ADA YANG MEMERHATI
Monday, 18 February 2013
karangan ke dua puluh satu - Tajamnya Lidah
# MBH tak tahu nak cakap apa lagi...describe la apa yang aku rasa melalui sekeping gambar...sebentar tadi dapat satu call...dari seseorang yang tanpa RASA SEGAN SILU mengeluarkan KEBIADABAN pada aku...sampaiakn aku tak mampu balas apa-apa sebab cukup melukakan...dan AKU REDHA...cuma, tergamak cakap macam tu...ingat aku gila duit ko sangat ke??aku tak makan DUIT kau walau satu sen pun...terima kasih atas kata-kata tadi...TERIMA KASIH...
karangan ke dua puluh - Bila Hati Berbisik III
Kala ini...aku berseorangan...tanpa sebarang teman...duduk di bangku...dalam office di mana semua orang tiada di sini...memikirkan apa yang berlaku ke atas diri ini sejak kebelakangan ini...
Entah di mana aku nak letak hati ini...dahulunya ianya hancur...
BERKECAI...DIHEMPAS...DICAMPAK...hancur tanpa ada bentuk lagi....dan dalam masa yang sama, ada insan datang membentuk semula...membentuk sebagaimana bentuk yang sepatutnya...akhirnya, ia DIBAKAR oleh satu perasaan...sehinggakan aku terbakar...di akhir penantian, ianya terus terbakar hingga hangus semula...dan tiada bentuk lagi...
Itulah putaran hidup..datang dan pergi...semua yang melibatkan perasaan umpama angin...aku tak mahu jadi seperti KISAH MANUSIA DAN UDARA...aku tak mahu jadi manusia yang PENTINGKAN DIRI SENDIRI...dan dalam hidup ni aku sedar bahawa, aku kena kembali kepada siapa aku...lahirnya aku ke dunia ini adalah untuk menjadi penghibur sesiapa...aku meletakkan diri orang lain jauh lebih bermakna dari diri sendiri...sebab aku mula sedar dalam keadaan sekarang AKU TAK BOLEH LETAKKAN APA-APA HARAPAN DAN IMPIAN...sebab aku pernah berkata...UNTUK APA ADA IMPIAN AKLAU SEMUA TU MEMBUNUH TANPA SEDAR...
Kadang kala aku tersenyum..memandang sekeping gambar yang sangat aku suka...sebab dengan gambar itu membuatkan aku tersenyum...tersenyum dan tersenyum...walaupun aku dalam keserabutan dan kekusutan, namun aku masih boleh tersenyum...tersenyum memandang sekeping gambar...KEGILAAN APAKAH INI?? dan akhirnya aku diam...duduk diam-diam...
Kadang kala aku rasa mahu lari jauh...sebab aku malu..tapi AKU KAN PLASTIK...aku ialah PELAKON TERHEBAT...semua ujian yang datang selama ni aku lalui dengan senyuman...walaupun adakalanya aku menangis sendiri...menangis bukan bermakna aku lemah...itu lambang aku telah puas bertahan...
Dulu, selama hampir 3 TAHUN...aku jadi seorang PENGEMIS...aku MENGHAMBAKAN DIRI pada manusia yang tak pernah langsung nak memahami dan memberikan sesuatu makna dalam hidup aku...kini, BILA AKU DAH TAK ADA APA-APA DALAM HIDUP DIA, kenapa mesti cari aku lagi?? APA PERLUNYA AYAT-AYAT MANIS SEMUA TU?? aku dah lali...dah muak...dan adakalanya aku jadi benci dengan kata-kata manis...SANGAT TEBU!!
Seharusnya, dalam keadaan diri aku sekarang, aku tak boleh pentingkan apa yang aku rasa...kala aku rasa nyawa hanya di hujung tanduk, aku perlu pinggirkan semua rasa yang datang...dalam keadaan aku rasa aku bagai tak mampu menanggung apa-apa seksa lagi, aku seharusnya membuang semua rasa yang tak sepatutnya datang itu...APA YANG AKU MAHUKAN LAGI SAAT INI?? hidup entah berapa lama lagi, tapi masih ada perasaan pada orang lain...tapi, tak layakkan aku mendapat kasih sayang?? orang yang nak mati memang tak boleh dapat kasih sayang ke?? walau apapun, aku faham...KASIH SAYANG BERMAKSUD PENGORBANAN... dan aku akan buat...aku akan tunjukkan...dont worry...im fine =)
Tapi aku sekadar seorang manusia...yang tidak akan terlepas dari kesilapan...tanpa aku duga...lahir satu perasaan yang aku sendiri tak tahu dari mana datangnya...puas aku mengelak...aku elak..aku tepis...dan aku akhirnya terpaksa tunduk...aku tak mampu elak rasa itu...aku tahu, kalaupun aku luahkan, AKU DAH JANGKA DAN AKU TAHU APA JAWAPANNYA...aku luahkan semuanya...ADA PERASAAN PADA ORANG YANG DAH BERPUNYA!!! itu bukan aku...aku takkan rampas hak orang lain...tapi siapa aku?? aku ni manusia biasa yang takkan mampu menyembunyikan semua rasa...aku juga manusia yang adakalanya terpaksa melangkah semua perasaan dan perkara yang di luar batasan aku...MAAF KALAU KATA-KATA AKU MALAM TADI MEMBUATKAN KAU RASA AKU DAH MELAMPAU...aku cuma luahkan apa yang aku rasa...walaupun aku tahu, jawapannya pastinya TAK...tak apa...aku terima...aku doakan kau bahagia dengan si dia =)
Memang...aku menangis lagi...tapi tak apa...kau tak pernah sakiti aku...kau bagi aku semangat...kau bagi aku harapan...seharusnya aku menghormati kau yang telah banyak membantu aku untuk bangun...aku cuma malu...dan terasa aku yang berlebihan...maaf...maaf...maaf...aku berjanji aku kaan kawal semua rasa ni...aku tidak akn menunjukkan apa-apa kecemburuan lagi lepas ni...dan aku akan lalui hubungan kita sebagai kawan biasa...maaf ya..aku berlebihan...
