAPA TAK TAKUT MATI??? semua orang takut...sebab takut NAK MENINGGALKAN SEMUA INSAN TERSAYANG DI MUKA BUMI INI...

Insan paling aku sayang ialah EMAK aku...aku sembunyikan semua rasa sakit ini kerana aku TAK MAHU DIA RISAU...aku tak sanggup tengok mak menangis memikirkan tentang aku...aku mampu tanggung semua...semuanya aku sembunyikan dengan senyuman dan tawa aku yang sangat meriangkan...walaupun pada hakikatnya AKU MENANGGUNG SATU BEBAN YANG TAK MAMPU LAGI AKU TANGGUNG...


EMAK, tahukah engkau betapa aku sayang padamu...setitis air matamu mengalir ke bumi, betapa aku MENANGGUNG AZAB yang sangat pedih...dahulu kau dah puas menangis...sekarang aku tak mahu lagi melihat kau menangis...aku mahu kau gembira...dan disebabkan itu AKU BERUSAHA UNTUK TERUS HIDUP...



Aku bercerita di sini bukan untuk meraih SIMPATI sesiapa...tapi aku nak luahkan segala yang aku rasa...lagipun tak ada orang yang kenal siapa dia MR BROKEN HEART...bia aku luah semuanya di sini...

Dalam hati ni bagaikan tak mampu diluahkan lagi...aku SEDIH...aku TAKUT...aku GERUN...semua rasa bercampur aduk....betol, doktor bukan penentu...tapi aku sangat takut nak bertemu dengan doktor..sangat takut...sebab dia tahu kondisi aku yang sebenarnya...

SUBHANALLAH...kuatkan hati aku...aku TAK MAMPU MENANGGUNG semua ni...aku tak mampu berlakon seperti ORANG SIHAT lagi...aku dah letih BERFIKIRAN POSITIF...

kepada semua pembaca...aku tak minta apa-apa selain doa agar aku terus mampu berdiri...mampu mengharungi semua ni...aku tahu dan yakin, aku mampu laluinya...walaupun hidup tak seindah pelangi, tapui aku akan teruskan kehidupan ini...

"HIDUP SATU KETENTUAN
BUKAN SATU PILIHAN"

Monday 21 January 2013

karangan ke lapan - Officer Yang Balaci

Baru balik kerja...sangat penat...ditambah penat dengan CERITA TAK SEDAP DARI TEMPAT KEJE LAMA...


Dulu, aku ni KETUA EDITOR bagi jabatan aku...bila aku tukar kerja, ada satu lagi projek yang aku kena siapkan...maka aku pulunlah macam NAK GILA siapkan...dan sepatutnya kerja-kerja mencetak dah siap sedari bulan Disember tahun 2012...tapi memandangkan banyak sangat karenah birokrasi...CEREWETNYA BUKAN MAIN...aku terpaksa jugak tanggung kerja tu sampai sekarang...KEJE DENGAN DUA MAJIKAN YANG BERBEZA MENYEBABKAN AKU SANGAT STRESS...sini nak buat, sana nak tengok...tengok yang sana, sini dah panggil...SEMAK LA OTAK AKU...ni contoh artwork aku...korg nilai lah...







Bila dapat call dari office penerbitan tadi, diorg cakap mcam ni...


"Macamana ni..majikan lama ko minta penerbitan dihentikan. Kitaorang da setting semua da untuk produk tu. 
Kalau tak jadi, kenapa tak cakap awal-awal?"

Aku nak letak mana muka aku...da la aku baek ngan syarikat penerbitan tu...majikan lama pun satu...satu lagi..semua tu ARTWORK aku...aku tak tido malam buat sume tu...in d end, senang2 je buat keputusan tanpa minta persetujuan aku...aku ni apa sebenarnya??? BALACI?? HAMBA ABDI?? kecik ati aku diaorg buat mcm ni...penat pk konsep artwork pun tak hilang lagi...

