SEBUAH KISAH BENAR
14 FEBRUARI 2013...JAM 2.30 PETANG
Hujan mencurah ke bumi...entah bila akan berhenti...seluruh bandar kelihatan kosong...mungkin kerana cuti sempena sambutan Tahun Baru Cina masih belum berakhir...kala suasana yang sunyi ini aku berjalan...terus berjalan...tanpa menghiraukan keadaan sekeliling...hujan makin lebat...aku hanya bertemankan payung kubur (payung kertas tu la...sebab tu je yang ada dalam kereta...payung g photoshoot) melintasi satu trafic light yang pertama...
Aku termenung sendiri...duduk di bus stop...tanpa hala
tuju...APA YANG AKU MAHUKAN DALAM USIA
SEBEGINI? hati aku sangat sayu...sejak
kebelakangan ini semua senyum dan tawa adalah PLASTIK semata-mata...hidup
keseorangan...mungkin aku masih ada keluarga disekeliling...cuma, MANA MUNGKIN AKU BERCERITA TENTANG MASALAH PERIBADI DENGAN
MEREKA? aku
lebih suka memendam...macam sekarang...memendam rasa...dalam suasana hujan
lebat ni...aku memandang ke arah jalan...bertemankan payung, beg scuba diving KUNING...dan tablet kaler PINK...hahahahaha
Sejujurnya tahap kesihatan aku dua tiga hari ni tidak
stabil...kadang kala sakit tu datang lagi...makan ubat...makan ubat...makan
ubat...bila nak sembuh? aku pun tak pasti...letih hidup bergantung dengan
ubat...ingat ubat tu sedap sangat ke? kalau diberi pilihan, rela aku mati dari
makan ubat seumur hidup...tapi bila memikirkan orang-orang disekeliling yang
masih perlukan aku, aku GAGAHKAN jugak diri ni
telan semua pil tu...
Di hadapan aku ada seorang tua...lelaki melayu...raut wajahnya
macam mix Melayu dan Pakistan...berjubah putih...bersih wajahnya...bibirnya
kemerah-merahan...tak merokok barangkali...tersenyum-senyum melihat
aku...lantas dia meringankan mulut dan bertanya...
PAKCIK
Anak nak ke mana? Kenapa pakai payung kubur ni?
MBH
Saja pakcik. Jalan-jalan. Payung kubur ni? Saja nak mengingati mati.
PAKCIK
Nak, kau ni muda lagi. Jangan cakap macam tu. Tak baik. Tak salah mengingati mati, tapi jangan minta untuk mati. Masih banyak tanggungjawab yang belum selesai.
MBH
Aku tersenyum. Tak mampu berkata apa-apa.
Aku tersenyum. Tak mampu berkata apa-apa.
PAKCIK
Dalam hidup ni nak, tak ada manusia yang tak pernah ada masalah. Kau ada masalah?
MBH
Tak adalah pakcik. Saya bahagia je ngan hidup saya sekarang. (sambil tersengih)
PAKCIK
Dari air muka kau, pakcik tahu. Kau ada masalah. Selesaikan dengan baik.
MBH
Insya Allah
PAKCIK
Ingat satu perkara nak. Kalau kita nak hidup dengan aman, kita kena REDHA.
MBH
Saya redha dengan apa pun yang terjadi. Saya terima semuanya.
PAKCIK
Walaupun kau rasa kau keseorangan, tapi sebenarnya ALLAH sentiasa ada.
MBH
Terdiam sambil memandang riak air di jalan raya.
PAKCIK
Jangan sandarkan harapan pada manusia, sebab manusia seringkali melukakan. Belajar untuk berdiri sendiri. Jatuh bangun sendiri. Bukanlah bermakna kau sombong dan riak dengan kelebihan diri, tapi bergantung pada diri sendiri. Kita masih perlukan orang lain untuk hidup, tapi letakkan harapan 100% kepada manusia. Apa yang berlaku telah berlaku pun. Setiap ujian, ada cerita disebaliknya.
Tidak semna-mena sebiji kereta melanggar lopak air di hadapan kami...dan air lopak menerjah ke arah kami...aku mencapai payung disebelah untuk menghalangi air dari membasahi seluruh tubuh...
MBH
Pakcik ok?
Pakcik ok?
Kelam kelibut aku yang hampir lencun bermandikan air lopak. TIBA-TIBA, berderau darah aku...aku dari tadi duduk seorang rupanya...pakcik tadi tak ada...dan seluruh bus stop itu tiada orang...yang ada hanya makcik-makcik yang duduk di kaunter jualan tiket...aku berbual dengan siapa tadi? Aku bangun...terus berjalan menuju ke pakir kereta...terus aku start kereta...dan jalan...
Persoalan bermain difikiran aku...siapa orang tua tadi? SUBHANALLAH...berangankah aku? setiba aku di rumah...aku diamkan perkara ini...mungkin dah tiba masanya aku REDHA dengan apa yang berlaku...TELAH AKU MAAFKAN SEMUANYA, CUMA UNTUK AKU MELUPAKAN APA YANG BERLAKU, IANYA ADALAH MUSTAHIL...dan mungkin juga itu satu peringatan untuk aku yang WAKTUNYA telah hampir...WALLAHU ALAM
"...SETIAP UJIAN, ADA CERITA DISEBALIKNYA..."
11 comments:
@: cHocolatemoisT
Ada Hikmah disebalik perkara tu ... may allah bless you ... btw jangan sesekali berputus asa ...perjalanan masih jauh ...
CHOCOLATEMOIST
mungkin itu hanya halusinasi...entah la
hanya DIA je yang tahu... =)
p/s : sila tukar kaler tablet itu, hehheehe! =p
CIK MARIKH
entah la..pelik tp 2 yg dilalui
#hahaha..bosan ngan kaler htam n merah.nampak cliche
maka,ubh kaler plak
:)
Andai payung itu jatuh ke tanah dan tiada siapa yang mengambilnya semula, mungkin "aku" sudah mati.
Jatuhnya payung itu kerana "aku" tiada lagi upaya mengangkat. Memandang pun tidak mampu. Nyawa bercerai dari jasad.
subhanallah....
BELOG PENAMAYA
=)
IZZ HAZWANI
dalam sangat maksudnya tu
ACIK RIOTARO
ni namanya petunjuk...mungkin
aku suka yang last sekali tu :)
setiap ujian, ada cerita disebaliknya
Yup..petunjuk yg awk cri slma neh..
PAYEH KUCEH
pelik pe yg aku lalui 2
ACIK RIOTARO
mungkin betul kot
Post a Comment