Jam menunjukkan pukul 3 petang...semua orang berebut-rebut PUNCH CARD...aku malas nak balik..nak balik petang...nak jumpa ikan-ikan di tasik..nak cakap dengan ikan...aku rindu pada semua ikan-ikan tu...tak apa lah...duduk saja dekat office...nanti petang sikit baru balik dan terus ke tasik...aku muhassabah diri dengan satu doa...MOGA KAU BAHAGIA BERSAMA SI DIA...beruntung dia dapat kau yang sangat menyayangi dia...jahat betul aku sampai nak ambil hak orang lain...maaf...aku tak bermaksud begitu dan tak berniat begitu...sekadar satu perasaan yang aku tak tahu bila lahirnya...dan aku tak mampu membuangnya...
PS
Mungkin betul...membuatkan orang lain bahagia itu sekaligus membuatkan kita tersenyum... OIT BUDAK KECIK...AKU PINJAM SEMANGAT, PANDANGAN, SENYUMAN DAN SUARA KAU UNTUK BERUSAHA TERUS HIDUP...TIBA MASA AKU PULANGKAN SEMUANYA KEMBALI...
Saturday, 16 February 2013
karangan ke sembilan belas - Memang Dasar TEBU!!
Saat ini, mata masih belum mahu terpejam...walaupun badan sangat penat...baru balik dari PHOTOSHOOT...sangat penat...terlentang...terguling...mencangkung...semua side aku ambil...tapi, mata masih tak mahu terpejam...kerana ada sesuatu bermain difikiran...yang membuatkan aku TERBAKAR...
Semalam malam...aku mendapat panggilan dari seorang teman...yang bercerita tentang BUAH HATI beliau...buah hatinya MENIPU...katanya nak pergi kerja...tapi, kawan aku ni syak sesuatu...dia pergi ke tempat kerja buah hatinya...dan kereta buah hatinya tiada...satu bandar dia pusing cari tapi tak jumpa...call tak dapat-dapat...dia off hanset dia...akhirnya dalam jam 11 malam, baru dapat...bunyi bising macam dalam KARAOKE...Lepas tu buah hatinya cakap nak makan dulu, kejap lagi baru balik...kawan aku nak ikut dia makan, sebab dia syak sesuatu...tapi, buah hatinya tak angkat telefon lagi...kawan aku ni kata, dia tak kisah kalau dia nak keluar dengan kawan-kawan, TAPI KENAPA HARUS MENIPU?? adakah nak tutup segala perbuatan CURANG tu dengan mengaburi kata NAK PERGI KERJA??
WHAT THE FISH!!
Korang tau kenapa aku tak suka?? kenapa aku TERBAKAR?? kenapa timbul rasa BENCI pada buah hati dia?? sebab DULU AKU PERNAH MELALUI SITUASI YANG SAMA...malah lebih dahsyat dari tu...hati aku bagaikan ditoreh dengan belati bila terkenang semua tu...apa kurangnya kawan aku tu? BAIK...RUPA ADA...dan aku tau, apa saja yang buah hatinya nak DIA AKAN BUAT...apa yang tak cukup lagi?? apa yang dikejar sangat...TAK CUKUP KE KASIH SAYANG YANG DIBERIKAN?? apa lagi yang dimahukan?? tak cukup ke BILA DAH ADA ORANG SAYANG PADA KITA?? sesungguhnya aku BENCI...dan TAK SUKA...TAK SUKA...TAK SUKA...
T.A.K.S.U.K.A.D.A.N.B.E.N.C.I
Tanpa aku sedar, air mata aku mengalir...kenapa manuusia spesis ni wujud di dunia ni?? dia jadi macam tu sebab dia tak pernah DILUKAKAN ke?? atau sengaja membalas dendam?? perlu ke berdendam?? bukankah kalau kita sayang pada seseorang itu, kita akan mendoakan kebahagiaan dia...walaupun bukan dengan kita...
