ADA YANG MEMERHATI

Wednesday 5 June 2013

karangan ke empat puluh enam - Rahsia Sekeping Hati

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH DAN PENYAYANG

"...Tidak pernah aku berurusan dengan sesuatu yang lebih sulit dari jiwaku sendiri...yang kadang kala membantu aku...kadangkala menentang diriku..."
~ Imam Al Ghazali ~

APABILA SANG HATI MULA BERBICARA



Berdepan dengan jiwa...sukar untuk diintrepetasikan...adakalanya kita terpaksa menerimanya walaupun hati dan jiwa menolak...dan tiada yang lebih pahit berbanding terpaksa menurut kata hati walaupun ianya bukan kehendak kita...SUBHANALLAH...aku tidak layak di berada di sisiMu...

Betapa jiwa itu menentang sesuatu...kesakitannya bagaikan ditikam dengan sesuatu yang sangat tajam...setelah lama dipendam...akhirnya keakuran diri terpaksa beralah...walau sebagus mana pun perjuangan itu, aku terpaksa tunduk pada takdir...takdir yang meminta aku terus sendiri tanpa ada pengharapan kasih pada sesiapa pun...belajar bangun dan pimpin diri ini sendiri...tak mengapa...Dia tahu apa yang kau rasakan...lepaskan semua rasa itu...lepaskan...lepaskan...

Tiada terbanding kesedihan ini...bagaikan tersentap dengan sesuatu yang sangat berat...hilang rasanya kekuatan untuk berdiri...cukuplah hati itu terseksa...mengharap pada bulan...sedangkan bulan dipagar bintang...kau cuma pungguk...yang tak mungkin dapat apa-apa...disimbahi sinar rembulan sudah cukup memadai...pungguk, tahukah kau kehidupan kau yang ditakdirkan sendiri itu adalah ketentuan...usah kau memuja lagi sang bulan...bulan tidak sepadan denganmu...

Segala yang tersisip di jiwa itu bagaikan menghiris setiap luka-luka lama...melepaskan perasaan itu bagaikan kepedihan yang cukup memeritkan...tidak tergambar dengan kata-kata...tapi hidup perlu kau teruskan...melalui setiap ranjau itu sendirian, bukanlah sesuatu yang sangat menyedihkan...kau mampu lakukan...kau mampu...dan kau mampu...

Pernahkah kau menoleh ke belakang...?? melihat setiap yang telah berlaku...kau sering disakiti...kau sering dilukai..kau sering dipermainkan...kau bodoh...dan cuba belajar sesuatu iaitu jangan letakkan apa-apa perasaan pada sesiapa pun...buang semua rasa itu...jauhkan diri dengan perasaan itu...dan pernahkah kau fikir bahawa sebelum ini kau menangis...kau terjatuh...dan kau tersungkur...tapi kau mampu bangkit semula...biar lah...biarlah seisi alam ingin mendekatimu...tapi jangan sesekali bermain dengan perasaan..kerana ia sangat melukakan...sangat menyakitkan...cukup..dan cukup...jangan kau seksa lagi aku...jangan kau hancurkan lagi aku...sesungguhnya aku tiada bentuk lagi..kini dan mungkin selamanya...

Aku hanya sekeping hati...yang ada dalam dirimu...mati kau...matilah aku...aku tahu kau mahu bahagia...tapi untuk apa kau mengenal bahagia jika kau seksa aku...lukaku takkan kau lihat...takkan dapat kau zahirkan...aku hanya seketul daging yang menyerap semua rasa yang kau lakukan...tak mampu aku zahirkan setiap apa yang telah berlaku...cukup kau sakiti aku...cukup...dan cukup...

Kerana itu, aku bekukan diriku...walaupun ada yang menghampiri...cukuplah...memang perasaan cinta dan sayang lahir dari aku...cuma, aku akan sekat supaya ianya tidak terjadi lagi...kau buatlah baik pada semua orang...dan jika ada yang mahu menghampiri aku akan pastikan ianya beku...aku sekat semua perasaan itu...kerana aku tidak mahu terluka lagi...betul, kau berhak menerima kasih sayang dari sesiapa yang mahu memberinya...tapi, aku takut kau salah faham...kerana perasaan sayang dan cinta itu, kau lukai aku lagi...cukuplah wahai jasad...cukuplah...tahukah kau aku hanya sebesar dua tapak tanganmu...daging sebesar itu terpaksa menanggung semua rasa...kau ketepikan semua insan lain...berkawanlah, tapi lebih dari itu aku tidak izinkan...cukup sudah...luka-luka yang ada ini tidak mampu diubati oleh sesiapa lagi...


PS
Itulah luahan sekeping hati...yang rasanya sudah hilang lagi bentuknya...dia tidak perlukan lagi cinta...kerana rasa cinta itu telah cuba membunuh dan menyakitinya...biarkan jasad seperti di dalam kaca...boleh dilihat, disentuh tidak...itulah bicara sekeping hati... 

4 comments:

target=”_blank”Unknown said...

kecewa mengajar kita lebih dewasa MBH...hati satu organ yg sangat sensitif..sekali terluka mungkin akan sembuh tp parutnya tetap akan ada di situ...betul tak MBH?..

target=”_blank”mr broken heart said...

Ye CKK...MBH percaya semua tu...tak pe la...MBH xnak la taruh apa2 harapan lagi...bia la apa pun MBH rasa MBH pendam je...MBH bukan yg tbaik pun...

target=”_blank”Acik Riotaro said...

banyakkan bersabar yea mbh..
mmg terasa perit ape yg mbh lalui..
walaupn bkn diri neh yg melaluinya..
tp msih dpt merasa tempiasnya..

target=”_blank”mr broken heart said...

ACIK...
tak pe la acik..kadang2 hati ni da penat...nak tagih kasih orang sampai bila kan?? maka biarlah dia..biarkan...bukan semua yang kita nak kita akan dapat dalam dunia ni...