Kalaupun nak hentikan penerbitan, aku tak kisah...cuma satu la, tolong HORMATI AKU dan JAGA REPUTASI KERJA aku...aku ni kerja macam nak mampus dengan majikan lama dulu, sesen claim pun aku tak pernah mintak...tu hasil kerja aku...HAK CIPTA TERPELIHARA OLEH AKU...pernah tak diorang fikir, aku ni sangat penat mengadap benda-benda ni??? SILA BELAJAR HORMATI HASIL KERJA ORANG LAIN...dan JANGAN MEMANDAI-MANDAI NAK BUAT KEPUTUSAN KALAU ITU BUKAN HASIL KERJA TANGAN KITA...

LASTLY, aku buat keputusan, AKU TAK NAK CAMPUR APA-APA LAGI PASAL MAJIKAN LAMA AKU...cukup la sampai sini...aku pun ada projek BESAR nak difikirkan dan kena siapkan menjelang APRIL 2013...

SUBHANALLAH...tak terkata keciknya hati ni...rasa macam apa aku sumbangkan selama ni umpama SEBUTIR BERAS...DIMAKAN TAK KENYANG...DIBUANG TAK LUAK...kadang-kadang terfikir jugak...dekat mana letaknya diri aku dekat MATA MEREKA...

Walau apapun, pesan aku buat SEMUA FOLLOWER aku...JANGAN BUAT ORANG MCM AKU KENA NI...HORMATI HAK ORANG LAIN...JAGA HATI ORANG LAIN...

dan berpeganglah kepada falsafah BUYA HAMKA (kalau tak kenal, searching kat Google)

HIDUP KALAU SEKADAR HIDUP, 
BABI DI HUTAN JUGA HIDUP.
KERJA KALAU SEKADAR KERJA, 
KERA DI HUTAN PUN BEKERJA.
BELAJAR KALAU SEKADAR BELAJAR, 
LEMBU DI PADANG JUGA BELAJAR.

RENUNG-RENUNGKAN...DAN SELAMAT BERAMAL

Saturday 19 January 2013

karangan ke tujuh - Ada Yang Nak Kena Cabai Ni


"...Adalah lebih baik memiliki wajah yang hodoh dari lidah yang hodoh kerana wajah yang hodoh tidak mungkin boleh menyakiti hati orang lain tetapi lidah yang hodoh boleh mengeluarkan kata kata yang melukakan..."


Mengeluarkan KATA-KATA merupakan satu habit manusia...semua manusia pandai bercakap..pandai memutar kata...tapi sejauh mana kita mengotakan apa yang kita katakan??


Sebenarnya, hati aku tergerak MEMBELOGKAN DIRI bila aku terdengar perbualan dua orang insan di Hutan Bandar sebentar tadi...lebih kurang macam ni la bunyinya... 



"...Abang janji...
Abang akan jaga sayang seumur hidup. 
Dan abang janji, kita akan bersama selamanya...
Hanya tuhan boleh memisahkan kita...
Untuk sayang, abang sanggup buat apa aje..."



KEMBANG TEKAK aku dengar ayat-ayat tu...tengah baru bercinta...seronok la...SEMUA SERONOK...janji macam-macam...aku bukan PREJUDIS...bukan JELES...tapi sebenarnya aku sukar nak percaya dengan kata-kata manusia...pada aku...manusia ni SANGAT PANDAI BERKATA-KATA...BERJANJI MACAM-MACAM...bila tiba masa, satu pun tak mampu ditunaikan...

"...WAKTU SUKA KAU LAH SYURGA...WAKTU TAK SUKA KAU LAH NERAKA..."


Bercakap memang mudah...tak perlu kita cakap tentang janji la...tapi d main point is DO U REALLY MEANT IT??? atau sekadar nak sedapkan hati...atau juga sekadar nak BERMULUT MANIS??? aku dah cukup muak dengan janji...dengan kata-kata manis...sebab tu kalau ADA ORANG BERCAKAP MANIS dengan aku, memang aku tanya macam-macam...aku akan tanya sampai dia penat nak jawab, dan akhirnya tak terjawab....hahahahahaha

Hakikatnya manusia...tetap suka berjanji macam-macam...tak perlu kita tengok contoh tentang cinta la...tapi kalau kita tengok YANG BERHORMAT sendiri pun, masa nak pilihanraya, macam-macam dijanjinya...dah dapat...jangan harap dibuatnya...adat dunia macam ni la...kenapa mesti jadi macam ni???