Hati aku sebak...semua rasa berbungkam di dada...kenapa mesti MENIPU?? kenapa tak berterus terang?? kenapa mesti CURANG?? kenapa mesti MELUKAI orang lain?? SUBHANALLAH...kesetiaan yang kawan aku ebrrikan dah cukup menggambarkan betapa sayangnya dia pada buah hatinya...kenapa MADU DIBERI tapi RACUN DIBALAS??
Dulu...kalau disukat, rasanya air mata ni dah boleh dibuat pinang PUTERI GUNUNG LEDANG...luka hati aku tak terkata sakitnya...tapi aku cuba terima hakikat bahawa AKU BUKAN YANG TERBAIK...tahukah mereka yang suka melukakan orang lain ni, APAKAH RASA DILUKAI?? apakah perasaannya bila DITIPU HIDUP-HIDUP?? alasan CLICHE..."TAK NAK SAKITKAN HATI AWAK KALAU AWAK TAHU"...mampus tak layan...HABIS BUAT MACAM NI DIA FIKIR ORANG TAK SAKIT HATI??
Spesis macam ni perlu dihapuskan di muka Bumi ni...aku tahu, bukan semua dalam hidup ni GEMBIRA semata-mata...bukan semua dalam dunia ni PENIPU...tapi, kenapa spesis ni banyak sangat...bagus kalau DITANGKAP...HIRIS DAGINGNYA SIKIT-SIKIT...CURAH AIR LIMAU...TABUR SERBUK KUNYIT DENGAN GARAM...PASTU CAMPAK DALAM SUNGAI...BAGI MAKAN BUAYA...
Grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr... =='
Pembaca sekalian AKU BUKAN PSIKO ATAU GILA ATAU SAKIT JIWA...cuma aku geram...marah...dan sakit hati...sebab aku pernah laluinya...aku pernah jadi MANGSA manusia BERMULUT MANIS...yang kategori TEBU...kenapa aku panggil TEBU?? sebab...CAKAP MANIS MACAM TEBU!! pastu...hampas je tinggal...DEKAT DEPAN PANGGIL SAYANG, DEKAT BELAKANG PERANGAI MACAM AYAM =='
Pengajarannya, aku minta...sesiapa yang baca hasil tulisan ni...ambil pengajaran...JANGAN JADI TEBU...orang lain ada perasaan...BERCAKAP BENAR...walaupun kadangkala kebenaran itu amat MENYAKITKAN...tapi itu lebih baik dari berkata-kata MANIS...memang dasar tebu!!
PS
Nak tidur...tapi mata tak leh tidur...sok ada photoshoot pagi-pagi...sebab dalam hati rasa nak terajang ORANG LAJU-LAJU....aku sangat BENCI BUAH HATI KO TU...PAHAM X???!!
Thursday, 14 February 2013
karangan ke lapan belas - Mungkin Waktunya Hampir Tiba
SEBUAH KISAH BENAR
14 FEBRUARI 2013...JAM 2.30 PETANG
Hujan mencurah ke bumi...entah bila akan berhenti...seluruh bandar kelihatan kosong...mungkin kerana cuti sempena sambutan Tahun Baru Cina masih belum berakhir...kala suasana yang sunyi ini aku berjalan...terus berjalan...tanpa menghiraukan keadaan sekeliling...hujan makin lebat...aku hanya bertemankan payung kubur (payung kertas tu la...sebab tu je yang ada dalam kereta...payung g photoshoot) melintasi satu trafic light yang pertama...
Aku termenung sendiri...duduk di bus stop...tanpa hala
tuju...APA YANG AKU MAHUKAN DALAM USIA
SEBEGINI? hati aku sangat sayu...sejak
kebelakangan ini semua senyum dan tawa adalah PLASTIK semata-mata...hidup
keseorangan...mungkin aku masih ada keluarga disekeliling...cuma, MANA MUNGKIN AKU BERCERITA TENTANG MASALAH PERIBADI DENGAN
MEREKA? aku
lebih suka memendam...macam sekarang...memendam rasa...dalam suasana hujan
lebat ni...aku memandang ke arah jalan...bertemankan payung, beg scuba diving KUNING...dan tablet kaler PINK...hahahahaha
Sejujurnya tahap kesihatan aku dua tiga hari ni tidak
stabil...kadang kala sakit tu datang lagi...makan ubat...makan ubat...makan
ubat...bila nak sembuh? aku pun tak pasti...letih hidup bergantung dengan
ubat...ingat ubat tu sedap sangat ke? kalau diberi pilihan, rela aku mati dari
makan ubat seumur hidup...tapi bila memikirkan orang-orang disekeliling yang
masih perlukan aku, aku GAGAHKAN jugak diri ni
telan semua pil tu...
