AKU SUATU KETIKA DAHULU
Keluhan demi keluhan...hati merintih mencari suatu solusi yang hilang puncanya...sukarkah mencari sinar itu walaupun sekecil lubang jarum...??
Hati ini resah...malam ini terasa menghimpit...entah kenapa, sukar untuk aku menerima kenyataan yang bagaikan entah dari mana datangnya...kalaupun aku bukan seperti rendangan pepohon yang mampu meeneduhkan panas untuk dirimu, tapi sekurang-kurangnya aku mampu menjadi kayu api untuk kau bakar bagi menghangatkan kedinginanmu...
Begitulah aku suatu ketika dahulu...BUKAN SAHAJA LILIN, TAPI MUNGKIN LEBIH DARI ITU...telah aku berikan satu perasaan yang tidaka kan kau lalui bersama orang lain...tapi pernahkah kau letakkan aku dalam hatimu...walaupun bukan di dalam, hanya di pinggir...tak pernah kan?? aku sekadar SATU JAMBATAN untuk kau lalui...
Tidak aku marah...tidak aku kesal...tidak aku benci...aku REDHA...sebab pada aku, semua itu takdir...aku lalui setiap detik itu dengan senyuman...walau sedahsyat mana hati ini terluka, aku cuba redhakan...pernahkah kau disayangi sebagaimana yang pernah aku lakukan?? dan aku doakan kau temui orang yang lebih baik...yang lebih segalanya dari aku...
Setiap garis luka yang kau berikan aku akan simpan...kerana pada aku semua yang berlaku ada hikmahnya...di saat aku perlukan kau, pernahkah kau ada?? di saat aku sedang bertarung dengan maut...pernahkah kau ambil tahu?? tak pernah...dan aku tak pernah rasa diri ini disayangi...TAPI BODOHKAH AKU?? aku terus bertahan...dan bertahan...setiap titis DARAH yang mengalir saban hari aku jadikan sebagai satu tanda kepada PENYEKSAAN yang aku lalui... dan itulah HARGA sebuah kasih sayang yang aku sahaja yang mengiyakannya...sedangkan kau, tak pernah ambil peduli...
Akhirnya, kau tinggalkan aku...kau kata, lupakan semua yang telah berlaku antara kita...tanpa belas kasihan, kau pertontonkan kebahagiaan kau bersama orang baru...AKU MASIH REDHA...kerana pada aku, JIKA SESEORANG SUDAH TIDAK MAHU LAGI PADA KITA, BERMAKNA KITA TERLALU BANYAK KURANGNYA...dan aku masih redha...
Walaupun suatu ketika dahulu, aku lalui setiap detik yang sangat melukakan...hanya menanti saat JANJI ALLAH tiba...cuma satu...aku ingin tahu...SIAPA AKU DI HATIMU SUATU KETIKA DAHULU?? cuma lidah ini tak mampu untuk berkata lagi...aku emneruskan satu perjalanan dengan seribu kenangan pahit bersamamu...KAU TAK PERNAH SAYANG AKU...WALAUPUN SEDIKIT...
AKU PADA HARI INI
Di saat aku terjatuh dengan begitu parah...di saat HATI INI TELAH HILANG BENTUKNYA...datang seorang insan yang tanpa disedari MEMBALUT luka itu...sayangnya, dia telah berpunya...juga aku redhakan...
Aku tahu sebanyak mana sayang beliau kepada buah hatinya...tiada tara dengan kata-kata...aku?? aku amsih teruskan hidup...dia pernah bimbing aku untuk aku bangkit dari kejatuhan ini...dia pernah sedarkan aku betapa aku DIPERBODOHKAN selama ini...dia pernah berikan aku sedikit cahaya dalam keadaan aku tiada siapa-siapa untuk mengadu...
Untuk itu, aku pinjam KASIH SAYANG dia...aku letakkan kasih sayang itu ditempat yang sangat tinggi...sekadar satu pinjaman...dan aku berjanji, aku akan pulangkan semuanya satu hari nanti...aku tak pernah takut untuk meninggalkan dunia ini suatu ketika dahulu...tapi hari ini aku jadi takut...kerana takut untuk melepaskan kasih sayang itu...SUBHANALLAH...berat ujianMu...bolehkah kau pinjamkan sedikit masa lagi untuk aku melalui semua ini??