RASANYA SEBAB MANUSIA DAN KATA-KATA TU DAH SEBATI...ramai orang suka bercakap...ramai orang bercakap apa je yang dia suka...MAIN HEMBUS je...cuba fikir dulu sebelum cakap...

KESIMPULANNYA...rasanya itu memang manusia..kalau manusia tak bercakap ni mesti dia BISU...hahaha...cuma pengajarannya TOLONG LA JAGA PERCAKAPAN ANDA...jangan jadi MOLOT JAHAT...jangan BERJANJI SANA SINI... 



KERANA MULUT BADAN BINASA...
SO WATCH OUT!!

Wednesday 16 January 2013

karangan ke enam - Ajal Itu Rahsia Allah

Setelah 6 bulan berlalu...akhirnya aku kembali BERGYMBA...aktiviti harian sekian lama yang terpaksa aku lupakan...dan aku bertekad, selagi aku bernafas, aku akan lalui hidup ini dengan tabah...JOM BERGYMBA =)


Sejak Jun 2012...aku terpaksa melupakan aktiviti ni...berat badan mula menyusut...dr 67KG kepada 57KG...tp aku anggap semua tu ujian dari Dia...apabila incik doktor suspek aku ada CANCER, aku rasa hidup aku dah tak ada makna lagi...muka dah cengkung...badan dah tak ada isi...tulang je yang tinggal...aku rasa hidup ni mcm HITAM, GELAP dan TAK BERMAKNA lagi...

Tambah pulak bila incik doktor cakap mcm ni... "...KAMI CUMA SUSUPEK...KALAU IKUTKAN KEADAAN AWAK NI TERUK...KONDISI AWAK SANGAT LEMAH...TAPI KALAU BETUL HIPOTESIS YANG KAMI BUAT NI KAMI MENJANGKAKAN AWAK HANYA BOLEH BERTAHAN 6 BULAN SAJA..."



GILA KO!!! ADA ENAM BULAN?? kegilaan apakah ini?? terduduk aku di belakang hospital...menangis berjam-jam...dan aku tak tahu berapa lama aku menangis...bengkak-bengkak mata masa tu...dan aku tak tahu kepada siapa aku nak mengadu...aku kuatkan semangat...kuatkan hati...dan aku bertekad, "...KALAU INI SAJA MASA YANG MASIH TINGGAL, AKAN AKU LALUI SEMUANYA DENGAN SENYUMAN..."




Bayangkan...betapa aku hilang semangat untuk hidup...dan di ketika ini UJIAN ILAHI tiba lagi iaitu  ORANG YANG AKU SAYANG dan sangat aku perlukan di saat-saat genting ini perlahan-lahan menjauhkan diri dari aku...aku bagaikan hilang tempat bergantung...aku rasa, apa guna lagi aku hidup dalam keadaan bersedih...tambah pula bila aku dapat tahu DIA ADA SKANDAL LAIN...bertambah sakit aku memikirkannya...


Perlahan-lahan aku cuba pulihkan keadaan diri dan semangat....aku bangun dan bangkit...sebab aku memikirkan EMAK...dan aku perlu bangkit untuk EMAK...selama enam bulan berulang alik aku menderma duit pada hospital...dan dalam tempoh 6 bulan ni, aku dah habiskan semua duit simpanan aku...lebih kurang RM 15 RIBU...

Melihat emak menangis setiap hari menjadikan aku kuat dan tabah...walaupun aku tahu aku tak mampu melaluinya...aku kuatkan hati...aku tabahkan semangat...setapak demi setapak aku mengorak langkah untuk bangkit...pedih dan sangat menyakitkan...KEJUJURAN DAN KENYATAAN ITU KADANG KALA AMAT MENYAKITKAN...cuma anggaplah ia sebagai satu ujian ILAHI...dan REDHA dengan ketentuanNya...

AKU TAK SUKA ORANG TENGOK AKU DALAM KEADAAN AKU SAKIT...dan kerana itu, aku melarang sesiapa sahaja melawat aku di hospital...aku kata pada emak... "...ramai cik misi jaga dekat sana...mak jangan risau la...hehehehehe..."

