Beberapa hari aku tak sempat nak update apa-apa...busy ngan keje ngan tahap kesihatan sikit terganggu...tapi leh men lompat-lompat bintang lagi...hehehehehe
Dah beberapa malam ni, aku teringat satu ayat...macam ni bunyinya...
"...KADANG KALA TERASA MACAM PLASTIK PEMBUNGKUS GULA-GULA...HABIS GULA-GULA, PEMBUNGKUS UMPAMA SAMPAH YANG TAK BERGUNA..."
Itulah adat manusia...ada yang nak jadi PEMBUNGKUS GULA-GULA? semua tak nak kan?? semua mahu jadi sesuatu yang berguna...WALAUPUN PLASTIK PEMBUNGKUS GULA-GULA ITU BOLEH DIKITAR SEMULA, TAPI BILA DAH TERLAMPAU BANYAK DIKITAR SEMULA, MAKA IA BOLEH EBRTUKAR MENJADI RACUN KEPADA ORANG LAIN...
Hakikatnya begitulah hidup...bukan semua manusia pandai menghargai...
Tu baru MUQADDIMAH...ni ceritanya...kali ni aku nak cerita tentang seseorang yang ISTIMEWA...seorang teman yang sanggup berkongsi suka dan duka...ARIL (bukan nama sebenar)...
Dia ni kecik orangnya...lagi HOBBIT dari aku...suaranya boleh menggetarkan hati setiap gadis yang mendengar...senyumnya manis...sebenarnya dia datang melawat aku...dia tak senang hati tengok aku sakit, sebab selama ni bila dia SMS, aku akan cakap aku ok...
Cuti sempena Hari Wilayah (Jumaat, 01 Februari 2013), ARIL datang sini...lepak-lepak dengan aku...aku bawa dia g karok...g tengok ikan kat tasik...g ikut aku masuk GYM...men BADMINTON...siap aku masakkan dia sup tulang ngan wat donut (padahal tak terror masak pun..men campak je dalam kuali)...aku cuba menyembunyikan rasa sakit aku, tiap kali rasa jahanam tu datang...ARIL, sorry aku terpaksa menjadi plastik...sebab aku tak nak orang tahu apa yang aku alami...
Punya la happy aku 2 3 hari ni sebab ni kali pertama seorang sahabat datang melawat aku sepanjang aku sakit ni...tak terkata happynya aku...ARIL ni baek orangnya...punyalah peramah, sampai leh sembang ngan sume orang termasuklah pak guard CIMB...hehehehe
Hari last ARIL kat sini...dia nak bluetooth sume gambar-gambar dia dari henpon aku...aku pun bagi la henpon aku...dan dia bukak n tengok gambar-gambar aku...TIBA-TIBA
ARIL : MBH, sini jap...ni gambar apa?
MBH : Hmmm.... (terdiam seketika...terkedu tanpa sepatah kata)
ARIL : Gambar apa ni?
MBH : Ni la gambar usus aku...keadaan aku...disebabkan kau dah tengok, aku tak boleh nak tipu apa-
apa lagi dengan kau...macam ni la keadaan aku...dan disebabkan DIAGNOSIS ni, doktor
suspek aku kena Colon Cancer.
Di saat itu, ARIL tidak berkata sepatah pun...yang ada hanya air mata...dia menangis untuk aku...dia menatap tajam ke mata aku...tanpa sebarang kata, tapi yang ada HANYA AIR MATA...aku tak sanggup melihat dia macam tu...aku terkedu...tak mampu bersuara sepatah pun...lalu aku ke bilik...berseorangan...aku tak tahu apa perasaannya...mungkin ARIL marah kerana menyangka aku menipunya selama ini...setiap kali ARIL bertanya, aku akan cakap AKU OK...malah bukan ARIL sahaja, tiada seorang pun dalam kalangan ahli keluarga aku yang tahu...SENGAJA aku sembunyi dari pengetahuan semua...aku tak mahu sesiapa pun tahu apa yang aku rasa...aku tak mahu sesiapa pun tahu apa yang aku lalui...
Lalu, dia inbox PESBUK aku...katanya macam ni...
Di saat tu..aku menangis sepuas hati...aku tak sangka di malam terakhir dia di sini, dia akan tahu semuanya...dalam hati ni, ALLAH saja yang tahu betapa kesalnya aku membiarkan dia mengetahui kondisi dan keadaan aku...aku tahu, dia CUBA MENYEMBUNYIKAN KESEDIHAN apabila mengetahui keadaan aku...kesakitan aku...ARIL, kenapa baik sangat dengan aku??
Aku kuatkan semangat...keluar dari bilik...terus ke bilik air...aku cuci muka sepuasnya...cuba menghilangkan kesan bengkak di mata...jam menunjukkan pukul 1130 malam...aku akan menghantarnya pulang...keretapi aku bergerak jam 1230 pagi...sepanjang dalam kereta dia buat macam biasa...bagaikan tak tahu apa-apa...BERLAGAK COOL kononnya...tapi aku tahu apa di hatimu...JANGAN TIPU AKU...
Seketika menanti, keretapi tiba...aku menghantarnya sampai dalam keretapi...aku cepat-cepat nak turun dari keretapi itu...aku bagi alasan, NANTI KALAU KERETAPI JALAN, KO BAWA AKU BALIK SEKALI...sebenarnya, bukan aku tak sudi untuk duduk lebih lama lagi, TAPI HATI AKU SANGAT SEBAK...aku tahan MATA YANG BERKACA...aku hulurkan salam...dia menarik aku...dan memeluk aku rapat...sangat rapat dan kuat...dan kata-kata akhirnya masih bermain di minda "JAGA DIRI BAIK-BAIK".
