ADA YANG MEMERHATI

Tuesday 21 May 2013

karangan ke empat puluh dua - Karma

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH DAN PENYAYANG

K.A.R.M.A
mungkin hanya satu konsep di mana pembalasan...dari konsep bahasa K.A.R.M.A diambil dari saduran Bahasa Sanskrit...yang mana masyarakat Hindu percaya bahawa hidup ini akan ada pembalasan...bukanlah aku bermaksud mahu membawa ajaran Hindu dalam penulisan kali ini tapi aku pinjam perkataan K.A.R.M.A sebagaimana Bahasa Melayu sendiri meminjam perkataan itu dari Bahasa Sanskrit... =)


Tertanya-tanyakah pembaca sekalian....mengapa isu karma yang hendak aku timbulkan?? apakah sinkronise untuk kita bincangkan...maca serius je kan bunyinya?? tapi bia kali ni aku jadi serius...sebab pada aku manusia tak faham erti K.A.R.M.A...mengapa kita perlu menjaga hati orang lain?? kerana takut akan pembalasan di dunia??? atau apa?? 


#CERITA 1

Ada seorang hamba Allah...mengorbankan seluruh jiwa dan raga...membantu setiap apa yang diperlukan oleh orang yang disayanginya...selama 2 tahun dia menghambakan diri...menyayangi...walaupun kadang kala dia rasa dia terabai...walaupun kadang kala dia rasa dirinya tiada makna untuk orang yang disayangi...

Setiap saat dia tidak henti-henti mengharapkan balasan SMS yang dihantar....beratus-ratus duitnya dihabiskan hanya untuk membayar bil telefon kerana hanya dia yang menelefon si dia...sedangkan si dia langsung tak pernah nak ambil peduli...

Saban hari hatinya terdera...senyuman di bibir hanya penghias kepada khalayak yang memandang...tapi adakah disebalik senyuman itu dia gembira...setiap minggu di berulang alik menemui si dia...walaupun jauh...walaupun kadang kala dia tidak berwang...walaupun kadang kala dia terpaksa melakukan apa sahaja, tapi dia tidak pernah dipedulikan...

Sehingga di suatu hari dia tekad...untuk membuka HP si dia...kandungan di dalamnya sungguh menyeksakan jiwa raganya...dia menangis...dan menangis...sehinggakan dia tak mampu bertahan lagi...rupa-rupanya si dia memiliki skandal lain...segala pengorbanannya bagaikan sia-sia...dan bermula dari itu dia jatuh sakit...sakitnya makin kronik sehinggakan mungkin dia tidak mampu bertahan lama lagi...

Sepanjang tempoh dia sakit, si dia langsung tak pernah ambil peduli...dia gagahkan diri untuk ke hospital seorang diri...menongkat segala kesakitan hingga dia rebah...dia rebah apabila si dia meninggalkan dia dalam keadaan yang sungguh mengharukan...saban hari dia menangis...dan menangis...bersedih...berduka...semua itu bagaikan sudah sebati dengan jiwanya...

Di saat itu dengan kuasa Sang Pencipta...seorang insan hadir dalam hidupnya...memberikan dia sinar untuk teruskan kehidupan walaupun insan yang hadir itu tahu bahawa hidupnya tak lama...dia berikan satu perasaan...dia lahirkan satu perasaan yang tidak pernah dirasai sebelum ini....walaupun dia tahu insan yang hadir itu tidak mungkin memilih dirinya untuk dijadikan teman hidup walaupun sementara...dia redha...itulah hidup..tidak semua yang kita mahukan akan menjadi milik kita...

Setelah hampir 6 bulan berlalu...bekas kekasihnya datang semula...meminta dia kembali...merayu...alasannya kerana dulu dia bodoh...tak tahu menilai....dia telah dipermainkan oleh kekasih barunya...yang tidak tahan dengan karenahnya...katanya "...kau terlalu baik...dan aku terlalu bodoh kerana melepaskan kau dulu..."

Dia tersenyum...dalam hatinya berkata....ITULAH K.A.R.M.A...dia meneruskan perjalanan tanpa menoleh ke belakang semula...


#CERITA 2

Dalam meniti kehidupan seorang diri...akhirnya ALLAH mengurniakan seorang insan dalam hidupnya...mereka berkasih-kasihan...berkongsi rasa sayang dan kasih...segalanya...si dia membawa dia masuk ke dalam keluarganya...menjadi sebahagian dari keluarga itu...

Sedar atau tidak..sudah 2 tahun berlalu...mereka masih akrab...walaupun jauh itu bukan persoalan...masing-masing sanggup merentas perjalanan yang jauh hanya untuk bertemu...hanya senyuman dan kegembiraan yang ada di hati mereka...perasaan yang berbunga-bunga itu bagaikan tidak akan gugur lagi...SMS sudah beribu-ribu rasanya...telefon setiap masa...wang ringgit bukan penghalang...itulah tanda kasih sayang...tiada apa yang mampu menghalangnya...