CANCER...satu perkataan yang sangat menghantui aku sampai ke hari ini...doktor tak mampu sahkan apa-apa walaupun dah enam bulan berlalu...darah aku dah bergelen diambilnya...tapi tak dapat kenal pasti sakit apakah ini...sampaikan pernah sekali, aku ditahan 7 hari...ada 4 orang PAKAR mengadap aku...macam TIKUS MAKMAL aku dibuatnya...sakit...dan maha sakit...ALLAH saja yang tahu betapa aku menangis saban hari dan malam menahan sakit...

Pelbagai rawatan aku terima...dari satu mesin ke satu mesin...sampaikan aku dah kenal semua CIK MISI & INCIK DOKTOR dekat COLOMBIA ASIA HOSPITAL ni...huhuhuhu...

Hakikatnya, ALLAH masih mahu aku hidup...walaupun jangka awalnya aku cuma boleh bernafas untuk 6 bulan, tapi saat ini aku telah bernafas semalam 6 bulan 16 hari...aku bersyukur...walaupun jiwa aku masih belum tenang, tapi aku lalui semuanya dengan TABAH dan CEKAL...kalau saat ni ALLAH TAALA mahu membawa aku pulang ke pangkuanNya, AKU REDHA...sesungguhnya dari Dia kita datang dan akhirnya kepada dia kita akan kembali...

Hari ini, walaupun semua doktor masih buntu untuk menentukan tahap kesihatan aku, tapi aku dah boleh kembali ke dunia aku semula...aku dah bangkit...aku masih berulang alik ke hospital...sebulan 2 kali...penat sangat, tapi kalau itu yang boleh membuatkan aku terus hidup, aku akan lakukan...dan aku berjanji AKU AKAN TERUS HIDUP SEHINGGALAH SAAT ALLAH MENJEMPUT AKU PULANG...




Tuesday 15 January 2013

karangan ke lima - Berguling-guling Dipatuk Si Senduk

"...malam ku bermimpi hai dengan satu bintang...berkata-kataku di jendela..."

Masalahnya aku mimpi dipatuk ular...KEGILAAN APAKAH INI?? bila cite kat mak aku, punya la dia gelakkan aku pagi-pagi buta...aiyooo...ada ke yang nak datang MEMINANG ni???

Aku punya hantaran tak susah nak cari...ada 7 je...kalau MAMPU bleh dialu-alukan ambik borang, isi n submit...wakakaakakakakaa

1.   KAPAL LAYAR SEBIJIK...SILA PARKING KAT DANGA BAY
2.   KERETA FERRARI
3.   BULANAN DUIT SAKU RM 25K
4.   ADA ELAUN SUKA RIA SEBULAN RM 10K
5.   AKAN BERJANJI MEMBUATKAN AKU SENTIASA TERSENYUM...KALAU MUNGKIR 
      JANJI MAKA SANGGUP MAKAN RACUN TIKUS 8 KOTAK =)
6.   DAPAT BELIKAN AKU TANAH ESTET BARANG 500 EKAR
7.   SYARAT TERPENTING AKU IALAH DIA DIKEHENDAKI UNTUK MENJAGA HATI    
      AKU SEUMUR HIDUPNYA...SEBAGAIMANA AKU AKAN JAGA HATINYA... (syarat ni  
      kompom tak mampu nak tunai kan???)


Macam kelakar bunyinya...hahahah....

Tapi aku simpulkan rezeki berkaitan perkahwinan la kot..aku kan TERJEBAK ngan dunia fotografi ni...mana tau rezeki mencurah pasni...ni pun de orang offer jadi model pengantin...NAK G KE TAK??? masih berfikir...