Di hadapan aku ada seorang tua...lelaki melayu...raut wajahnya
macam mix Melayu dan Pakistan...berjubah putih...bersih wajahnya...bibirnya
kemerah-merahan...tak merokok barangkali...tersenyum-senyum melihat
aku...lantas dia meringankan mulut dan bertanya...
PAKCIK
Anak nak ke mana? Kenapa pakai payung kubur ni?
MBH
Saja pakcik. Jalan-jalan. Payung kubur ni? Saja nak mengingati mati.
PAKCIK
Nak, kau ni muda lagi. Jangan cakap macam tu. Tak baik. Tak salah mengingati mati, tapi jangan minta untuk mati. Masih banyak tanggungjawab yang belum selesai.
MBH
Aku tersenyum. Tak mampu berkata apa-apa.
Aku tersenyum. Tak mampu berkata apa-apa.
PAKCIK
Dalam hidup ni nak, tak ada manusia yang tak pernah ada masalah. Kau ada masalah?
MBH
Tak adalah pakcik. Saya bahagia je ngan hidup saya sekarang. (sambil tersengih)
PAKCIK
Dari air muka kau, pakcik tahu. Kau ada masalah. Selesaikan dengan baik.
MBH
Insya Allah
PAKCIK
Ingat satu perkara nak. Kalau kita nak hidup dengan aman, kita kena REDHA.
MBH
Saya redha dengan apa pun yang terjadi. Saya terima semuanya.
PAKCIK
Walaupun kau rasa kau keseorangan, tapi sebenarnya ALLAH sentiasa ada.
MBH
Terdiam sambil memandang riak air di jalan raya.
PAKCIK
Jangan sandarkan harapan pada manusia, sebab manusia seringkali melukakan. Belajar untuk berdiri sendiri. Jatuh bangun sendiri. Bukanlah bermakna kau sombong dan riak dengan kelebihan diri, tapi bergantung pada diri sendiri. Kita masih perlukan orang lain untuk hidup, tapi letakkan harapan 100% kepada manusia. Apa yang berlaku telah berlaku pun. Setiap ujian, ada cerita disebaliknya.
Tidak semna-mena sebiji kereta melanggar lopak air di hadapan kami...dan air lopak menerjah ke arah kami...aku mencapai payung disebelah untuk menghalangi air dari membasahi seluruh tubuh...
MBH
Pakcik ok?
Pakcik ok?
Kelam kelibut aku yang hampir lencun bermandikan air lopak. TIBA-TIBA, berderau darah aku...aku dari tadi duduk seorang rupanya...pakcik tadi tak ada...dan seluruh bus stop itu tiada orang...yang ada hanya makcik-makcik yang duduk di kaunter jualan tiket...aku berbual dengan siapa tadi? Aku bangun...terus berjalan menuju ke pakir kereta...terus aku start kereta...dan jalan...
Persoalan bermain difikiran aku...siapa orang tua tadi? SUBHANALLAH...berangankah aku? setiba aku di rumah...aku diamkan perkara ini...mungkin dah tiba masanya aku REDHA dengan apa yang berlaku...TELAH AKU MAAFKAN SEMUANYA, CUMA UNTUK AKU MELUPAKAN APA YANG BERLAKU, IANYA ADALAH MUSTAHIL...dan mungkin juga itu satu peringatan untuk aku yang WAKTUNYA telah hampir...WALLAHU ALAM
"...SETIAP UJIAN, ADA CERITA DISEBALIKNYA..."
Wednesday, 13 February 2013
karangan ke tujuh belas - Bila Hati Berbisik II
Coretan itu hanya sekadar satu pesanan yang mempunyai BANYAK PENGAJARAN...walaupun ianya umpama satu cetusan idea yang entah dari mana datangnya, namun ia tetap akan berputar selagi jasad pinjaman ILAHI kekal dan masih dipinjamkan...
Sesungguhnya bangkit aku di pagi hari ini membuatkan aku terfikir sejanak, di manakah harus ku gantung sebuah harapan yang tidak pasti hujungnya...meneliti semua kebahagiaan orang lain membuatkan aku ingin juga memilikinya...dalam dunia ciptaaan ILAHI ini, tiada seorang pun manusia yang TIDAK MAHU BAHAGIA...tapi apakan daya seorang hamba yang tiada kuasa menjadi PENENTU dalam sebuah pinjaman kehidupan...hanya berjalan dan terus berjalan...sehingga jumpa titik akhir...
Sejauh manakah ujian yang datang memberikan kekuatan...jangan diikut resmi PADI...MAKIN BERISI SEMAKIN TUNDUK...AKHIRNYA DIPATUK AYAM JUGA DI TANAH...jadilah seperti JENTAYU...PATAH SAYAP BERTONGKAT PARUH...PATAH PARUH BERTONGKAT SIKU...PATAH SIKU BERTONGKAT DAGU...PATAH DAGU BERTONGKAT KUKU...walau sesakit mana pun sebuah kehidupan, ia perlu diteruskan...dan TERUSKAN LANGKAH WALAUPUN PARAH...
