ADA YANG MEMERHATI

Monday 8 April 2013

karangan ke tiga puluh lima - Bila Izrail Datang Mengintai

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih dan Penyayang

Dengan kuasaMu aku meminjam sebuah kekuatan untuk aku meneruskan langkah hingga tiba ke noktah di mana terputusnya  hubungan aku dan duniaMu..


“Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami

menguji kamu dengan kesusahan dan 
kesenangan sebagai cubaan; 

dan kepada Kamilah kamu akan kembali.” 
~Surah al-Anbiyak ayat 35~

Salam buat semua...hari berlalu detik ke detik...dan semua hari yg berlalu itu bagaikan sebuah mimpi...aku masih bernafas...aku masih hidup...walaupun aku tidak hidup seperti orang lain,tapi aku masih meminjam ZAT ALLAH untuk meneruskan apa yang masih ada...

Pagi ini aku diserang lagi...di opis pulak tu...dengan kekuatan yang ada..aku ke klinik, tapi doktor suruh aku terus ke hospital...aku akur, dan aku drive...dan sampai di hospital, macam biasa...cucuk jarum sana sini...aku dah lali dengan kesakitan... :’(


SUBHANALLAH...sampai bila aku harus seperti ini...kadang kala aku letih...letih dengan hidup yang tak seperti manusia lain...Tuhan, kasihani aku...aku tak sekuat seperti mana yang orang lain bayangkan...

Nway, bukan ini pokok cerita...yang aku nak sampaikan ialah aku bertemu dengan seorang pesakit...Arif namanya...umur 35 tahun...menjalani kimoterapi selama setahun setengah...pengidap kanser tulang...SUBHANALLAH...rambutnya sudah botak..keningnya sudah hilang...tubuhnya kian susut...hanya kulit membaluti tulang...terbaring di sebelah aku...hanya bebola matanya yang melilau ke sana sini...

"Abang ok?" sapa aku. Cuma memulakan perbualan. hati aku beberapa kali tersentuh apabila melihat beliau mengesat air matanya. MUngkin kepedihan hatinya, hanya Allah yang maha mengetahui.

"Macam ni la dik. Nak kata ok, hidup pun macam tak ada makna", ujarnya ringkas. Cukup menikam.

Aku terkedu. Aku bangkit. Membetulkan jarum yang masih tertusuk rapi di tangan. Setitik demi setitik air masuk ke dalam tubuh badan ini. Entah bila akan tamatnya.

"Sabarlah abang. Saya faham perasaan abang. Saya melaluinya. Mungkin keadaan kita tak sama, tapi saya memahami dan sangat memahami. Walaupun saya tidak disahkan sebagai pesakit kanser secara mutlak, tapi selama saya berada di wad ini, saya faham. Saya lalui semuanyanya kecuali kimo. Abang banyak bersabar ok".

"Kau tahu dik, dulu doktor pernah menjangkakan abang cuma hidup selama setahun. Paling lama. Tapi hari ni, dah masuk 3 tahun abang bernafas. Masih berpijak di bumi tuhan, walaupun keadaannya tak sama. Kalau abang tahu begini jadinya, tak akan abang biarkan abang bertahan sampai sekarang. Lebih baik abang pergi mengadap Dia 3 tahun dulu. Ada isteri, tapi tergamak meninggalkan suami kala suami terlantar sakit begini. Rasanya, macam tak ada makna lagi", ujarnya panjang lebar.

Aku tergumam. Entah kenapa, aku dapat merasai perasaannya. Aku juga pernah doktor mengandaikan hidup hanya 6 bulan. Kini sudah masuk 8 bulan, aku masih bernafas. Apakah nasib aku akan sepertinya? Menderita, dan menderita. Mungkin derita itu hanya untuk membasuh diri yang kotor dengan dosa silam. Aku mula redha dengan apa jua kemingkinan.

"Dik, walaupun keadaan abang sangat teruk, tapi abang tetap berusaha untuk hidup. Kau tahu sebab apa? Sebab abang rasa inilah caranya untuk abang tunjukkan kepada dunia bahawa dalam dunia ni nasib manusia tak pernah sama. Waktu kita sihat, kuat bertenaga, waktu kita tersenyum, semua orang datang. Bila dah sakit macam ni, boleh dikira dengan jari yang datang. Bukan mudah melalui hidup seperti kita dik. Susah. Bila dah masuk wad ni, semua manusia akan bercakap hidup kita tak akan lama. Bagus jugak kalau tak lama. Kurang sikit dosa, tapi ajal maut di tangan Dia. Kau tengok la abang ni, entah sampai bila akan begini". Sesekali aku melihat air matanya mengalir. Pilu hatinya tak tergambar. 

Aku tak mampu bersuara. Tiba-tiba aku jadi takut. Satu perasaan yang tak dapat aku gambarkan. Aku bersedia mengadap Ilahi. Bukan kerana amal aku sudah cukup, tapi aku tak sanggup jadi seperti Arif. Aku tak sanggup orang melihat aku dalam keadaan aku sepertinya kelak. 