Pernah aku terfikir, untuk apa aku takut meninggalkan dia...dia sudah ada yang sayang...aku bukan siapa-siapa...tapi aku tetap tidak mengalah...cuma satu, apa saja yang aku buat untuk kau, dengan nama ALLAH...aku ikhlas...aku tak pernah terlintas di hati aku untuk merampas kau dari si dia...aku cuma nak kau rasa inilah nilai KASIH SAYANG...mungkin aku tak cukup sempurna untuk kau...dan aku TAK ADA CIRI-CIRI yang kau mahukan...aku terima semua tu...dan aku belajar menerima kekurangan diri...dengan satu senyuman ini, aku teruskan perjalanan yang rasanya sudah makin hampir tarikh luputnya...
"...LIFE IS SHORT...AND DONT MAKE IT BE SHORTER..."
Kata-kata dari seorang kawan yang terlebih dahulu menemui ILAHI dari aku...arwah ialah pengidap KANSER KOLON...aku kenal beliau di hospital...dia seorang doktor...usianya muda...31 tahun...aku dapat tahu dia telah mengadap Ilahi dari facebook...dia penuhi hidupnya dengan sangat tabah...dan dia ialah seorang lelaki yang sangat berani...dia kata, "...buat apa yang kau nak buat...selagi tak menyusahkan orang lain, maka buatlah...sebab esok belum tentu ada lagi untuk kita..."
Disebabkan itu juga, aku penuhi hidup aku hari ini dengan meminjam KASIH SAYANG si dia...aku tak pernah kisah kalau dia sudah berpunya...sebab aku tahu, dia bukan aku punya...aku pinjam...aku nak, bila aku sudah tiada, dia akan terus hidup dan bahagia...mungkin suatu hari nanti dia boleh ceritakan KISAH AKU untuk dijadikan pengajaran kepada ANAK CUCUNYA...aku doakan kau bahagia...dan selagi aku hidup, aku akan sedaya upaya untuk membuatkan kau bahagia...aku tak suka orang lain sakiti hati kau...aku nak kau bahagia...paham tak?? paham??
Hari ini, dalam meniti sebuah kehidupan, bukan mudah untuk aku berdiri...ya, aku gilakan kau...setiap hari sebelum pergi kerja, aku akan cakap "...budak kecik, aku pergi keje dulu..." bodohkan aku?? tapi, bila kita sayang pada orang, tiada apa pun yang tak bodoh...aku tahu apa itu makna KASIH SAYANG...kasih sayang bermakna PENGORBANAN...tak salah kita korban apa saja untuk orang yang kita sayang, walaupun kita tak dapat apa-apa...BUKAN SEMUA BENDA BAIK YANG KITA BUAT AKAN DAPAT BALASAN YANG BAIK...semua itu kerja ALLAH...serah padaNya...sebagaimana aku serahkan perjalanan hidup aku padaNya, begitulah aku serahkan takdir aku padaNya...
Walau apa pun yang terjadi pada aku, aku harap aku dapat capai beberapa impian yang aku akan cuba untuk lakukan...selagi jasad ini masih mampu bergerak...masih kuat berdiri, aku akan usahakan...hidup cuma sekali...walau seteruk mana pun hidup ini, aku redha...dan aku akan terus tersenyum...maaf kerana aku hadir dalam hidup kau...dan aku berjanji, aku takkan pernah untuk meninggalkan kau sampailah aku meninggalkan jasad pinjaman ini...aku sentiasa ada, walaupun kehadiran aku bukanlah yang kau nanti-nantikan...
PS
AL FATIHAH buat Allahyarham Dr. Ahmad Zulizam Ramli...bro, aku doakan kau tenang di sana...mungkin ini adalah jalan terbaik untuk kau dari kau terus terseksa...teringat aku kata-kata terakhir kau masa kita jumpa 2 minggu lalu... "...bro, sabar dan kuat dalam apa jua keadaan...aku tahu kau lebih kuat dari aku, sebab tu keadaan kau tak seteruk aku...yang paling penting redha dengan setiap apa yang berlaku...enjoy urself...penuhi hidup kau dengan senyuman...sebab senyuman kau sangat manis..."
Bro, mungkin aku kuat...tapi aku pinjam kekuatan dari emak aku...keluarga aku...dan seorang insan yang sangat bermakna dalam hidup aku...aku akan berusaha untuk hidup...kalau ada jodoh kita jumpa lagi di sana...di tempat yang kita sendiri tak tahu, di manakah kita bakal diletakkan...
3 comments:
Innalillahiwainnailaihirojiun...
sesungguhnya Allah itu maha kuasa dan maha mengetahui, doa banyak2 perbanyakkan amalan untuk bekalan, satu hari aku akan menyusul jua..
:)
dr Dia kita datang.. kepada Dia jua kita kembali..
arjuna :-(
Al-fatihah..semoga dia tenang di sana..
kuatkan smgat dan teruskn mlgkah..
Post a Comment