DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH DAN PENYAYANG
KELAM MENELAN HATI
I
Dalam kelam malam
aku mengubah satu iklim hidup
mencari di mana letakkan aku dalam kesamaran
hilang dan tandus...seperti kabus itu
kau mampu melihat...kau mampu merasai kedinginan
tapi...kau tidak pernah mempedulikan
yang kau lihat hanya dia di sana
kerana di matamu...hanya dia bersinar
II
Jalan-jalan hitam itu
mula menelan segala perisa hidup
yang hancur, punah dan luluh
tiada lagi rabaan sinar
kerana hidup ini telah hampir
sampai ke penamatnya
III
Nafas ini kian singkat
hanya dapat dihela barang sesekali dua
mata ini kian hilang sinarnya
mungkin...kerana hilang ertinya
hanya menghitung saat akan pergi
entah esok..kau tidak dapat melihat aku lagi
kerana aku telah menghalus
lebih halus dari cahaya
IV
Dedaun itu kian kering dan berguguran
berguguran menjadi hamparan tanah
tanah yang kian tandus
tandus tanpa harapan
harapan itu telah menghilang
menghilang bersama kelam malam
V
Andai kau tahu apa yang tersirat
tidak kau butakan hatimu...matamu
untuk kau berenang mencari tepian
yang tidak kau ketahui
di mana hujungnya
VI
Dalam menadah suratan tuhan
aku meratap sebuah rasa
rasa yang bakal aku bawa pergi
meninggalkan sekujur tubuh
pinjaman tuhan harus aku pulangkan
walaupun aku tahu aku bukan penentu
tapi...aku redhakan
Desiran rasa,
Mr Broken Heart
22 Mei 2013
11.30 PM
8 comments:
mbh kne kuatkn semangat
MBH ok je...nampak HUKUM KARMA depan mata...maka MBH kongsikan je...hehehe
memang puitis habis...huhu..MBH sadis pulak time baca...
Sekadar sebuah luahan rasa je CKK... =)
Realiti...atau FANTASI ?
Dis is reality...
Hmm..acctually bce pon dah tau..semua kisah yang kita tulis..pasti ada kaitan dalam hidup kita...
Mungkin tak semua yang kita alami...semua orang akan alami..
Mungkin kita adalah orang yang bertuah..iaitu...salah seorang yang terPILIH dan DIPILIH oleh Nya~
#Insanyangagakbertuah :)
bertuah?mungkin kot
Post a Comment