Aku turun dari keretapi tanpa menoleh ke belakang lagi...sebab masa tu aku dah HUJAN...aku tahan sebak...aku tahan semuanya...ARIL kau tak sepatutnya tahu semua yang aku alami...sebab aku takut ia akan membuatkan kau risau...
Dan keretapi pun berlalu...yang tinggal hanya aku...dan bunyi gerabak yang berlalu pergi...
P/S
ARIL...seorang manusia yang sering mengambil berat tentang aku...sejak dia tahu keadaan aku, semua STATUS PESBUK beliau, berunsur sedih...dan tak henti-henti beliau mendoakan aku...terima kasih...dan setiap kali HATI BERBISIK, aku sangat BERTERIMA KASIH KEPADAMU KERANA MEMAHAMI KEADAAN AKU...dan aku ingin memohon MAAF...bukan niat aku nak menipu selama ini...tapi aku tak nak tengok kau risau pasal aku...bukan kau saja, tapi semua orang...aku OK...jangan risau...AKU SAYANG KAU ARIL...terima kasih sekali lagi...kau berikan aku HARAPAN untuk terus hidup...kerana selama ini, aku rasa tiada siapa dapat memahami apa yang berlaku...tapi, tak sangka..masih ada yang memahami...ARIL, jangan sedih-sedih...aku ok..aku janji akan TERUS HIDUP SAMPAI TIBA MASA YANG ALLAH JANJIKAN...DAN AKU AKAN BERUSAHA...
20 comments:
Itulah sahabat.. :')
BELOG PENAMAYA
dia bukan sahaja sahabat...dia istimewa orangnya...
msh ade yg menyayangi.. lps neh jgn pk hdup bersendri.. itulh dia sahabat.. nk cri seorg shbt ckup ssh.. tp klu nk cri sowg musuh ckup senang.. jg diri baek2..cm kta aril tu..
*nangis plak..sob..sob..
MBH, aku tak tahu pon yg aril tu orngnya mcm tu (misterinya dia)...
kau bertuah dapat mmber macam dia, kenal dia..aku pon tak berapa nak kenal dia sebenarnya. ;p
nampaknya DIA bagi kau teman utk berkongsi suka duka, saat kau dalam keadaan macam ni...
syukurlah dan kau pon, semoga harungi ujian dari DIA dengan tabah
dan insyAllah, dengan izin DIA juga semoga sakit kau boleh diubati...ape2 pon boleh kan, dengan izin DIA =)
berdoa dan terus berdoa, dan tawakkal kepada DIA. =)
*mungkin btol ape yg orng tu katakan rasa itu tak semua orang boleh rasa.
ACIK RIOTARO
kekuatan hati ubt segalanya..kena kuat n tabah dlm menempuh apa2 pun..memang,aku beruntung ada dia sbg kw
CIK MARIKH
walau apa pun,aku akan teruskan hdp..dan aku paling setuju dgn terakhr ko..xsmua rasa kita boleh rasa..rasanya da hbs doa,usaha dan tawakal..skrg redha je..tp aku msh bersyukur aku msh bernafas
istimewa? pada pandangan sy sahabat juga suatu yg istimewa. I have one. Alhamdulillah over than 5 years kami dah berkawan, share susah senang. even dah berjauhan ni pun still get contact everyday. Dia lah kawan dunia akhirat sy. insyaAllah. :)
BELOG PENAMAYA
mencari kawan sejati umpama mendulang permata dalam kaca...adakalanya...tangan akan terluka...
sy speechless..tak tahu nak komen apa..sy susah nak menangis...tp baca entry MBH ni..buat sy mngalirkan air mata..tp apa yg sy rasa memang tak setanding dgn empunya dirinya...
teruslah tabah jalani semua dugaan yg maha hebat ini...tanda kasihnya Allah pada hambaNya...awak harus kuat!! jangan lemah ok...
cik kaki ketawe
dalam hidup ni...kita tak pernah menyangka kita akan diuji sebegini hebat...bukan mudah nak lalui semua ni...kehidupan itu sangat menyakitkan...dan bukan semua orang yang tertawa itu bergembira sebenarnya...lukisan di wajah tidak menggambarkan lukisan di hati...
setiap orang ada bahagiannya kan..tapi kita tak boleh mengalah kan walau sepahit mana pun yang harus kita hadapi..maaf kalau kata2 sy td ada yg menyinggung...
tabahkan hati anda.. rindu kawan >__<
Nice story....touching...........
Tak tahu nak komen bila baca entri sebegini. Semoga terus tabah menghadapi ujian ini. :'(
CIK KAKI KETAWA
tak singgung apa2 pun...pe2 pun sorry wat ko mengalirkan air mata...
SCHA NABILA
I MISS MY FRIEND TOO
ASLVIE
i will keep it in deep of my heart... =(
YANA HALIM
masih tabah dana kan terus tabah...
Untung la..
Nk knal ngan aril gak la..
Hik3...
*sengal jp...
ACIK RIOTARO
g la cr beliau...huhuhuhu
Cam la org knal nk suh org po'e cri...
Cer bg clue tngok..
Huk3...
*Merepek aje..
ACIK RIOTARO
beliau ada 2 bj mata,sepasang telinga,satu idung n satu mulut ;-)
Okeh...
Dh jumpe dh...
Hik3...
ACIK RIOTARO
da jmp sgt la kan..hehe
Post a Comment