Untuk si dia, dia sanggup melakukan apa sahaja...wang ringgit bukan ukuran...hidupnya bagaikan disinari cahaya bulan purnama di kala kegelapan malam meliputi kekelaman...hatinya bagaikan disirami dengan air mawar yang sentiasa harum...langkah sentiasa yakin tanpa sebarang kesangsian...si dia tetap di hati...walau ditukar ganti dengan sesiapa pun...dia tak akan berubah hati...

Namun, sejak akhir-akhir ini dia rasa sunyi...si dia tidak lagi seperti dulu...SMS tidak berbalas...dan rasanya sudah hampir sebulan lebih tiada SMS atau pun telefon...dia rasa sedih...dia rasa sangat pilu...hatinya luka...rindunya pada si dia bagaikan gunung berapi yang mahu meletup...menggelegak...tapi...apakah gunanya jika hanya dia yang merasainya...mengapa ini terjadi?? sedangkan dia cukup setia...tidak pernah terlintas di hatinya untuk mencari yang lain...

Kalau kata sibuk, kenapa dulu boleh? kenapa sekarang tak boleh? sudah jumpa orang yang lebih baik? tak cukup ke jika ada seorang insan yang yang menyayangi kita sepenuh jiwa? apa salah dirinya? walaupun dia tersenyum setiap hati tapi siapa tahu apa yang ada di hatinya?? luka?? pedih?? rindu?? sedih??

Pernah tak dia rasa apa yang orang lain rasa?? kenapa mesti hadir kalau hanya untuk menyakitkan?? Apakah ini si dia tak takut pada KARMA?? apa yang dilakukan adalah satu perkara yang paling BODOH!! meninggalkan orang yang sayang dirinya sepenuh hati...ya...DIA BODOH!!


#KESIMPULAN

Dari dua kisah ini...jadikan sebagai panduan...aku agak ANTI dengan manusia yang digelar pengkhianat dan tak tahu erti BERSYUKUR...aku BENCI...dan sangat benci...susah sangat ke nak hantar SMS??? susah sangat ke nak dail nombor telefon??? serius....MEREKA BODOH!! mungkin jalan ceritanya hampir sama...cuma tak serupa...walau apapun....jangan takut dan jangan risau...ALLAH maha adil...setiap perbuatan ada balasannya....mungkin kita berdosa dengan ALLAH...banyak dosa yang kita lakukan...tapi kita kena ingat...ALLAH MAHA PENGASIH DAN PENYAYANG...seberat mana pun dosa itu, pasti akan terampun...selain syirik...tapi...sesama manusia?? terampunkah?? selagi tiada keampunan...selagi itu...akan dikira hingga ke mati...mungkin kita boleh MEMAAFKAN apa jua yang dilakukan...tapi hukum tetap hukum...ALLAH itu adil...itulah yang aku nak cakap...K.A.R.M.A...larilah sejauh mana pun...kau tetap akan dihukum...

6 comments:

target=”_blank”Acik Riotaro said...

Allah itu maha adil..
kuatkn smgt yea mbh..
jgn stress sgt..
jga kchtan..

target=”_blank”mr broken heart said...

ACIK

kita perlu faham...dan mengerti erti sebuah hidup...dan setelah itu...mungkin kita akan berhenti dari menyakiti orang lain

target=”_blank”Unknown said...

Crita ni memang REALITI kan ?
Sometime kta ms8 orang..orang pulak tak BALAS..
Spe tak sakit hati ?!
Btul kata mbh..ape ssah sangat ke nak balas !

#atootoo~ ><"

target=”_blank”mr broken heart said...

Ini la realiti hidup...kdg2 kita perlukan org tu...tp apakan daya...kita ni bukan sapa2..maka bia je la

target=”_blank”Unknown said...

Masa kita perlu kan dia..time tu laa dia takde..
Tapi bila dia PERLUKAN kita..time tu baru lah terkedek~kedek datang kat kita..
Kita nak bagi info yang penting..dia pulak yang biat bodooohh je..
Bila kita hanta info penting..dah lah tak balas..pastu esok jumpe..cakap kita merepek..memang tak laa lepas nih.. =='

target=”_blank”Unknown said...

sokong MBH lahhh...100 %

untuk 1st story...sy boleh bagi kemaafan pada manusia tebu tu...but to be honest...sy takkan bagi peluang ke 2...cukuplah nak kemaafan sy dah bagi...tp untuk dia berdiri disebelah sy sorry....takkan mungkin terjadi melainkan Allah berkehendak...sy memang tak boleh...tengok orang muka seiras pun sy tak mampu MBH...

untuk 2nd story...sy rasa biar masa menetukan...kalau betul dia sayangkan sy...at the end dia mesti datang pada sy...penat berusaha mencari...dan macam pengemis pada orang macam tu..so tunggu insan yg Allah hadirkan aje lah...hehe

panjang pulakk ye