Ramai yang berkata, SABAR dengan ujian DIA...ya, masih bersabar...dan menerima semua ujian itu dengan hati terbuka...cuma kadang kala, dalam aku meniti hidup ini aku terfikir sejenak, apakah yang aku mahukan dalam sebuah ketentuan...mungkin benar, hidup itu tidak seindah mimpi...dan andai hidup itu adalah sebuah mimpi yang panjang, aku rela untuk terus tidur, dan tidur kerana mimpi itu indah...
Ke Pulau Payar membeli arang,
Singgah Ketapang pergi berjaja;
Perahu di layar milik orang,
Hamba menumpang gembira sahaja.
Walaupun ini sebuah pantun rekaan, namun mungkin benar maknanya...menumpang bahagia orang lain itu satu perkara yang perlu kita lakukan...membuatkan orang lain bahagia itu adalah kewajiban dalam kehidupan...dan teringat aku satu ayat di dalam filem ISTANBUL AKU DATANG...DALAM DUNIA NI MANA ADA MANUSIA YANG TAK PERNAH KENA TIPU...betol, menipu itu salah...tapi kenapa kita ditipu? kenapa dan kenapa? cari jawapannya, kelak akan berjumpa juga...bukan semua orang yang menipu itu jahat atau sengaja ingin melukakan, cuma kadang kala dia ada sebab yang tersendiri dan terpaksa untuk menipu kerana KADANG KALA KEJUJURAN ITU AMAT MENYAKITKAN...
Menyentuh pula tentang cinta, kasih dan sayang...apa makna cinta, kasih dan sayang?? apakah ia hanya sekadar kata-kata?? atau ianya SEBUAH PERASAAN yang tidak kita mampu membendungnya...datangnya umpama ribut...perginya juga bagaikan taufan...saat ini detik ini, aku cuma membuang semua rasa yang lahir ini...walaupun itu satu anugerah, tapi apa guna ada perasaan seperti ini lagi kalau semua itu hanya sesuatu yang sementara...apa guna pentingkan diri seandainya orang lain merana?? acap kali rasa itu datang, aku menepisnya...walaupun ada seseorang memberitahu bahawa SEMUA ORANG BERHAK MENDAPAT KASIH SAYANG DARI YANG SUDI MEMBERINYA...ya, betol...semua orang berhak...dan kala itu aku bagai tersentak dari sebuah mimpi bahawa masih ada yang mahu memberikan kasih sayang...cuma aku takut tergelincir...aku takut sebab aku tahu, aku tak mahu wujudnya perasaan lain kerana aku tak nak jadi orang ke tiga...sometyme i try to wake up...i try to realise...who am i? i am nothing...cuma sekadar seorang manusia biasa...dan bukan siapa-siapa pun...kala itu juga aku rasa aku tak layak terima apa-apa...
KASIH SAYANG itu membawa maksud pengorbanan...berkorban perasaan itu adalah perbuatan yang mulia...bukan semua orang yang kita sayang akan menjadi milik kita...korbankanlah seumur hidup untuk dia, kalau dia bukan milik kita, ia tetap bukan milik kita...ITULAH KENYATAAN...tak perlu bersedih lagi...lepaskan semua rasa yang ada...mungkin kesedihan akan datang, tapi percayalah kebahagiaan orang lain lebih utama...lepaskan semua rasa itu...dan carilah ketenangan...ketenangan itu ada di dalam hati...KITA TAK PERNAH KESEORANGAN...
Usah direbut pantai di laut...kerana sudah ada pantai yang setia menanti...semakin kau kejar ombak itu, semakin ia lari...cuma kau lihat sang pantai, walau dihempas seribu kali oleh sang ombak...walau berderai seribu...ia tetap bersatu dan setia menanti ombak kembali...jangan kau alihkan sang pantai ke mana-mana..jangan kau hadangi dengan tembok untuk mengelak hakisan...kerana setianya ombak dan pantai itu tak mungkin terpisah...
Apa guna ada impian kalau impian tu membunuh semua yang ada...?? bukan mudah untuk mengharungi hidup...setiap manusia yang lahir akan ada tanggungjawab yang perlu digalas...dan aku letakkan kebahagiaan diri sendiri itu ditempat yang terakhir dalam hidup kerana aku memilih untuk membuat orang lain bahagia dulu...aku bukan seorang kanak-kanak lagi yang berfikir mengikut hati dan perasaan...di usia sebegini tiada lagi angan-angan indah untuk diusahakan menjadi realiti...HIDUP BUKAN SEPERTI FILEM HINDUSTAN...kesakitan, kesedihan, kepedihan...dan semua rasa yang sangat teruk itu tetap akan datang...maka hadapilah...