Aku percaya pada rezeki ALLAH...kalau ada rezeki, ada la...kalau tak ada, CARI LA SAMPAI CELAH DUNIA PUN, takkan ada...perniagaan macam ni la..kejap ok...kejap surut...cuma aku YAKIN 200% yang pelanggan aku berpuas hati dengan hasil kerja aku...ni link aku...mana tau de yang berminat, just contact je...harga bleh kawtim maaa.... =)

http://www.facebook.com/pages/Otai-Creative/172913889429464

Monday 14 January 2013

karangan ke empat - 3 Ujian Terhebat Di Awal Tahun 2013

Baru beberapa waktu berlalu di tahun 2013...aku rasakan aku tak mampu nak habiskan tahun ni...SUBHANALLAH...tahun 2012 berlalu dengan penuh KESAKITAN...KEPEDIHAN...dan AIR MATA...cukup la...bagi la HATI ini rehat buat seketika untuk dia kenal erti KETENANGAN...


UJIAN PERTAMA



Seawal tahun 2013 aku menerima satu tamparan hebat...seorang insan yang PALING AKU SAYANG membuat keputusan untuk meninggalkan kasih sayang yang telah dibina selama ini...sejujurnya, HINGGA KE HARI INI AKU MASIH SANGAT TERLUKA...jiwa aku kosong...dan aku cuba mencari di mana lagi ruang untuk aku berpijak dan berpaut... entah dimana salah dan silapnya, dari hari ke hari hubungan makin renggang...aku menerimanya seadanya...aku lakukan apa saja...segalanya aku kongsi bersama...jadi bila dia tiada AKU RASA SANGAT KOSONG...SANGAT LUKA...AKU KOSONG...KOSONG...KOSONG...

Kalau ada yang berkata carilah TEMAN PENGGANTI....mengertilah aku takut...aku TAKUT DILUKAI lagi...ada 3 perkara yang aku inginkan dalam sebuah perhubungan

1.   KASIH SAYANG
2.   PERHATIAN
3.   KEPERCAYAAN

Aku sangat yakin aku mampu memberikan 3 perkara ini kepada orang yang aku sayangi...malah lebih dari itu...tapi PERSOALANNYA MAMPUKAH ORANG YANG AKU SAYANG MEMBERI BENDA YANG SAMA...ATAUPUN MEMBERI SATU SAJA DARI PERKARA DI ATAS?? oleh itu, aku rasa bia la aku macam ni...hidup dalam kenangan...dia selalu cakap...DIA SAYANG AKU...tapi semuanya tu mungkin hanya di bibir...di hati??? aku tak pasti...sebab aku bukan sesiapa pun dalam hidup dia...



DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH DAN PENYAYANG...aku doakan beliau bahagia...walau dimana pun beliau berada...tidak sedikit pu aku MARAH...atau BENCI...cuma aku KECEWA...sampaikan MAKAN DIRI...tapi jangan risau...aku paham...dan aku 200% YAKIN BAHAWA TAK KAN ADA ORANG YANG AKAN LEBIH MENYAYANGI DIA SEPERTI YANG PERNAH AKU KORBANKAN....moga kau bahagia...hingga ke akhir hayat...

Pesanan aku...JANGAN ULANGI APA YANG PERNAH KAU LAKUKAN KEPADA ORANG LAIN...dan JANGAN PERNAH MENGUCAP APA-APA JANJI SEANDAINYA KAU TAK MAMPU TUNAIKAN....sebab setiap JANJI yang dilafazkan akan menjadi duri yang cukup tajam jika tak mampu ditunaikan sehinggakan HATI INI HILANG BENTUKNYA...


UJIAN KE DUA


Tahun 2013 menempatkan aku kerja di tempat baru...suasana baru...dunia baru...selaku seorang PENDIDIK aku melalui semuanya dengan REDHA...walaupun rasanya tak ada siapa pun yang MEMAHAMI...

aku tak paham dengan tindakan pihak kementerian...SEBOK WAT DASAR SANA SINI...tapi pernah tak diorg cuba untuk DUDUK DAN MENGAJAR DI SEKOLAH?? sedar tak mereka bahawa banyak masalah wujud di sekolah...?? terutamanya yang tak tahu bercakap dan faham bahasa melayu....SEBOK DENGAN PPSMI...SEBOK DENGAN MBMMBI...SEBOK NAK MEWUJUDKAN PERPADUAN...sedarlah pemimpin semua tu bermula dari sekolah...PERPADUAN HANYA DAPAT DIPUPUK DENGAN SATU BAHASA...dan sekolah adalah agen pembentukkan perpaduan...kalau dah sedar, kenapa masih wujud SEKOLAH PELBAGAI ALIRAN?? wujudkan satu aliran sahaja sudah memadai...sebab apabila wujud banyak aliran maka, WUJUD SATU JURANG YANG AKAN MENJARAKKAN PERPADUAN KAUM...entah apa yang difiirkan oleh pihak kementerian, aku pun tak tau...