"Dik, abang nak ke bilik kimo. Nanti, kalau abang panjang umur kita sembang lagi. Sebenarnya, dalam hidup kita seperti ini, kita tak perlukan duit...kita tak perlukan kemewahan...kita tak perlukan sex...kita tak perlukan apa-apa selain dari kasih sayang. Tapi, sejauh mana orang lain mampu memberikan kasih sayang tu? Mungkin hanya kita yang melaluinya sahja memahami perasaan itu", ujar Arif lagi sambil berlalu pergi dengan kerusi rodanya. Cik Misi menolak beliau keluar dari wad 3. 

Sekali lagi aku tergumam. Itu yang aku rasakan. Aku tak perlukan apa-apa selain kasih sayang...aku memahami apa yang dilaluinya...aku memahami setiap butir yang disebut dan dikatakan itu lahir dari lubuk hatinya yang paling ikhlas...KAWAN-KAWAN, ORANG YANG NAK MATI TAK PERNAH MENIPU...dan aku tahu mungkin kita berasa sedih dengan apa yang dilalui oleh Arif, tapi cuba kita bayangkan apa yang dilaluinya dan digalas itu lebih berat...

Pukul 515PM aku keluar dari hospital...tanpa sempat berjumpa dengan Arif...aku harap dia kuat...aku?? aku akan terus melangkah...mungkin Arif menyesal beliau apabila beliau terpaksa hidup lebih lama seperti yang dijangka, tapi aku tidak pernah menyesal...kerana aku masih berpeluang untuk membahagiakan orang yang ada disekeliling aku...

"...DALAM SEHARI, 70 KALI MALAIKAT MAUT AKAN MENJENGUK KITA..."

Dalam tempoh 70 kali itu, aku bermohon sedikit masa lagi untuk aku selesaikan perkara-perkara yang tertunggak...aku belum puas untuk membahagiakan orang lain...dalam hidup bagai telur di hujung tanduk ini, aku tidak mahukan perkara lain selain kebahagiaan orang yang aku sayang...MAAF SEANDAINYA AKU TIDAK SEMPURNA UNTUK MEMBUATKAN KAU TERSENYUM, TAPI AKU AKAN CUBA DAN TERUS MENCUBA SUPAYA KEGEMBIRAAN ITU AKAN KAU KENANG...SAMPAI AKU TIADA LAGI...


PS 1
MBH berdoa saban waktu...semoga mak abah...keluarga...dan orang-orang yang banyak membantu MBH akan bahagia...akan MBH korbankan apa sahaja selagi MBH mampu...MBH tak perlukan apa-apa balasan...yang MBH mahu ialah mereka bahagia...itu sahaja yang MBH mampu lakukan...

PS 2
Kekuatan dan ketabahan Arif menempuh hidup membuatkan aku nak cakpa pada semua kawan-kawan...kalau orang yang sakit boleh kuat dan tabah...maka, korang pun kena tabah jika ada masalah...FACE IT AND FIGHT!!

8 comments:

target=”_blank”Unknown said...

MBH selagi Allah bagi kita semua hidup teruskan lah buat kebaikkan kan..
gua sokong hasrat murni MBH tu...
gua tak rasa apa yg MBH rasa but gua try
untuk memahami...dalam dunia ni memang kasih sayang lah yg penting
susah kita nak cari org yg boleh ikhlas sayangkan kita dalam apa jua keadaan...

target=”_blank”Unknown said...

Bro...apa yg sy nak komen semua org atas ni dah sebok tulis...wewewe..
kita semua punya pilihan dalam hidupkan...cuma yg menentukan tu je Allah...
sy harap cita2 murni bro nak membahagiakan orang lain akn tercapai...
dan sy yakin bro pon layak bahagia..
because you deserve it bro..
fighting bro!!

p/s: sy sentiasa doakan bro panjang umur dan sihat selalu...aaminn...

target=”_blank”mr broken heart said...

KHAIRIL AZAM

bro..itu bukan saja hasrat seorang yang sakit...tp itu hasrat setiap orang...semua org perlukan kasih sayang...walhal, kucing pun perlukan kasih sayang...kita ni tak guna ada duit byk2 pun kalau kita tak ada nilai kasih sayang =)

target=”_blank”mr broken heart said...

CIK KAKI KETAWA

hahahah...beliau da cantas CKK ek??bahagia atau tak, itu kerj Dia CKK...mbh serah pada Dia...kerana Dia lebih memahami dan mengerti...tq atas doa CKK...yg penting, teruskan apa yang ada dan jangan menyesal...kalau menyesal pun bukan boleh patah balik ke keadaan sebelumnya..maka, teruskan melangkah, walaupun parah =)

Anonymous said...

=) mampu senyum je..i know that u're strong enough to handle it...

target=”_blank”mr broken heart said...

i am not strong enough..

target=”_blank”! Arjunakirana ! said...

Kuat kuat kuat :)

target=”_blank”mr broken heart said...

ARJUNA

sedang berjuang untuk terus kuat dan kuat...