Diakhirnya...kita akan sedar...kelukaan yang hadir itu mungkin tidak akan sembuh...cuma, ia akan jadi satu pengajaran dalam hidup...cuma kadang kala hati berkata ke mana harus aku bawa hati ini...ke timur, ke barat, ke utara, ke selatan? aku letakkan hati aku di tengah...walaupun sudah hilang bentuknya...aku belajar untuk bangun sendiri...kerana semua rasa aku pendam sendiri...AKU BELAJAR BERDIRI ATAS KAKI SENDIRI...kerana KALAU AKU BERDIRI DI ATAS KAKI ORANG LAIN UNTUK BANGKIT, BILA-BILA MASA ORANG BOLEH SEPAK TERAJANG...aku berusaha untuk bangkit semula...
Kalau dulu aku sorang yang sangat lemah...tapi ada juga SEORANG MANUSIA yang datang menghulur penawar...walaupun dia juga pinjaman, tapi aku tahu dia IKHLAS...terima kasih kerana masih ada di sekeliling aku...aku tak mampu membalas jasamu...besar jasa itu...biar ALLAH TAALA sahaja yang membalasnya...
CORETAN INSAN YANG BUKAN SIAPA-SIAPA PUN
PS
Aku ingat pesanan kau...MAKAN UBAT...dan aku akan jaga diri aku baik-baik...aku masih berpegang pada janji aku bahawa AKU AKAN TERUS BERUSAHA DAN BERJUANG UNTUK HIDUP...maaf, aku terpakjsa menipu lagi kelmarin...bukan niat aku nak menipu...tapi fahamilah...AKU TAK NAK SUSAHKAN SIAPA-SIAPA...selagi aku boleh tanggung, akan aku galas sendiri...lagi pun aku tak nak kacau HOLIDAY ko ngan si dia...pasni, aku akan beritahu semuanya...terima kasih mengambil tahu tentang aku...walaupun aku ni bukan sapa-sapa...EX aku dulu pun tak pernah ambil tau sampai macam ni...aku mati ke...sakit ke...terlentang ke...dia tak pernah nak ambil tahu...ko buat aku sangat terharu...apa-apa pun, TERIMA KASIH...tiada kata lain yang aku luahkan...itu sahaja, kalau ada pun biar aku simpan sendiri saja...aku doakan kau bahagia... =)
Tuesday, 12 February 2013
karangan ke enam belas - Tol Musibah
SELAMAT PAGI SEMUA...awal aku bangun pagi ni..semalam aku tak boleh bukak mata...tengah-tengah buat editing, tetiba aku rasa ,ata aku tgk destop DAH JADI DUA...melayang-layang...in d end, aku baring, TERUS RASA BUMI BERPUTAR...bukak mata je rasa nak muntah...SAH AKU PITAM!!!
Pagi ni ALHAMDULILLAH, aku dapat bangun semula...ALLAH berikan aku sedikit waktu untuk sihat semula dan menjalani hidup aku seperti biasa...dan aku sangat bersyukur kerana masih ada lagi ruang dan waktu untuk aku menulis dalam blog ni...dan masih ada sisa masa untuk aku melihat alam ciptaanNya...
Celik dari tidur, aku terkenang peristiwa yang berlaku 2 hari lepas...satu kisah pengajaran buat semua...bukan niat untuk memalukan amna-mana pihak, tapi jadikan ia sebagai satu PENGAJARAN dan RENUNGAN bersama...begini kisahnya...
JENG...JENG...JENG...
AL-KISAH, maka tersebutlah satu kisah...hehehehehe...
Kerja aku sebagai seorang photographer menjadikan aku sangat terdedah dengan dunia luar...ramai orang aku kenal dan banyak peristiwa telah aku lalui...kali ni berlaku di JOHOR...pengantin perempuan orang Johor dan pengantin lelaki dari Negeri Sembilan...
Seperti biasa adat di Johor, adanya adat TOL...bukanlah bermakna orang Johor mahu membebankan mana-mana pihak...ianya sekadar suka-suka...untuk memeriahkan lagi majlis perkahwinan...namun, semasa rombongan pengantin lelaki ditahan oleh keluarga perempuan, keluarga pengantin lelaki tidak dapat menerima ADAT TOL...sampaikan berlaku pertikaman lidah yang mengganggu kelancaran majlis...
JOHOR : Kalau nak masuk ada Tolnya ni...
NG.9 : Nak Tol apa lagi...kami datang ke Johor ni pun Tol dah mahal..
JOHOR : Masuk negeri orang kena beradat...maka, adat perlu dijunjung...
NG.9 : Ni nak bagi masuk tak ni? kalau tak bagi kami balik aje...
Tersentap keluarga belah perempuan mendengar ayat seperti itu...akhirnya keluarga perempuan mengalah...membenarkan semua ahli keluarga lelaki masuk ke majlis tanpa tol...setiba di depan pelamin, MAK ANDAM meminta DUIT BUKA KIPAS...bermati-matian keluarga pihak lelaki tak mahu membayarnya...MERAH PADAM MUKA MAK ANDAM kena marah atas pelamin...sampaikan ada seorang makcik dari pihak keluarga lelaki yang ala-ala MAK JEMAH menjerit...
