ADA YANG MEMERHATI

Wednesday, 31 July 2013

karangan ke lima puluh - Sedetik Rasa

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH DAN PENYAYANG

Sekali lagi hati berbicara...entah kenapa Kau utusan seseorang yang sekali lagi mahu berjanji menjaga dan menyayangi diri ini...apakah ujian semata-mata atau ini hanya sekadar satu peluang untuk aku tersenyum dan bergembira sebagaimana orang lain lalui?


Ya Allah....aku insan yang sangat lemah....aku mengharapkan sedikit kasihan dan kasih sayangMu untuk kau berikan kepada ku....aku keliru...menerima atau menolak...dalam ramai-ramai senarai nama yang ada...kenapa nama kau berada di atas? kenapa kau berjaya menggugat keutuhan hati ini yang selama ini beku...kaku...dan bisu...

Aku juga mahu bahagia Tuhanku...aku mahu bahagia...mahu ketenangan...aku tahu tiada yang kekal di dunia ini...tapi kerana ia tidak kekal...maka aku harapkan berikan aku sedikit waktu untuk aku bahagia...sekian lama aku derita...aku menangis...aku bermunajat kepadaMu...berikan aku sedikit bahagiaMu...sedikit saja aku pinta...selagi ada jasad pinjamanMu...selagi ada...aku pohon...berikan aku ketenangan...dan kebahagiaan...sedikit sahaja Tuhanku...sedikit sahaja =(

Kali ini Kau gugat kesetiaanku terhadap prinsip yang aku pegang...aku telah kunci hati ini...tapi kenapa Kau berikan kunci itu kepada dia? buat sekian kalinya...aku keliru...selama ni...sesiapa pun yang datang...aku tolak mentah-mentah...aku abaikan perasaan tu...tp kenapa kali ni...aku jadi keliru...bukan kerana rupa...harta atau apa pun...tp hati aku berkata...dia orang yang baik...cuma satu...aku takut kecewa lagi...SUBHANALLAH...aku perlukan bantuanMu...berikan aku jalan-jalan yang baik...untuk aku harungi semua ni...sebelum aku mengambil apa-apa keputusan...aku perlukan sesuatu keyakinan...

Betul...untuk bahagia..kita perlu ambil keputusan...dan setiap keputusan ada risikonya...mana ada hidup yang tiada risiko...bahagia atau derita...itu risiko dalam kehidupan...aku tabah dan sabar dalam melalui semua rasa ini...kalau dia duduk dekat sini...dah lama aku pergi jumpa dia...tapi sayangnya berada di juah merentas lautan...beribu batu jauhnya...ISTANBUL...AKU DATANG...tapi hanya dalam mimpi...

Walau apa pun keputusan yang bakal aku ambil...semua tu telah aku timbangkan semuanya...kalau ketakutan ini...dalam kesulitan ini...aku masih terus melangkah...melangkah untuk terus bahagia...sama ada derita dipenghujungnya...aku tak tahu...kerana aku tak mampu untuk meramal apa yang bakal berlaku akan datang...INILAH YANG DIKATAKAN...HIDUP SATU KETENTUAN...aku tidak memilih untuk menjadi keliru seperti ini...mungkin orang akan kata... RELAX LA...TAKE IT EASY...bro..bercakap mudah...aku yang melaluinya...cuba letakkan diri kau dalam diri aku...maka...kau akan merasai apa yang aku lalui...bukan mudah menjadi aku...kalau semua benda kita mahu ambil mudah...dan kita tak mahu ambil pusing pada semua perkara...maka, kita akan jadi manusia yang pentingkan diri...itu bukan aku...

PS
Apa pun kesudahan kisah ni...aku redha...hidup memang macam ni...sabar dan tabah menghadapi...tu yang terbaik.. =)

2 comments:

target=”_blank”! Arjunakirana ! said...

Good luck sudah sampai masanya untuk MBH mencapai bahagia... semoga berbahagia hendaknya... amin..

Arjuna turut bergembira... hulurkan senyuman tanda ingatan...

:)

target=”_blank”Unknown said...

bro hidup ibarat saTU PERJUDIAN...KALAU KITA NAK BAHAGIA
KITA KENA BERANI AMBIL RISIKO...