Kadang2 aku rasa sangat PLASTIK...makin lama hilang rasa hormat murid pada guru...HAK KEKEBALAN MURID MAKIN KUAT...nak marah tak boleh...pukul tak boleh...sampaikan di hari pertama persekolahan, SEMUA MURID TIDAK DIBENARKAN MENGANGKAT KERUSI DAN MEJA SENDIRI...SEMUA KELAS KENA PENUH DENGAN MAKLUMAT...habis siapa yang nak buat semua tu?? CHEGU??

SUBHANALLAH....makin dimanjakan, makin macam SETAN perangai bebudak kat sekolah...aku akui, aku stress dengan dunia pendidikan...sampaikan aku rasa aku nak tukar kerja...PINDAH JABATAN LAIN...aku lemas dengan sistem pendidikan yang cantik ATAS KERTAS saja...semua kos cikgu kena tanggung...latihan murid...cikgu kena fotostat...semua duit sendiri...bukan nak berkira, tapi SAMPAI BILA CIKGU NAK DIANGGAP BALACI DAN HAMBA KEPADA MASYARAKAT???



Kalau berjaya, SORANG PUN NAMA CIKGU TAK DISEBUT...semuanya memuji sekolah...tuisyen...pandai bagi masa...KALAU GAGAL cikgu jugak yang ditunding jari...salah cikgu...cikgu tak pandai mengajar...cikgu tunjuk contoh tak baik...WAJARKAH????

Dan kerana itu lah, aku rasa RAMAI GOLONGAN CIKGU YANG MENGHUNI TANJONG RAMBUTAN, HOSPITAL BAHAGIA, dan TAMPOI....


UJIAN KE TIGA

Tak ada seorang pun manusia kat dunia ni tak nak bahagia...semua orang nak bahagia dengan acuan sendiri...dengan pilihan sendiri...dengan cara sendiri...tapi bila ramai sangat MAK JEMAH, KIAH dan SENAH masuk campur, rasanya itulah yang sangat merimaskan...


PERKAHWINAN...satu perkataan yang aku dah keluarkan dari LIST HIDUP aku...nak tahu kenapa??
sebab aku dah hilang KEPERCAYAAN pada CINTA...pada aku CINTA tu satu perkataan yang mudah diungkapkan...mudah untuk disebut...mudah untuk luahkan...tapi MAMPUKAH ORANG MENJAGANYA SEBAIK AKU PERNAH MEMELIHARANYA??

SEMUA ORANG PUSH AKU KAWEN...aku tak mampu nak puaskan hati semua orang...aku rimas dengan permintaan itu...tolong la...tolong la faham...aku yakin aku mampu hidup sendirian...aku serahkan semua pada TAKDIR ILAHI...aku dah letih...letih dengan semua ni....tolong la...jangan  seksa hidup aku...dan JANGAN SAMPAI AKU BUAT KEPUTUSAN UNTUK KAWEN HANYA SEKADAR NAK PUASKAN HATI SEMUA ORANG...nanti lagi buruk padahnya...

Aku akui, ramai sekarang yang nak kenal ngan aku...nak "kawan"...kononnya...dan bukan aku nak MERIAK DIRI...tp hakikatnya aku tau aku ada daya penarik tersendiri...walaupun aku tau tak TAK SEHENSEM mana pun, tapi aku mampu menarik minat org untuk mengenali aku...setakat kawan biasa boleh je...tapi...nak lebih2...sorry...bukan semua orang boleh kenal rapat dengan aku...