"KALAU MACAM NI KITA BALIK AJE LA!!"
Tak semena-mena keluarga lelaki patah balik dan nak meninggalkan majlis...yang lebih mengharukan pengantin lelaki menulu turun dari pelamin...aku menahan pengantin lelaki...aku bisik padanya, "KALAU KAU TAK HORMAT PADA ORANG LAIN TAK APA, TAPI CUBA HORMAT PADA MAK MENTUA DAN BAPAK MENTUA KAU TU". Seb baik dia duduk semula, kalau tak aku libas dia ngan kamera aku yang berat ni...huhuhuhu
Dan, di majlis itu yang tinggal hanya ibu, ayah, seorang makcik dan nenek pengantin lelaki...keluarga yang lain balik begitu saja...dari 7 kereta yang datang, hanya tingga 2 kereta...KEGILAAN APAKAH INI?? pengantin perempuan menangis di atas pelamin melihat situasi itu...di maan adat yang dijunjung di Negeri Sembilan, sampaikan adat di Johor tak mampu diturutkan...??
Kesimpulannya, walau di mana kita berada belajarlah hormati keadaan dan budaya orang lain...hormati majlis orang...KALAU ISU TOL yang menjadikan mereka marah, itu tidak wajar rasanya...TOL di Johor bukan nak mahal-mahal...letak la 20sen ke...50sen ke dalam sampul...dapat sampul tu, diaorang buka la jalan...tu pun susah ke?? dan satu lagi, DUIT BUKA KIPAS, semua negeri ada rasanya...jadi apa masalah sampai tak boleh nak bayar sedangkan MAK ANDAM dah beritahu awal-awal lagi pada pengantin...kadang-kadang aku terfikir, susah sangat ke nak ikut adat orang lain?? dan apa perasaan mereka yang TIDAK PERNAH NAK BELAJAR MENGHORMATI ORANG LAIN??
PS
Terkenang aku peristiwa yang berlaku masa majlis dekat Melaka tahun lalu apabila antara besan bergaduh sampai simbah dengan air sirap...AIYOOOOOO...macam-macam manusia ni....TAK PAHAM AKU!!!
Wednesday, 6 February 2013
karangan ke empat belas - Bila Hati Berbisik
Beberapa hari aku tak sempat nak update apa-apa...busy ngan keje ngan tahap kesihatan sikit terganggu...tapi leh men lompat-lompat bintang lagi...hehehehehe
Dah beberapa malam ni, aku teringat satu ayat...macam ni bunyinya...
"...KADANG KALA TERASA MACAM PLASTIK PEMBUNGKUS GULA-GULA...HABIS GULA-GULA, PEMBUNGKUS UMPAMA SAMPAH YANG TAK BERGUNA..."
Itulah adat manusia...ada yang nak jadi PEMBUNGKUS GULA-GULA? semua tak nak kan?? semua mahu jadi sesuatu yang berguna...WALAUPUN PLASTIK PEMBUNGKUS GULA-GULA ITU BOLEH DIKITAR SEMULA, TAPI BILA DAH TERLAMPAU BANYAK DIKITAR SEMULA, MAKA IA BOLEH EBRTUKAR MENJADI RACUN KEPADA ORANG LAIN...
Hakikatnya begitulah hidup...bukan semua manusia pandai menghargai...
Tu baru MUQADDIMAH...ni ceritanya...kali ni aku nak cerita tentang seseorang yang ISTIMEWA...seorang teman yang sanggup berkongsi suka dan duka...ARIL (bukan nama sebenar)...
Dia ni kecik orangnya...lagi HOBBIT dari aku...suaranya boleh menggetarkan hati setiap gadis yang mendengar...senyumnya manis...sebenarnya dia datang melawat aku...dia tak senang hati tengok aku sakit, sebab selama ni bila dia SMS, aku akan cakap aku ok...
Cuti sempena Hari Wilayah (Jumaat, 01 Februari 2013), ARIL datang sini...lepak-lepak dengan aku...aku bawa dia g karok...g tengok ikan kat tasik...g ikut aku masuk GYM...men BADMINTON...siap aku masakkan dia sup tulang ngan wat donut (padahal tak terror masak pun..men campak je dalam kuali)...aku cuba menyembunyikan rasa sakit aku, tiap kali rasa jahanam tu datang...ARIL, sorry aku terpaksa menjadi plastik...sebab aku tak nak orang tahu apa yang aku alami...
