ADA YANG MEMERHATI

Tuesday, 12 February 2013

karangan ke enam belas - Tol Musibah

SELAMAT PAGI SEMUA...awal aku bangun pagi ni..semalam aku tak boleh bukak mata...tengah-tengah buat editing, tetiba aku rasa ,ata aku tgk destop DAH JADI DUA...melayang-layang...in d end, aku baring, TERUS RASA BUMI BERPUTAR...bukak mata je rasa nak muntah...SAH AKU PITAM!!!



Pagi ni ALHAMDULILLAH, aku dapat bangun semula...ALLAH berikan aku sedikit waktu untuk sihat semula dan menjalani hidup aku seperti biasa...dan aku sangat bersyukur kerana masih ada lagi ruang dan waktu untuk aku menulis dalam blog ni...dan masih ada sisa masa untuk aku melihat alam ciptaanNya...

Celik dari tidur, aku terkenang peristiwa yang berlaku 2 hari lepas...satu kisah pengajaran buat semua...bukan niat untuk memalukan amna-mana pihak, tapi jadikan ia sebagai satu PENGAJARAN dan RENUNGAN bersama...begini kisahnya...

JENG...JENG...JENG...

AL-KISAH, maka tersebutlah satu kisah...hehehehehe...

Kerja aku sebagai seorang photographer menjadikan aku sangat terdedah dengan dunia luar...ramai orang aku kenal dan banyak peristiwa telah aku lalui...kali ni berlaku di JOHOR...pengantin perempuan orang Johor dan pengantin lelaki dari Negeri Sembilan...


Seperti biasa adat di Johor, adanya adat TOL...bukanlah bermakna orang Johor mahu membebankan mana-mana pihak...ianya sekadar suka-suka...untuk memeriahkan lagi majlis perkahwinan...namun, semasa rombongan pengantin lelaki ditahan oleh keluarga perempuan, keluarga pengantin lelaki tidak dapat menerima ADAT TOL...sampaikan berlaku pertikaman lidah yang mengganggu kelancaran majlis...

JOHOR   :  Kalau nak masuk ada Tolnya ni...
NG.9        :  Nak Tol apa lagi...kami datang ke Johor ni pun Tol dah mahal..
JOHOR   :  Masuk negeri orang kena beradat...maka, adat perlu dijunjung...
NG.9        :  Ni nak bagi masuk tak ni? kalau tak bagi kami balik aje...

Tersentap keluarga belah perempuan mendengar ayat seperti itu...akhirnya keluarga perempuan mengalah...membenarkan semua ahli keluarga lelaki masuk ke  majlis tanpa tol...setiba di depan pelamin, MAK ANDAM meminta DUIT BUKA KIPAS...bermati-matian keluarga pihak lelaki tak mahu membayarnya...MERAH PADAM MUKA MAK ANDAM kena marah atas pelamin...sampaikan ada seorang makcik dari pihak keluarga lelaki yang ala-ala MAK JEMAH menjerit...

  "KALAU MACAM NI KITA BALIK AJE LA!!"

Tak semena-mena keluarga lelaki patah balik dan nak meninggalkan majlis...yang lebih mengharukan pengantin lelaki menulu turun dari pelamin...aku menahan pengantin lelaki...aku bisik padanya, "KALAU KAU TAK HORMAT PADA ORANG LAIN TAK APA, TAPI CUBA HORMAT PADA MAK MENTUA DAN BAPAK MENTUA KAU TU". Seb baik dia duduk semula, kalau tak aku libas dia ngan kamera aku yang berat ni...huhuhuhu

Dan, di majlis itu yang tinggal hanya ibu, ayah, seorang makcik dan nenek pengantin lelaki...keluarga yang lain balik begitu saja...dari 7 kereta yang datang, hanya tingga 2 kereta...KEGILAAN APAKAH INI?? pengantin perempuan menangis di atas pelamin melihat situasi itu...di maan adat yang dijunjung di Negeri Sembilan, sampaikan adat di Johor tak mampu diturutkan...??

Kesimpulannya, walau di mana kita berada belajarlah hormati keadaan dan budaya orang lain...hormati majlis orang...KALAU ISU TOL yang menjadikan mereka marah, itu tidak wajar rasanya...TOL di Johor bukan nak mahal-mahal...letak la 20sen ke...50sen ke dalam sampul...dapat sampul tu, diaorang buka la jalan...tu pun susah ke?? dan satu lagi, DUIT BUKA KIPAS, semua negeri ada rasanya...jadi apa masalah sampai tak boleh nak bayar sedangkan MAK ANDAM dah beritahu awal-awal lagi pada pengantin...kadang-kadang aku terfikir, susah sangat ke nak ikut adat orang lain?? dan apa perasaan mereka yang TIDAK PERNAH NAK BELAJAR MENGHORMATI ORANG LAIN??

PS

Terkenang aku peristiwa yang berlaku masa majlis dekat Melaka tahun lalu apabila antara besan bergaduh sampai simbah dengan air sirap...AIYOOOOOO...macam-macam manusia ni....TAK PAHAM AKU!!!


8 comments:

target=”_blank”Acik Riotaro said...

Huk3...maaf yea org Johor..
MBH pn org johor gakkn...
Stkat yg acik taw la..org johor bhsa ksar2..
Erm.. Dr pglman la...

Bukan ke klu ade tol taw swktu dgnnyer..
Pihak pgntin pmpuan msti dh bgtaw pihak pgntin llki...
Kesian pgntin pmpuan.. Hari bhgia jd hari sedih...

target=”_blank”mr broken heart said...

ACIK RIOTARO

memang org johor kasar bahasanya...tp masa kejadiankan, keluarga peempuan lembut bahasanya...tol tu pengantin lelaki dah maklum...cuma tetiba je keluarga pihak lelaki tak leh trima...aiyooooo

target=”_blank”Unknown said...

tak boleh ke tolerate hari bahagia anak kerabat dia juga kan...haiyaa...benda kecik pun nak melenting..datang tempat orang biarlah kita beradab...nasib la pengantin lelaki tak lari..kalau tak memang laaa....hailaa =)

target=”_blank”chocolatemoist09 said...

@: cHocolatemoisT

kata nak dengan anak orang ... jadi tak salah sediakan "tol" walaupun 10 sen. nak seribu daya tak nak seribu dalih ... sepatutnya pihak lelaki dah sedia maklum perkara tu ...


#tak semua orang Johor kasar bahasanya. semua tempat sama je. kejadian macam tu tak boleh nak di elak. macam tu salah pihak perempuan ke???budi bahasa tu budaya kita .. tak kan sebab jadi perkara macam kat atas nak salahkan orang Johor menggunakankan "bahasa kasar" ... sorry to say. okeh.

target=”_blank”mr broken heart said...

CIK KAKI KETAWA

AIYOOO....photographer pun da pening bila tgk situasi tu...fuh...

CHOCOLATEMOIST

memang...semua negeri sama je...tapi kerana bahasa yang aksar di Johor la, kita lebih mesra..kan???? idop JOHOREAN =)

target=”_blank”cik marikh said...

aigoooo..tak terfikir plak aku, ade gak benda2 remeh cenggini jadi kat tahun 2013...huuuhuu. =.="

target=”_blank”mr broken heart said...

CIK MARIKH

sepanjang aku jd photographer,mcm2 perkara da aku jmp..bila manusia makin maju,maka mereka akan jd lebh pelik

target=”_blank”Nia Chempaka said...

cikgu !