SOALAN APAKAH ITU??? perlu ke bila da ada semua tu kena BERDUA??? KEGILAAN APAKAH ITU??? aku bahagia dengan hidup aku sekarang...untuk apa aku nak berdua hanya semata-mata nak puaskan hati semua orang...apa diorg ingat dengan hidup berdua je manusia ni akan bahagia?? tak paham aku...tak paham...dan tak paham...

cuma satu benda la...KALAU MEREKA DAPAT MENYELAMI APA YANG AKU LALUI, AKU YAKIN MEREKA TIDAK AKAN PERNAH LAGI BERTANYAKAN SOALAN YANG SAMA....




HATI INI TELAH HILANG BENTUKNYA

Meniti soalan itu membuatkan aku stress...tensen...korang paham x??? apa masalah diorg tu??? kdg2 family aku pun dah terikut2 dengan pendapat diaorg...nak aku KAWEN...

Puiiiii.....

Tunggu tahun gajah la...hahahaha


Itulah ujian2 yang aku lalui seawal tahun 2013...aku tak yakin aku mampu ujian lagi...sebab terasa hati ni da tak mampu menanggung apa2 pun...kekuatan aku ada batasnya...kesedihan ini ada ruang batasnya...

Bagi yang membaca blog ini...fahami lah...aku hanya manusia biasa..yang hebat diuji...ujian demi ujian hingga membuatkan aku tumbang tersungkur...aku menangis seorang diri...aku kuatkan hati ini...walaupun pedih aku terus melangkah...semamangnya aku nak bahagia..tp ada ke lagi ruang untuk itu... Wallahu Alam...

Friday 11 January 2013

karangan ke tiga - Menghargai dan Dihargai


satu benda yang selalu menghantui kita ialah RASA DIHARGAI DAN MENGHARGAI....
pernah tak kita terfikir BAGAIMANA KITA MENGHARGAI ORANG LAIN?
pernahkah kita rasa PERASAAN INGIN DIHARGAI SETELAH KITA MENGHARGAI ORANG LAIN?

sepanjang hidup aku banyak perkara yang aku pernah lalui...kekejaman manusia terhadap perasaan cukup menyakitkan...bukan la bermakna aku ni JIWANG TAHAP BABUN, cuma rasanya tak salah kita bercakap tentang perasaan...kan??

dulu...aku pernah JATUH CINTA...hebat cinta itu...bagaikan tak mampu untuk dilupakan..diabaikan...aku sangat menghargai...semuanya aku korbankan...hati, perasaan, masa, tenaga, duit...dan semua yang ada untuknya...aku tak minta apa2 balasan selain dari kasih sayang...in d end, aku jd mcm sampah...mcm gambar di atas...rasa rindu tu akhirnya diletakkan hanya di KAKI...BUKAN DI HATI...

pernah terfikir juga, kenapa dulu aku kau sayang, sekarang aku kau abaikan? tp jawapannya tetap sama...SEDANGKAN SUNGAI BERUBAH, INIKAN PULA HATI MANUSIA...manusia tu cukup dengan sifat kejam....jadi terimalah...KESAKITAN dan PENDERITAAN itu lumrah dan sudah sebati dalam hidup manusia...

perlu ke kita sakiti orang lain hanya untuk membalas rasa sakit itu? rasanya tak perlu...teringat kata-kata seorang teman...dan mak aku pun selalu cakap benda yang sama...BIAR ORANG BUAT KITA, TAPI JANGAN KITA BUAT ORANG...walaupun sakit, aku lalui jugak...


dalam kesakitan itu, aku cuba bersangka baik...kepada semua orang...aku TAK KAN BOLEH MENJADI SEORANG MANUSIA YANG PENTINGKAN DIRI SENDIRI....aku akan bantu sesiapa sahaja, walaupun ORANG ITU PERNAH MELUKAKAN HATI NI DENGAN MAHA DAHSYAT...rasanya luka itu tak pernah sembuh dan aku rasa HATI INI HILANG BENTUKNYA...