Punya la happy aku 2 3 hari ni sebab ni kali pertama seorang sahabat datang melawat aku sepanjang aku sakit ni...tak terkata happynya aku...ARIL ni baek orangnya...punyalah peramah, sampai leh sembang ngan sume orang termasuklah pak guard CIMB...hehehehe
Hari last ARIL kat sini...dia nak bluetooth sume gambar-gambar dia dari henpon aku...aku pun bagi la henpon aku...dan dia bukak n tengok gambar-gambar aku...TIBA-TIBA
ARIL : MBH, sini jap...ni gambar apa?
MBH : Hmmm.... (terdiam seketika...terkedu tanpa sepatah kata)
ARIL : Gambar apa ni?
MBH : Ni la gambar usus aku...keadaan aku...disebabkan kau dah tengok, aku tak boleh nak tipu apa-
apa lagi dengan kau...macam ni la keadaan aku...dan disebabkan DIAGNOSIS ni, doktor
suspek aku kena Colon Cancer.
Di saat itu, ARIL tidak berkata sepatah pun...yang ada hanya air mata...dia menangis untuk aku...dia menatap tajam ke mata aku...tanpa sebarang kata, tapi yang ada HANYA AIR MATA...aku tak sanggup melihat dia macam tu...aku terkedu...tak mampu bersuara sepatah pun...lalu aku ke bilik...berseorangan...aku tak tahu apa perasaannya...mungkin ARIL marah kerana menyangka aku menipunya selama ini...setiap kali ARIL bertanya, aku akan cakap AKU OK...malah bukan ARIL sahaja, tiada seorang pun dalam kalangan ahli keluarga aku yang tahu...SENGAJA aku sembunyi dari pengetahuan semua...aku tak mahu sesiapa pun tahu apa yang aku rasa...aku tak mahu sesiapa pun tahu apa yang aku lalui...
Lalu, dia inbox PESBUK aku...katanya macam ni...
Aku tak tahan... sori ye...
Air mata keluar sendiri
x pe masih cool
Di saat tu..aku menangis sepuas hati...aku tak sangka di malam terakhir dia di sini, dia akan tahu semuanya...dalam hati ni, ALLAH saja yang tahu betapa kesalnya aku membiarkan dia mengetahui kondisi dan keadaan aku...aku tahu, dia CUBA MENYEMBUNYIKAN KESEDIHAN apabila mengetahui keadaan aku...kesakitan aku...ARIL, kenapa baik sangat dengan aku??
Aku kuatkan semangat...keluar dari bilik...terus ke bilik air...aku cuci muka sepuasnya...cuba menghilangkan kesan bengkak di mata...jam menunjukkan pukul 1130 malam...aku akan menghantarnya pulang...keretapi aku bergerak jam 1230 pagi...sepanjang dalam kereta dia buat macam biasa...bagaikan tak tahu apa-apa...BERLAGAK COOL kononnya...tapi aku tahu apa di hatimu...JANGAN TIPU AKU...
Seketika menanti, keretapi tiba...aku menghantarnya sampai dalam keretapi...aku cepat-cepat nak turun dari keretapi itu...aku bagi alasan, NANTI KALAU KERETAPI JALAN, KO BAWA AKU BALIK SEKALI...sebenarnya, bukan aku tak sudi untuk duduk lebih lama lagi, TAPI HATI AKU SANGAT SEBAK...aku tahan MATA YANG BERKACA...aku hulurkan salam...dia menarik aku...dan memeluk aku rapat...sangat rapat dan kuat...dan kata-kata akhirnya masih bermain di minda "JAGA DIRI BAIK-BAIK".
Aku turun dari keretapi tanpa menoleh ke belakang lagi...sebab masa tu aku dah HUJAN...aku tahan sebak...aku tahan semuanya...ARIL kau tak sepatutnya tahu semua yang aku alami...sebab aku takut ia akan membuatkan kau risau...
Dan keretapi pun berlalu...yang tinggal hanya aku...dan bunyi gerabak yang berlalu pergi...
P/S
ARIL...seorang manusia yang sering mengambil berat tentang aku...sejak dia tahu keadaan aku, semua STATUS PESBUK beliau, berunsur sedih...dan tak henti-henti beliau mendoakan aku...terima kasih...dan setiap kali HATI BERBISIK, aku sangat BERTERIMA KASIH KEPADAMU KERANA MEMAHAMI KEADAAN AKU...dan aku ingin memohon MAAF...bukan niat aku nak menipu selama ini...tapi aku tak nak tengok kau risau pasal aku...bukan kau saja, tapi semua orang...aku OK...jangan risau...AKU SAYANG KAU ARIL...terima kasih sekali lagi...kau berikan aku HARAPAN untuk terus hidup...kerana selama ini, aku rasa tiada siapa dapat memahami apa yang berlaku...tapi, tak sangka..masih ada yang memahami...ARIL, jangan sedih-sedih...aku ok..aku janji akan TERUS HIDUP SAMPAI TIBA MASA YANG ALLAH JANJIKAN...DAN AKU AKAN BERUSAHA...
Subscribe to:
Posts (Atom)