aku teruskan hidup...sampai ke hari ini...mungkin sekarang aku menghitung hari untuk menemuiNya...tapi keajaiban berlaku...hari ni GENAP 5 BULAN...betol kata orang lain, doktor juga seorang manusia...yang hanya meramal...selagi aku masih bernafas, aku nak buat sesuatu iaitu SENTIASA BERBUAT BAIK DENGAN ORANG LAIN...dosa dengan ALLAH mudah terampun sebab Dia PENGASIH dan PENYAYANG ...tp dosa dengan manusia, sampai ke Titian Siratolmustakim dituntut selagi tiada kemaafan...manusia tak layak menjadi hakim kepada manusia yang lain...mungkin dimatanya kotor dan hina, tapi di sisi ALLAH siapa yang tahu...Wallahu 'Alam

walau apapun, kepada meraka yang pernah LUKAI, SAKITI, HANCURI dan MEMPERGUNAKAN aku, aku ampunkan dunia dan akhirat...dan AKU AKAN TERUS BERJUANG UNTUK HIDUP SAMPAI TIBA WAKTUNYA...sebab aku rasa HIDUP ITU DI TANGAN ALLAH, BUKAN MANUSIA...lalui hidup dengan sabar walaupun sakit dan pedih saja rencah yang masih ada...

Wednesday 9 January 2013

karangan ke dua - Orang Johor dan "Kemanisan"

2 hari ni rasa gembira bersama dengan seorang teman...jauh2 dia datang sini...aku pun entertain la apa yang patut....huhuhuhu
g keluar tanpa memikirkan apa2 yang menyemakkan...cuma ada sikit kata2nya yang dikeluarkan...n kata2-kata-katanya ni wat aku tersenyum sendiri...NAK TEPUK JE DAHI BELIAU LAJU2...

ORANG JOHOR NI RAMAI YANG "MANIS"

MANIS = GELAP a.k.a HITAM a.k.a ERENG

ceit...tak syg molot kan beliau ni...hitam2 si tampuk manggis tau...walau hitam dipandang manis... =)
sesuka je ngata org Johor...bia itam kat lua, jangan itam kat hati....hehehehhehe



budak kecik ni kalau ckp tak de perasaan sangat...korg kenal BETTO KHUSYAIRI tak?? yg berlakon cite ISTANBUL AKU DATANG tu...mcm tu la orgnya =b
suka tengok cermin belakang kat motor atau dlm LRT...pastu senyum2 sendiri...gagagagagagagagaga =b

sifatnya sama jek...cara marahnya...cara cakapnya...kdg2 memang TAKDE PERASAAN LANGSUNG @_@

dan aku sangat selesa ngan beliau....beliau pendengar yang baek...banyak bantu aku...banyak bantu pulihkan semangat aku yang pernah runtuh n hancur beberapa ketika dulu...waktu aku tak de tempat nak ngadu...waktu aku sesat dalam diri aku...waktu aku rasa hidup aku dah tak de makna lagi... TQ YE INCIK SWEET TALKER

rini dia da balik semula ke umah beliau...dah nek keje katanya...kalau ikut ati nak je aku tahan beliau beberapa hari lagi...sebab kat sini aku xde kawan...sume kawan2 dah BERDUA...payah nak hang out...huhuhu

nway...pesanan untuk beliau....HITAM2 SI TAMPOK MANGGIS =='
pe2 pun thanks...n BIG THUMB UP FOR HIM...memenuhi masa terluang aku untuk beberapa ketika...de masa nnt sila datang lagi...aku bw g berpoya2 tempat yang lebih menarik di JB ni... =D


Sunday 6 January 2013

karangan pertama - Permulaan Sebuah Hidup

dunia baru...dunia tanpa harapan...hanya meneruskan perjalanan sebagaimana yang telah ditetapkan ILAHI...

BUKU KARANGAN HATI II dibuka untuk aku memaparkan setiap detik yang berlaku dalam hidup ini...suatu ketika dahulu pernah aku menulis dan memiliki blog...namun terpaksa aku menutup blog itu...banyak kisah yang tak mampu ungkapkan dengan kata-kata...pedih hati ini...


benarkah?? tak de yang faham la...tak kan ada yg faham...dan kerana itu....jangan tanya kenapa aku tak pernah ada lagi harapan dalam hidup...aku cuma buat segalanya yang terbaik...ya...yang terbaik untuk orang lain...